Hasrat PAS untuk meletakkan calon di Parlimen Permatang Pauh seperti yang diumumkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu ceramah PAS di Permatang Pauh baru-baru ini jelas menimbulkan rasa gelisah kepada parti DAP dan pemimpinnya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Kini PAS ingin menuntut kerusi parlimen tersebut semula kerana pernah PAS pernah memiliki kerusi ini pada pilihan raya umum 1978 menerusi wakilnya Zabidi Ali. Berdasarkan kepada sejarah, PAS telah bertanding di Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya umum 1999. Jesteru PAS berhak untuk bertanding di kawasan tersebut tanpa sebarang campur tangan DAP.
PAS kini memasang niat untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika beliau menang pilihan raya kecil pada Mei 2015 selepas penyandangnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota parlimen.
Kehadiran PAS yang memasang hajat untuk bertanding di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti mengusarkan Lim Guan Eng. Bagi Lim Guan Eng, tindakan PAS hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN). Ternyata keputusan PAS ini telah menyebabkan Lim Guan Eng dan DAP dalam keadaan terancam di Pulau Pinang
Jesteru, pelbagai alasan dan rungutan negatif kini dibuat Lim Guan Eng bagi memburukkan keputusan PAS untuk bertanding di Pulau Pinang. Bagi Lim Guan Eng juga, sekiranya PAS bertanding di Pulau Pinang ianya akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.
Perlu diingatkan di sini, PAS bukan lagi sebahagian daripada parti Pakatan Pembangkang dan tiada lagi ikatan hubungan dengan Pakatan Harapan. Oleh itu, PAS berhak meletakkan calonnya di mana-mana sama ada untuk menentang DAP mahupun Pakatan Harapan PRU14 nanti. PAS ancaman besar buat DAP!
No comments:
Post a Comment