Hubungan politik parti komponen Pakatan
Harapan (PH) di Selangor dilihat semakin meruncing apabila berlakunya tindakan
mencemar nama baik anggota parti komponen PH yang dilakukan oleh pemimpin dari parti
PKR dan PAN.
Kini hubungan politik antara PKR dengan PAN
ibarat situasi rumah tangga yang bergolak dan bergelora. Ia bermula dari
tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggelarkan PAN
sebagai pembohong dan tidak amanah yang diikuti oleh tindakan Pengerusi PAN
Selangor, Izham Ramli, menggelarkan pula Pengerusi PKR Selangor itu sebagai
badut yang tidak layak menjadi Menteri Besar dan Pengerusi PH negeri.
Terbaharu juga melibatkan isu yang sama adalah
tindakan Pegawai Khas Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham, yang menggelarkan
PAN sebagai “parti 2 peratus” dan tindakan Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga
Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin, yang menggelarkan
PAN sebagai “parti 1.4-1.5 peratus”.
Perbuatan gelar-menggelar yang sudah
bertukar menjadi hina-menghina antara pemimpin PKR dan PAN ini memberikan imej
yang sangat tidak baik terhadap kesepakatan politik dalam PH diketuai DAP itu seolah-olah
langsung tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya.
Bila gelar menggelar sudah bertukar nada
menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagai
retak menanti belahlah.Ini kerana hanya parti politik yang tidak bermaruah
sahaja yang ahli-ahlinya sanggup membiarkan parti mereka dihina sesuka hati.
Insiden hina menghina ini jelas memberi gambaran
jelas kepada rakyat bahawa PH tidak mampu duduk sebumbung menyelesaikan masalah
dalaman apatah lagi ada niat untuk memerintah negara.
Pendek kata, pertelingkahan mulut antara pemimpin
PKR dan PAN di Selangor bukti masih lagi terdapat jurang perbezaan yang ketara melibatkan
hubungan parti komponen PH Selangor amnya. Ternyata parti komponen PH masih belum
bersedia menerima satu sama lain dan tidak mempercayai di antara mereka.
No comments:
Post a Comment