Wednesday, 21 February 2018

DAP MAKIN GELISAH, SEKUTUNYA PPBM DAN PAN PULA GAGAL MENARIK SOKONGAN ORANG MELAYU


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat semakin panik dan gelisah berikutan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN menarik sokongan masyarakat Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) yang diketuai parti DAP seperti mana ketika mereka bersama de­ngan PAS.

Lim Kit Siang kini terdesak cuba pertahankan DAP sebagai parti untuk semua dan perjuangkan nasib semua kaum. Kerisauan Lim Kit Siang semakin terserlah sejak tahun lalu lagi apabila menyedari sentimen pengundi Melayu semakin berkurangan selepas PAS me­ninggalkan parti berkenaan sekali gus memberi tekanan yang dahsyat sehingga menyebabkan sokongan majoriti kepada parti berkenaan semakin merosot.

Ini memberi kesan langsung kepada parti itu yang semakin rapuh apabila pengundi Melayu dan golongan muda khususnya yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih mementingkan rakyat. Di samping itu, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh DAP dan pembangkang juga semakin lesu dan langsung tidak ‘dipandang’ oleh rakyat ke­rana masyarakat kini semakin bijak dan percaya apa yang dijanji­kan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan angan-angan kosong.

Malah ketelusan kerajaan yang ada hari ini turut berjaya menyelesaikan pelbagai masalah se­perti isu Felda, 1MDB, pembinaan rumah rakyat dan kos sara hidup melalui langkah-langkah pragmatik yang dilancarkan dalam Bajet 2018 baru-baru ini. Ini secara tidak langsung membuktikan tuduhan yang dilemparkan selama ini oleh pembangkang adalah fitnah semata-mata.

Dalam masa sama, rakyat perlu membuat pertimbangan yang lebih matang berdasarkan kearifan yang betul kerana DAP akan terus menyebarkan propaganda serta gambaran yang negatif demi meraih undi dengan tujuan menghalalkan cara sebagai prinsip dan juga kempen dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu,Lim Kit Sang juga kini semakin takut apabila berlaku penolakan daripada sokongan kaum Cina sendiri ke­rana tidak semua ahli DAP me­nerima dengan hati yang terbuka dengan kemasukan Tun Dr. Mahathir dalam PH yang diketuai DAP itu. Malah ada juga gerakan untuk membuat undi rosak bagi mengajar Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang nanti.

Apa yang pasti kemasukan Dr. Mahathir dalam PH telah menjadikan keadaan lebih huru-hara malah PAS yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kemenangan dalam PRU-13 dahulu juga menarik diri dan mahu bersendirian dalam dunia politik. Ternyata sokongan terhadap PH khusus DAP dilihat semakin rapuh dan merosot akibat kerjasama DAP dengan Dr. Mahathir. Ianya kini bagai mimpi ngeri buat Lim Kit Siang dan DAP yang tidak senang duduk kerana semakin gelisah dan panic mengenangkan nasib mereka menjelangnya PRU-14 nanti.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...