Setelah Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Jerai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan mereka, kini sekumpulan sayap dari Merbok pula turut menzahirkan kekecewaan yang sama.
Sekumpulan Armada yang mendakwa mereka mewakili suara yang enggan mendedahkan diri mereka dalam parti itu menuntut penjelasan daripada pemimpin berhubung dua isu besar yang sering dikemukakan parti lawan termasuk kekayaan anak-anak pengerusi parti dan skandal presiden mereka.
kumpulan anak-anak muda tersebut yang diketuai Mohd Adam Mohd Ali kecewa dengan sikap berdiam diri kepemimpinan parti tentang dua isu tersebut. Mereka kecewa kerana isu yang dibangkitkan oleh pihak lawan tentang kekayaan luar biasa keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dijawab secara jujur dan konsisten. Malah isu presiden dengan skandal isteri orang pun masih belum dijawab sehingga hari ini.
Apa yang menjadi persoalan kini ialah tindakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidam menyaman pihak yang menuduh beliau terlibat dalam hal mengakibatkan keruntuhan rumahtangga wanita yang dikaitkan dengannya dan hanya berdiam diri.
Isu berkenaan jika tidak diselesaikan sedikit sebanyak menganggu tugas mereka berkempen sewaktu pilihan raya umum nanti. Mereka mempersoalkan, apa yang perlu dijawab jika pengundi bertanya bagaimana anak Tun boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia? dan betulkah Tan Sri Muhyiddin menjadi punca perceraian kepada wanita keluarga itu?
Jika pemimpin ini di pihak benar, mereka sepatutnya tampil ke hadapan bagi menjawab isu ini tetapi mereka hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa. Bersihkan serta jaga parti ini baik-baik sebelum kita kritik parti lain. Jangan bagi orang kata pada parti. Hakikatnya kedua-dua pemimpin ini hanya pandai mengkritik orang lain walhal banyak lagi isu mereka yang tidak terjawab hingga ke hari ini.
Masalah ini timbul di antaranya adalah parti ini kerap menjaga tepi kain parti lain tetapi parti sendiri bercelaru. Mereka hanya hebat bercakap di tempat ceramah namun hakikatnya gagal tadbir parti sendiri. Bak kata pepatah melayu, kedua-dua pemimpin ini seperti paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih. Secara tidak langsung, tindakan Armada ini memberi tekanan hebat buat Mahathir dan Muhyiddin.
No comments:
Post a Comment