Secara tiba-tiba sahaja isu berkenaan kuda belaan Mahathir dan anak-anaknya menjadi tular. Ini berkaitan dengan isu Dato’ Sri Najib Razak yang mengamalkan diet quinoa sebagai pengganti nasi.
Pada awalnya, isu quinoa yang dimakan oleh Najib telah menjadi isu politik picisan oleh pihak pembangkang. Mereka mendakwa Najib tidak ambil peduli tentang kesengsaraan rakyat kerana mengambil quinoa yang dikatakan harganya lebih mahal berbanding dengan beras.
Mahathir tidak duduk diam sebaliknya mengamb il peluang keemasan ini untuk menjatuhkan Najib. Sememangnya Mahathir sudah kehabisan idea sehinggakan apa yang dimakan oleh Najib pun dijadikan isu untuk dipolitikkan.
Harga pasaran quinoa adalah Rm29.50 untuk 400gm dan Rm 1,250.00 untuk 25kg. Tidak dinafikan harganya sedikit mahal berbanding dengan nasi namun khasiatnya adalah jauh lebih baik dari nasi. Sebagai seorang pemerintah, aspek kesihatan dan kecergasan perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kesihatan yang baik supaya mampu berkhidmat pada masyarakat.
Sebaik sahaja Mahathir membuat kenyataan berkenaan makanan Najib itu, Najib tampil untuk membidas kenyataan tersebut. Najib berkata, makanan kuda belaan keluarga Mahathir lebih mahal daripada quinoa. Mahathir dikatakan membela dan menternak lebih dari 40 ekor kuda di Malaysia dan di luar Negara.
Lobak merah dijadikan menu makanan untuk kuda ternakan Mahathir. Kos lobak merah yang paling murah dijual adalah Rm4.59/ kg. Seekor kuda mampu makan sehingga 20kg sehari dimana kos makanan seekor kuda dalam masa sehari dianggarkan mencecah Rm50-Rm100. Kos makanan seekor kuda untuk 1 bulan boleh mencecah sehingga Rm1,500.00. Jika Mahathir membela lebih 40 ekor kuda ini bermakna kos untuk membeli makanan kuda sahaja akan mencecah Rm60,000 untuk setiap bulan.
Rm60,000 adalah satu jumlah wang yang sangat besar. Jika kita lihat hari ini, dengan jumlah wang tersebut ia cukup untuk membina sebuah rumah mesra rakyat yang dikendalikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kos membina sebuah rumah mesra rakyat adalah sebanyak Rm65,000. Namun kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak Rm20,000 dimana pemohon hanya perlu membayar sebanyak RM45,000 sahaja untuk membina sebuah rumah yang besar dan selesa.
Hal ini membuktikan Mahathir telah menikmati kehidupan yang sangat mewah. Kemewahan yang diperolehinya adalah hasil-hasil mengkayakan anak-beranaknya dan juga kroni-kroninya sewaktu menjadi PM dahulu. Jelas sekali Mahathir hanya menghabiskan wang ringgitnya untuk melakukan pembaziran. Rm60,000 yang digunakan untuk member makan kuda lebih bermanfaat jika beliau membantu rakyat Malaysia yang kononya sedang tertekan dengan kos sara hidup.
Tiada apa yang lebih penting bagi seorang Perdana Menteri selain dari menjaga kebajikan rakyat. Kita boleh lihat perbezaan di antara Najib dan Mahathir, Najib mempunyai kriteria serta ciri-ciri seorang Perdana Menteri yang baik jika kita bandingkan dengan Mahathir yang dilihat lebih kepada ingin menggunakan kuasa politik untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. PRU-14 akan dating sama-sama kita berikan sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Sri Najib razak.
No comments:
Post a Comment