Wednesday, 21 February 2018

BELUM MENTADBIR NEGARA, DR MAHATHIR SUDAH AKUI PH TIDAK MAMPU TUNAIKAN JANJI MEREKA!


Belum sempat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsung, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengakui PH yang diketuainya tidak mampu memenuhi semua janji ditabur pemimpin mereka, jika memenangi PRU14 dan menubuh kerajaan kelak.

Senang-senang sahaja mereka menabur janji kepada rakyat tetapi akhirnya mengangkat bendera putih tanda mengalah dan tidak mampu menunaikan janji yang ditabur kepada rakyat.Berikutan isu ini, PH kini terpaksa menilai semula kira-kira 60 janji pemimpin mereka setakat ini, sebelum disenaraikan dalam manifesto untuk dikemukakan kepada pengundi menjelang PRU14.

Namun yang demikian, sebelum manifesto dibentangkan sudah ramai pemimpin PH yang membuat kenyataan tertentu berhubung janji kepada rakyat. Sebagai membalas kepada tindakan sesetengah pemimpin PH yang sudah menabur janji kepada rakyat, Dr Mahathir menjelaskan bahawa PH tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan.

Pemimpin PH telah membuat 60 janji yang diharap dapat dilaksanakan walaupun mungkin tidak seperti diharapkan rakyat. Antara janji tersebut adalah seperti menghapuskan GST, menghapuskan tol, memberi pendidikan percuma dan menurunkan caj pengangkutan. Menurut Dr Mahathir, PH tidak boleh menampung janji yang keterlaluan dan berikutan itu, PH hanya akan membuat janji setakat yang mampu sahaja. 

Secara kesimpulannya, PH hanya pandai menabur janji sahaja, mulut mereka hanya manis dibibir untuk menabur janji-janji kepada rakyat tetapi hakikatnya mereka tidak akan dapat merealisasikan janji mereka jikalau memegang tampuk pemerintahan negara. 

Perkara ini turut diakui sendiri Pengerusi PH, Dr Mahathir yang menjelaskan bahawa janji ini sukar dilaksanakan oleh PH kepada rakyat walaupun ada sesetengah pemimpin PH sudah menjanjikan bermacam-macam janji manis kepada rakyat. Jelas di sini, PH hanya memberi janji kosong, janji manis PH hanya indah khabar dari rupa dan realitinya ia sukar dilaksanakan!

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...