Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat Cina tidak menganggap pemberian bantuan sempena Tahun Baru Cina sebagai DEDAK kerana bantuan seperti itu diberikan setiap kali musim perayaan. Kini Kerajaan Barisan Nasional Berjaya menyalurkan bantuan keperluan dapur buah limau dan angpau kepada 850 masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu. Setakat ini sebanyak 3,000 keluarga di tiga Dewan Undangan Negeri, iaitu Alor Mengkudu, Kota Darulaman, dan Bakar Bakar dalam Parlimen Alor Setar menerima bantuan Tahun Baru Cina itu. Selain bantuan peralatan dapur, mereka juga akan diberikan sekotak limau dan RM 50 sebagai angpau.
Ini membuktikan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional bukanlah parti yang timbul hari ini menjelang PRU 14. Tidak kira sama ada musim pilihan raya atau tidak UMNO tetap mengadakan aktiviti dan program untuk disampaikan kepada rakyat sebagai menunaikan tangungjawab dan amanah kepada rakyat. Itu tidak dapat dinafikan. Kerajaan Barisan Nasional bukan memberikan bantuan kepada negeri-negeri di bawah pemerintahan BN semata-mata malah akan memberikan bantuan kepada negeri-negeri di bawah pembangkang agar rakyat dapat banyak manfaat berbanding dengan janji manis pembangkang kepada rakyat.
Dan bila kerajaan UMNO yang beri apa jua bantuan, perkataan yang popular skrg ialah DEDAK, tetapi mengapa pula tak boleh diberi gelaran demikian bila kerajaan pas, dap dan pkr yang beri kepada rakyat ????Termasuk istilah berlakon sedangkan pemimpin pas, pkr dan dap pun tidak kurang hebatnya BERLAKON. Sampai mengalahkan pelakon Holywood dan Bollywood.
Kesimpulannya pembangkang sepatutnya buatlah apa yang patut kepada rakyat dan pengundi dan tidak perlulah merasa iri hati dan dengki dengan apa yang Najib dan Kerajaan Barisan Nasional sudah lakukan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment