Tuesday, 27 February 2018

PAKATAN HARAPAN TIADA HARAPAN PRU 14



Pakatan Harapan (PH) nampaknya semakin tidak mempunyai harapan untuk menggunakan logo parti yang didaftarkan kerana belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kemungkinan besar mereka tidak dapat menggunakan satu logo dalam menghadapi pilihanraya kali ini.  Mereka nampaknya seakan berjuang mengikut logo parti masing-masing. Keadaan ini akan mengelirukan rakyat dalam memilih clon yang mereka kehendaki bagi mewakili kawasan mereka.

Perkembangan terbaru ini meyakinkan lagi bahawa PH tidak akan mencapai tujuan mereka bersama. Apa yang dapat dilihat mereka hanya memperjuangkan untuk kepentingan parti sendiri sahaja. Tun Mahathir akan merangka percaturan bagi menaikkan anaknya Mukhriz dalam politik. Cita-cita menjadikan Mukhriz sebagai PM menjadi agenda utama beliau, sekalipun terpaksa menumpang kasih DAP untuk bertanding.

Adakah ini menguatkan lagi desas-desus mengatakan Tun Mahathir dan Mukhriz akan bertanding atas tiket DAP. Segala kemungkinan boleh berlaku dalam kancah politik masa sekarang di mana sesiapa sahaja yang pandai mempergunakan orang lain akan sentiasa berada di hadapan. Ketidak puasan hati di kalangan ahli menambah lagi tekanan terhadap PH. Perpecahan dalaman parti menampakkan tidak adanya persefahaman di antara 4 komponen utama PH. Kebanyakan mereka hanya mahu menjaga tepi kain mereka sendiri dan tidak kisah hal parti lain. Yang penting parti yang dominan akan berkuasa.

Di samping itu, dalam menarik sokongan dan perhatian rakyat,  bermacam-macam janji dihamburkan PH dan ada janji-janji yang tidak relevan langsung. Mampukan mereka merealisasikan apa yang mereka janjikan ketika banyak kemelut dalaman dan isu parti serta akar umbi yang masih belum selesai. 

Selain itu, PPBM dilihat menghadapi masalah dana dalam membiayai perjuangan  mereka, tambahan pada musim pilihanraya ini mereka memerlukan dana yang banyak dalam menggerakkan semua aset dan jentera pilihanraya setiap negeri. Ketiadaan dana akan membantutkan perancangan parti. Mustahil PPBM tidak mempunyai dana yang mencukupi dan sanggup meraih  kutipan derma serta bantuan dari orang ramai. Bukankah sebelum ini Tun M berjanji akan memberi bantuan kewangan kepada PPBM. 

Sudah pasti rakyat jelata juga tahu dan sedar bahawa keluarga Tun Mahathir bukanlah calang-calang orang dan mempunyai kekayaan yang luar biasa di Malaysia. Kekayaan anak-anak Mahathir ini didakwa diperolehi sewaktu Tun Mahathir, 22 tahun menjadi PM. Mengapa tidak menggunakan dana anak-anaknya, mengapa perlu meraih simpati atau mengutip dana dari rakyat. Rakyat pun mendapat bantuan BR1M dari Kerajaan untuk meringankan kehidupan dan bantuan ini sedikit sebanyak boleh digunakan bagi menampung kehidupan harian mereka. PPBM tidak perlu mengheret rakyat dalam masalah mereka.

Rakyat perlu buka mata dan sedar, adakah mereka ini layak mentadbir negara sekiranya berkuasa kelak. Tambahan pula logo parti yang berbagai pula akan mengelirukan rakyat dalam memilih logo mana kelak. Rakyat tidak memerlukan kerajaan yang bercelaru kerana ianya akan mendatangkan masalah kepada masyarakat. Terpulanglah kepada rakyat dalam menentukan siapa yang layak mentadbir kerana kuasa penentu adalah di tangan rakyat. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang semakin matang dalam menentukan siapa yang benar-benar layak mentadbir serta dapat membawa pembangunan yang lebih baik demi keselesaan rakyat.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...