Nizar Jamaluddin cuba mencari tempat selamat menjelang PRU-14 akan datang apabil dia mengangkat dirinya menjadi Penyelia DUN N43 Sungai Rapat. Bila dah jadi Penyelia DUN sudah tentu dia akan terus menjadi calon Pakatan Harapan di sana.
Fakta yang perlu diketahui semua adalah, DUN Sungai Rapat terletak di tengah-tengah Bandaraya Ipoh dan majoriti penduduk di sana adalah pengundi Cina yang sememangnya Pro DAP.
Jika Nizar Jamaluddin bertanding di sana dan menggunakan kelebihannya yang berketurunan Cina, dirinya pasti mendapat tempat dihati pengundi di sana walaupun dia bakal bertanding dengan menggunakan logo parti Amanah (PAN).
Berbeza dengan pendekatan yang dilakukannya apabila bertanding di DUN Changkat Jering yang majoriti pengundinya Melayu dan ramai yang pro PAS. Penyokong PAS pada masa itu bermati-matian mempertahankan dirinya kerana kononnya telah dikhianati Umno dan Barisan Nasional kerana dituduh bekerja untuk DAP apabila menjawat jawatan Menteri Besar Perak.
Tapi apabila Nizar Jamaluddin menunjukkan taringnya yang sebenarnya dengan keluar dari PAS kemudian terlibat dalam usaha menubuhkan Amanah, baru penyokong PAS buka mata bahawa tuduhan Umno/BN berasas dan seterusnya membuka mata rakyat Perak Nizar Jamaluddin sebenarnya agen DAP atau Boneka DAP.
Memberikan status pajakan tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina di program Kampung Baru dan memberikan tanah yang amat luas diluar jangka untuk membangunkan sekolah SJK (C) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Itulah jasa Nizar semasa menjadi MB Perak. Adakah rakyat Perak masih mahu mengangkat barua DAP sebagai pemimpin?
NIZAR JAMALUDDIN PERLU DIHUKUM
No comments:
Post a Comment