Monday, 26 February 2018

DR MAHATHIR KECEWA PPBM TIDAK SEKUAT YANG DIJANGKANYA


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mula sedar bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti yang gagal sehingga beliau dikatakan merancang untuk bertanding di bawah tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). PPBM yang baharu berusia setahun jagung gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Dr. Mahathir sebagai seorang yang bijak mengambil peluang tidak akan membiarkan survival politiknya terhenti hanya disebabkan PPBM tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu. Dr. Mahathir sedar dan tahu bahawa PPBM adalah sebuah parti yang gagal. Oleh itu, Dr. Mahathir kini mencari sebab dan punca untuk mengabaikan parti yang diasaskannya untuk melompat kepada DAP.

Dr. Mahathir tahu beliau terpaksa merendahkan egonya untuk bekerjasama dengan DAP menerusi perjanjian rahsia bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menumpang undi kaum Cina yang menyokong parti tersebut. Dr. Mahathir telah kehilangan undi kaum Melayu dan dia terpaksa bergabung dengan DAP demi kepentingan politiknya kerana itu saja jalan terakhirnya untuk meneruskan sisa-sisa hidup politiknya.

Malah Dr. Mahathir juga bakal mengabaikan pengikut setianya di dalam PPBM dan mendapatkan perlindungan daripada DAP untuk meneruskan kesinambungan politiknya di negara ini. Dr. Mahathir telah mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di bawah tiket DAP dan dia pastinya akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menjadi punca kepada tindakannya itu.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...