Pembangkang (Pakatan Harapan) sering kali menggunakan ungkapan ‘DEDAK’ setiap kali Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat. Dedak dalam kamus dewan edisi keempat membawa maksud, kulit padi yang menjadi serbuk semasa ditumbuk atau serbuk halus daripada kulit padi (yang dimesin) dijadikan sebagai bahan makanan ayam, itik dan lain-lain. Kebanyakan bahan ini hanya berguna untuk kegunaan makanan haiwan sahaja, tetapi pelik bila istilah ini digunakan pembangkang terhadap manusia. Adakah begitu rendah martabat manusia yang diistilahkan sebagai pemakan dedak oleh pembangkang ini?
Atau adakah ada penerangan yang lebih senang difahami oleh rakyat apa itu dedak seperti yang diagung agungkan oleh pembangkang? Banyak program bantuan kerajaan dianggap sebagai dedak kepada rakyat seperti BR1M, KR1M 2.0, bantuan banjir, bantuan keluarga miskin, pemberian bonus kepada kakitangan awam dan lain-lain lagi bentuk bantuan kerajaan. Pakatan Harapan sentiasa menggunakan istilah ini dalam ceramah untuk menghentam Kerajaan walhal kita semua tahu bantuan ini bukannya dedak sebaliknya bantuan untuk meringankan beban rakyat. Pembangkang sebenarnya tidak peka dan tidak sedar bahawa bantuan yang diberikan ini merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Bagaimana pihak pembangkang mahu mentadbir negara dengan adanya mentaliti sedemikian?
Perlu diingatkan di sini bahawa, kos sara hidup yang semakin tinggi dan kenaikan harga barangan juga mungkin membebankan rakyat. Dengan adanya bantuan ini kerajaan dapat meringankan beban dan masalah rakyat. Bantuan ini secara tidak langsung memberi kebaikan kepada rakyat namun ianya disalah ertikan oleh pembangkang. Mereka mendakwa semua ini bertujuan membeli rakyat atau dedak supaya menyokong kerajaan pada PRU 14 nanti.
Pemberian BR1M dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 kepada tujuh juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM6.8 bilion banyak membantu rakyat berpendapatan rendah. Kebanyakan penerima bantuan ini adalah golongan rakyat yang mempuyai pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah. Selain daripada itu juga kepada golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah juga layak menerima bantuan ini.
Walaupun pembangkang mendakwa dedak sebagai satu bentuk rasuah namun terdapat juga ahli pembangkang yang layak menerima bantuan ini. Dalam perkara ini, tidak pula mereka mengatakan itu dedak malahan menuduh kerajaan memang wajib memberi bantuan kepada mereka. Adakah pembangkang begitu berpandangan negatif terhadap semua inisiatif ini dan menuduh kerajaan yang memberi BR1M ini sebagai dedak serta cemburu dengan cara Kerajaan membantu rakyat. Dalam pembentangan belanjawan DAP baru-baru ini tanpa segan silu mereka membuat u-turn dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri pada bajet lalu mencadangkan BR1M dilaksanakan di bawah pentadbiran mereka.
Istilah dedak yang sering digunakan oleh pembangkang amatlah tidak wajar kerana ia melambangkan suatu yang merendahkan martabat penerima BR1M selama ini. Apapun kritikan dan tomahan mereka terhadap kerajaan tidak sama sekali akan melemahkan semangat Kerajaan dalam membantu rakyat. Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab besar kerajaan dalam membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Boleh dikatakan tidak ada asas langsung untuk melabel BR1M sebagai satu bentuk rasuah atau dedak sedangkan lebih 63 negara di seluruh dunia memberikan bantuan serupa dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan.
I got too much interesting stuff on your blog. I guess I am not the only one having all the enjoyment here! Keep up the good work. bantuan sara hidup rakyat
ReplyDeleteThank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our. brim 2019
ReplyDelete