Friday, 2 February 2018

GST BUKAN UNTUK MEMBEBANKAN RAKYAT TETAPI UNTUK SENANGKAN RAKYAT



Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kutipan GST pada tahun 2017 telah meningkat naik dari RM41 bilion kepada RM44 bilion. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa GST telah disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Najib telah menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Negara ini oleh kerana GST yang dilaksanakan di Malaysia adalah yang terendah di dunia. Negara maju yang turut melaksanakan GST di Negara mereka ialah seperti United Kingdom, Jepun dan Australia.

Ternyata GST dilaksanakan bukan untuk membebankan rakyat sama sekali, malah ia adalah penyelamat ekonomi Negara. Kesemua kutipan GST ini telah membolehkan kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan juga bantuan kepada rakyat. Antaranya ialah pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, perbelanjaan khidmat kesihatan, pendidikan, keselematan dan banyak lagi.

Kutipan GST adalah bertujuan untuk memberikan kebajikan kepada rakyat. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah salah satu daripada sumbangan GST dimana Rakyat Malaysia akan mendapatkan bantuan tersebut setiap tahun. Pembayaran BR1M telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori bujang / individu dan juga kategori isi rumah. Bagi kategori bujang, jumlah wang yang akan diberikan adalah sebanyak rm450 seorang. Untuk kategori isi rumah pula, terdapat 3 pecahan kategori iaitu pendapatan isi rumah dibawah rm1,000 sebulan, pendapatan rumah dibawah rm3,000 sebulan dan pendapatan isi rumah RM3,001-RM4,000 sebulan.

Jumlah wang yang akan diterima untuk pendapatan isi rumah dibawah RM1,000 adalah RM1,200, pendapatan isi rumah RM3,000 akan menerima RM1,200 manakala pendapatan isi rumah RM3,001-RM4,000 akan menerima RM1,000. Jumlah keseluruhan pembiayaan BR1M kepada rakyat adalah sebanyak RM6 bilion. 

Selain itu, GST juga adalah bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap hospital-hospital kerajaan di Malaysia. Kerajaan juga telah memberikan imunisasi secara percuma kepada bayi yang baru lahir. Untuk seorang bayi kos yang perlu ditanggung mencecah ribuan ringgit. Kesemuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Jumlah keseluruhan peruntukan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM2 billion.

Dalam sektor pendidikan juga, GST telah banyak menyumbang kearah penaiktarafan institusi pengajian di Malaysia sama ada sekolah atau IPTA. Taska 1 Malaysia juga telah diwujudkan. 40 buah Taska 1 Malaysia telah pon ditubuhkan di seluruh negara. Projek Taska 1 Malaysia ini dianggarkan telah menelan jumlah wang sebanyak RM1 bilion. Selain itu, kerajaan telah memberikan bantuan awal persekolahan 1 Malaysia dimana diperuntukan RM100 untuk setiap pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat meringankan beban para ibu bapa bagi membuat persediaan persekolahan anak-anak pada setiap tahun. Dianggarkan sejumlah RM1 bilion hingga RM2 bilion telah pun diperuntukan untuk bantuan ini.

Untuk pelajar-pelajar di IPTA, kerajaan telah memberikan bantuan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada setiap pelajar sebanyak RM250 untuk setiap pelajar. Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk membeli segala kelengkapan pembelajaran mereka semasa di IPTA. 

Terbaru, Lebuhraya Pan Borneo yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2023 adalah antara sumbangan daripada kutipan GST. Projek Lebuhraya Pan Borneo ini akan dibina sepanjang 1,000 km. Keseluruhan projek ini akan menelan kos sebanyak RM27 bilion. Ini adalah salah satu bentuk pemulangan semula GST untuk memberikan kemudahan kepada rakyat dengan memajukan infrastruktur dan juga segala kemudahan awam di Malaysia.

Jika kita dilihat, sumbangan dan kejayaan yang telah berjaya dilakukan hasil daripada kutipan GST sangat cemerlang. Ini membuktikan GST sangat baik dan bermanfaat kepada Negara. Rakyat perlu bijak untuk melihat dan mengkaji semula segala faedah yang mampu diperoleh hasil daripada kutipan GST kepada kita semua.

Rakyat seharusnya menyambut baik usaha bijak yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri kita. GST dilaksanakan bukan untuk membebani kita semua. GST telah terbukti adalah penyelamat kepada ekonomi di Negara ini. Ekonomi Negara semakin baik, secara tidak langsung kita dapat menarik ramai pelabur dari luar negara untuk melabur ke dalam negara kita. 





No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...