Politik negara bertambah kecamuk apabila orang veteran dan sepatutnya duduk diam sambil melayan cucu masih lagi sibuk dengan politik kacau mengacau.
Setakat peka kepada politik dan mahu kebaikan untuk negara itu boleh diterima kerana semua orang ada hak menegur dan mengkritik. Namun apabila orang seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak memainkan peranan, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi dan campur tangan melampau dalam politik negara, inilah yang dikatakan sebagai pengacau, jika belum lagi bertaraf pengkhianat dan petualang.
Sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong (Almarhum Sultan Kedah) menolak hasrat Tun Mahathir kerana tidak masuk campur politik kepartian, tambah lagi dengan tandatangan yang dibawa oleh Tun Mahathir itu mencurigakan, ia jelas menunjukkan politik Mahathir sudah kelam dan celaru.
Tun Mahathir sepatutnya faham bahawa dalam sistem negara kita, tidak ada cara begitu yang cuba dibawanya. Jika ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong itu satu penghinaan, ia menjadi bertambah parah apabila Sultan Johor turut menemplak dengan titah baginda yang berbunyi “ Janganlah kita hiraukan kata-kata orang tua yang seakan hilang akal ini”.
Yang terbaru Yang DiPertuan Agong merangkap Sultan Kelantan pula menarik darjah kebesaran Negeri Kelantan yang telah dikurniakan kepada Dr Mahathir sebelum ini. Penarikan anugerah tersebut tepat kerana Dr Mahathir tiada jasa kepada Negeri Kelantan dan rakyatnya. Pada zaman pemerintahannya Dr Mahathir hanya menindas dan menyekat peruntukan Kerajaan Kelantan kerana Dr Mahathir pada masa itu mengamalkan sikap ANTI PAS.
Jika penyokong Pribumi dan ProTun amat megah dengan hak bersuara dan menyatakan UMNO tiada lagi kebebasan untuk bersuara, maka anggaplah ini satu lagi hasil kebebasan bersuara.
Jika ProTun selalu bangga pemimpin mereka ditolak oleh UMNO kerana berani bersuara, kini terimalah hakikat Sultan dan Agong pun sudah bersuara dan terimalah apa yang dititahkannya.
Akhir sekali ambillah petunjuk , apabila sudah berusia lebih 90-an tetapi kena tempelak daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan tentu ada yang tidak kena.
No comments:
Post a Comment