Friday, 2 February 2018

MAZHAB ULAMA MAHATHIR: SEMBELIH BABI BACA BISMILLAH AGAR BABI JADI HALAL



Mahathir membandingkan penyembelihan babi dengan bacaan bismillah ini agak keterlaluan dan ekstrem kerana memang tidak akan berlaku atau tidak pernah berlaku di kalangan orang Islam akan menyembelih babi, apatah lagi menggunakan nama Tuhan atau membaca Bismillah. Mahathir harus ingat, usahkan sembelih babi, pegang babi pun tidak tergamak apatah lagi menternak babi.

Sudah tentu Mahathir akan menyatakan pandangan, pendapat dan hujah logik bagi menentang persepsi berkenaan. Malangnya Mahathir sudah merasakan dirinya cukup hebat sebagai ulama yang akan bertindak mengeluarkan fatwa beliau sendiri. Mahathir sendiri dikatakan mempersoalkan babi haram atau tidak jika disembelih dengan menyebut nama Tuhan. 

Mahathir ini sememangnya ada mazhab tersendiri boleh dikatakan  Mazhab Mahathir. Mazhab Mahathir ini sesuai diberikan gelaran Nabi Palsu Mahathir. Lihat sajalah Mazhab Mahathir ini, antaranya seperti berikut:

1. Mahathir membenarkan Isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak memakai tudung sehinggakan keluar Mazhab Mahathir kononnya beliau merujuk kepada surah An-Nisa bahawa wanita yang berumur (tua) tidak perlu memakai tudung atau menutup aurat.

2. Mahathir membandingkan menyembelih babi dengan bacaan bismillah, dan membandingkan duit haram yang dicuri (1MDB), bagi mengerjakan umrah dan haji.

3. Anaknya Mirzan terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina.

4. Anak Mahathir iaitu Marina sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Marina sememangnya dikenali sebagai aktivis yang memperjuangkan LGBT, bukan sahaja di dalam malah di luar negara.


5. Cucu Mahathir dengan penuh dan bongkah memuat naik gambar dirinya tidur bersama-sama anjing kesayangan beserta kapsyen ‘’All my bitches love me’’ menerusi laman Instagram yang dikongsikan secara umumnya. 

6. kehidupan mewah Meera Alyanna Mukhriz, anak kepada Mukhriz Mahathir juga diperkatakan ramai selepas Meera lebih dikenali dengan Ally, mempamerkan gaya hidup umpama seleriti hinggakan menjadi tumpuan ramai.

Mahathir terkenal sebagai tokoh yang sangat hebat, tetapi lihatlah anak-anak dan cucu beliau tidak menjadi hebat sebagaimana Mahathir, malah pemikiran dan tindakan anak-anak dan cucu Mahathir terpesong jauh daripada kebenaran. Sungguh malang nasib Mahathir tetapi kalua kita fikirkan semula memang sesuai anak-anak dan cucu Mahathir terpesong jauh kerana mengikut jejak langkah Mahathir yang semakin sesat dan tidak boleh dijadikan contoh langsung.

1 comment:

  1. .ini fitnah...takde bukti yg sahih PM yg berwibawa bersifat demikian...Org bodoh je percaya cerita palsu yg ditulis dari penipu.

    ReplyDelete

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...