Tindakan Mohd. Rafizi Ramli melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) tidak sepatutnya dibela sama sekali walaupun atas alasan mendedahkan kesalahan orang lain kerana perbuatan Naib Presiden PKR itu merupakan suatu jenayah yang serius. Rafizi Ramli dan penyokong-penyokongnya dilihat cuba menghalalkan perbuatannya itu yang jelas bertentangan dengan undang-undang dengan membantah dan mengkritik keputusan mahkamah.
Rakyat perlu jelas mengenai perkara ini kerana dalam hal membabitkan kerahsiaan maklumat perbankan iaitu dalam BAFIA, tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak sama ada individu, bank mahu pun Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia merupakan prinsip mewujudkan konsep perbankan yang dipercayai. Jikalau tidak dilindungi di bawah BAFIA, sesiapa pun tidak akan mempercayai sistem perbankan negara ini sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia.
Apa yang pasti Rafizi dilihat hanya sengaja ingin memperdayakan orang ramai bagi meraih populariti demi kelangsungan karier politiknya. Sebagai pemimpin yang mempunyai latar belakang seorang akauntan, sepatutnya Rafizi lebih arif dan menyedari perbuatannya mendedahkan maklumat perbankan itu adalah jenayah yang serius. Jesteru keputusan mahkamah terhadap Mohd. Rafizi adalah dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.
No comments:
Post a Comment