Kenyataan Mahfuz Omar Ahli Parlimen Bebas Pokok Sena bahawa beliau akan mengumumkan parti politik yang bakal disertai dalam masa 45 hari jelas menunjukkan bahawa Mahfuz kini mencari parti politik untuk memastikan kelangsungan karier politiknya.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang keluar PAS awal bulan lalu, selama ini dilihat berahsia mengenai masa depan politiknya. Tetapi kini beliau akan membuat pengumuman mengenai langkah politik beliau seterusnya dalam masa "45 hari" bermula semalam.
Mahfuz nampaknya telah membuat keputusan mengenai parti pilihannya, tetapi masih merahsiakan keputusannya itu. Apakah parti pilihan hati Mahfuz? DAP, PPBM, PKR atau PAN! 4 pilihan parti ditangan Mahfuz, yang mana satu pilihan hati Mahfuz.
Apa jua keputusan yang diambil Mahfuz selepas 45 hari jelas akan memberi tamparan hebat buatnya. Ini kerana mana-mana parti yang akan disertai Mahfuz tidak kira, DAP, PPBM, PKR dan PAN adalah parti yang mendapat cemuhan penyokong-penyokong PAS. Penyokong PAS masih lagi ingat tindakan Mahfuz yang mengkhianati parti dan membelakangi parti PAS sejak tertubuhnya Pakatan Harapan dan PAN.
Pendek kata, pilihan Mahfuz untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan pada masa akan datang sebenarnya akan mendatangkan kritikan pedas pemimpin dan penyokong PAS. Mahfuz yang dilihat komited untuk membantu Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum 14 kelak membuktikan bahawa sikapnya yang ibarat "Habis madu sepah dibuang!"
Jika Mahfuz menyertai parti pilihan barunya, mampukah beliau meneruskan survival politiknya? atau PAS akan membalas dendam dengan menamatkan riwayat politiknya pada PRU-14 jika beliau bertanding lagi? Jawapannya tunggu 45 hari dari sekarang!
No comments:
Post a Comment