Friday, 23 February 2018

PEMUDA PPBM MINTA CAMPUR TANGAN ANWAR TOLAK MAHATHIR SEBAGAI CALON PM & SELAMATKAN PH


Baru-baru ini kira-kira 150 pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas ahlinya menyerahkan memorandum membantah pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berhimpun secara aman sambil memegang sepanduk menyatakan penolakan terhadap Mahathir.

Memorandum dua muka surat itu dihantar kepada Anwar yang sedang menjalani pemulihan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Antara intipati utama memorandum berkenaan adalah meminta campur tangan Anwar bagi menyelesaikan kemelut dihadapi komponen dalam pakatan pembangkang.

Pemuda PPBM mahu Anwar melakukan sesuatu agar menyelamatkan kekacauan sesama parti yang berlaku di dalam PH termasuklah isu pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Tindakan ini dibuat pemuda PPBM kerana mereka tidak bersetuju apabila PH meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH kerana seperti diketahui, PPBM adalah penyokong reformasi Anwar.

Malah Dr Mahathir pula semasa pemerintahannya menentang Anwar, jadi sudah tentulah kami tidak dapat menerima sekiranya beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri PH. Di samping itu, Dr Mahathir hanya mahu menggunakan pakatan itu untuk kembali berkuasa di Putrajaya kerana ada kepentingan yang hendak dicapai.

Jesteru bagi mereka, Anwar perlu campur tangan kerana dia mempunyai kelebihan dan kekuatan melakukan sesuatu daripada terus melihat pakatan itu dipergunakan Tun Mahathir untuk mencapai matlamatnya. 





No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...