Wednesday, 28 February 2018

MAHATHIR BOROS ! RM60,000 DIBAZIRKAN SETIAP BULAN UNTUK BERI MAKAN 40 EKOR KUDA






Secara tiba-tiba sahaja isu berkenaan kuda belaan Mahathir dan anak-anaknya menjadi tular. Ini berkaitan dengan isu Dato’ Sri Najib Razak yang mengamalkan diet quinoa sebagai pengganti nasi. 

Pada awalnya, isu quinoa yang dimakan oleh Najib telah menjadi isu politik picisan oleh pihak pembangkang. Mereka mendakwa Najib tidak ambil peduli tentang kesengsaraan rakyat kerana mengambil quinoa yang dikatakan harganya lebih mahal berbanding dengan beras. 

Mahathir tidak duduk diam sebaliknya mengamb il peluang keemasan ini untuk menjatuhkan Najib. Sememangnya Mahathir sudah kehabisan idea sehinggakan apa yang dimakan oleh Najib pun dijadikan isu untuk dipolitikkan. 

Harga pasaran quinoa adalah Rm29.50 untuk 400gm dan Rm 1,250.00 untuk 25kg. Tidak dinafikan harganya sedikit mahal berbanding dengan nasi namun khasiatnya adalah jauh lebih baik dari nasi. Sebagai seorang pemerintah, aspek kesihatan dan kecergasan perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kesihatan yang baik supaya mampu berkhidmat pada masyarakat. 

Sebaik sahaja Mahathir membuat kenyataan berkenaan makanan Najib itu, Najib tampil untuk membidas kenyataan tersebut. Najib berkata, makanan kuda belaan keluarga Mahathir lebih mahal daripada quinoa. Mahathir dikatakan membela dan menternak lebih dari 40 ekor kuda di Malaysia dan di luar Negara. 

Lobak merah dijadikan menu makanan untuk kuda ternakan Mahathir. Kos lobak merah yang paling murah dijual adalah Rm4.59/ kg. Seekor kuda mampu makan sehingga 20kg sehari dimana kos makanan seekor kuda dalam masa sehari dianggarkan mencecah Rm50-Rm100. Kos makanan seekor kuda untuk 1 bulan boleh mencecah sehingga Rm1,500.00. Jika Mahathir membela lebih 40 ekor kuda ini bermakna kos untuk membeli makanan kuda sahaja akan mencecah Rm60,000 untuk setiap bulan. 

Rm60,000 adalah satu jumlah wang yang sangat besar. Jika kita lihat hari ini, dengan jumlah wang tersebut ia cukup untuk membina sebuah rumah mesra rakyat yang dikendalikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kos membina sebuah rumah mesra rakyat adalah sebanyak Rm65,000. Namun kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak Rm20,000 dimana pemohon hanya perlu membayar sebanyak RM45,000 sahaja untuk membina sebuah rumah yang besar dan selesa. 

Hal ini membuktikan Mahathir telah menikmati kehidupan yang sangat mewah. Kemewahan yang diperolehinya adalah hasil-hasil mengkayakan anak-beranaknya dan juga kroni-kroninya sewaktu menjadi PM dahulu. Jelas sekali Mahathir hanya menghabiskan wang ringgitnya untuk melakukan pembaziran. Rm60,000 yang digunakan untuk member makan kuda lebih bermanfaat jika beliau membantu rakyat Malaysia yang kononya sedang tertekan dengan kos sara hidup. 

Tiada apa yang lebih penting bagi seorang Perdana Menteri selain dari menjaga kebajikan rakyat. Kita boleh lihat perbezaan di antara Najib dan Mahathir, Najib mempunyai kriteria serta ciri-ciri seorang Perdana Menteri yang baik jika kita bandingkan dengan Mahathir yang dilihat lebih kepada ingin menggunakan kuasa politik untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. PRU-14 akan dating sama-sama kita berikan sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Sri Najib razak. 

ARMADA TERUS BERI TEKANAN KEPADA PEMIMPIN PARTI JAWAB ISU





Setelah Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Jerai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan mereka, kini sekumpulan sayap dari Merbok pula turut menzahirkan kekecewaan yang sama.

Sekumpulan Armada yang mendakwa mereka mewakili suara yang enggan mendedahkan diri mereka dalam parti itu menuntut penjelasan daripada pemimpin berhubung dua isu besar yang sering dikemukakan parti lawan termasuk kekayaan anak-anak pengerusi parti dan skandal presiden mereka.

kumpulan anak-anak muda tersebut yang diketuai Mohd Adam Mohd Ali kecewa dengan sikap berdiam diri kepemimpinan parti tentang dua isu tersebut. Mereka kecewa kerana  isu yang dibangkitkan oleh pihak lawan tentang kekayaan luar biasa keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak dijawab  secara jujur dan konsisten. Malah isu presiden dengan skandal isteri orang pun masih belum dijawab sehingga hari ini.

Apa yang menjadi persoalan kini ialah tindakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidam menyaman pihak yang menuduh beliau terlibat dalam hal mengakibatkan keruntuhan rumahtangga wanita yang dikaitkan dengannya dan hanya berdiam diri.

Isu berkenaan jika tidak diselesaikan sedikit sebanyak menganggu tugas mereka berkempen sewaktu pilihan raya umum nanti. Mereka mempersoalkan, apa yang perlu dijawab jika pengundi bertanya bagaimana anak Tun boleh jadi antara orang terkaya di Malaysia? dan betulkah Tan Sri Muhyiddin menjadi punca perceraian kepada wanita  keluarga itu?

Jika pemimpin ini di pihak benar, mereka sepatutnya tampil ke hadapan bagi menjawab isu ini tetapi mereka hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa. Bersihkan serta jaga parti ini baik-baik sebelum kita kritik parti lain. Jangan bagi orang kata pada parti. Hakikatnya kedua-dua pemimpin ini hanya pandai mengkritik orang lain walhal banyak lagi isu mereka yang tidak terjawab hingga ke hari ini.

Masalah ini timbul di antaranya adalah parti ini kerap menjaga tepi kain parti lain tetapi parti sendiri bercelaru. Mereka hanya hebat bercakap di tempat ceramah namun hakikatnya gagal tadbir parti sendiri. Bak kata pepatah melayu, kedua-dua pemimpin ini seperti paku dulang paku serpih,mengata orang dia yang lebih. Secara tidak langsung, tindakan Armada ini memberi tekanan hebat buat Mahathir dan Muhyiddin.

DRAMA SANDIWARA AZMIN BALUT TENGKUK SAMA DENGAN ANWAR.



Baru-baru ini timbul cerita dan isu lakonan balut tengkuk diguna balik oleh Azmin. Drama yang sama mahu diulang diulang semula oleh Azmin untuk meraih simpati rakyat di Selangor.  Bukan itu sahaja cara Azmin beraksi dan berdrama, Azmin juga meraih simpati kononnya dia sakit pinggang. Anwar juga pernah menggunakan cara yang sama sebelum ini sebagaimana yang dilakukan oleh Azmin Ali. 

Kita boleh melihat Azmin dan Anwar mereka ini kedua-duanya melakukan perbuatan yang sama dengan membalut leher kononnya terkehel bagi meraih simpati rakyat untuk menutup dan mengaburi mata rakyat dengan segala skandal rasuah, seks dan lain-lain. Perbuatan Anwar dan Azmin membalut badan sebagai drama dan sandiwara semata-mata adalah seperti berikut:

Lakonan dan sandiwara Anwar:

1. Pada Julai 2011, ketika himpunan Bersih 2 diadakan di Kuala Lumpur, N. Surendran peguam Anwar Ibrahim mengadu kepada Malaysia Kini bahawa Anwar berdarah di kepala dan cedera di lutut, kononnya dikasari semasa berada di Kuala Lumpur Central. 

2. Apabila Anwar masuk wad, Anwar Ibrahim ambil gambar kononnya teruk sangat cederanya sehinggakan membalut tengkuk sambil memakai baju Bersih atas katil hospital, Anwar kata berdarah di kepala dan lutut, tetapi kenapa Anwar Ibrahim balut tengkuk, pelik bukan.

3.  Drama sakit tengkuk yang sama ketika dipapah oleh Azmin Ali pada tahun 1998 dulu. Hingga satu video mengkantoikan bahawa Anwar Ibrahim tidak sakit dan sempat lagi menari-nari dalam video berkenaan. 

Lakonan dan sandiwara Azmin Ali:

1.  Kononnya Azmin cedera ketika sedang membersihkan rumah dan menyusun semula perabot di rumahnya. Pelik sangat kecederaan yang berlaku itu, kerana masa sedang buat projek aiskrim selama 45 minit dalam tandas boleh pulak tidak sakit. 

2. Azmin dikatakan seminggu sakit dan perlu menjalani rawatan fisioterapi tetapi dengan tiba-tiba Azmin muncul dengan gambar memakai neck collar. Azmin kata sakit pinggang tetapi kenapa tengkuk yang dibalut. Inilah yang dinamakan lawak pecah perut. 
Balut tengkuk dan sakit pinggang skrip drama dan sandiwara pemimpin pembangkang Pakatan Harapan yang diulang-ulang hanya untuk meraih simpati dan sokongan rakyat semata-mata. Rakyat Selangor perlulah tolak lakonan drama dan sandiwara Azmin yang menjijikkan dan menjelikkan ini. Ketika parti pembangkang Pakatan Harapan di Selangor dalam krisis dan bergaduh kerana berebutkan kerusi dan banyak isu dan skandal dalam Kerajaan Selangor dibongkar. 

Kesimpulannya ini semua wayang sahaja. Sandiwara dan drama pemimpin pembangkang. Jawab dulu skandal tanah Ijok, berhentilah berlakon balut tengkuk.

HARAM HUKUMNYA NEELOFA BUAT PELANCARAN TUDUNG DI KELAB MALAM. INI KE AJARAN DAP??



Neelofa seharusnya sedar bahawa hukumnya haram apabila menganjurkan majlis di kelab malam. Haramnya bukan disebabkan pelancaran tudung tetapi kerana dianjurkan di kelab malam. Perempuan seperti Neelofa dan rakan-rakannya menari dan bergaul tanpa batasan, hiburan yang melampau dan sudah pastinya akan mengundang fitnah. 

Neelofa seharusnya sedar tindakan dan perbuatan dirinya itu mengundang fitnah, dengan imejnya yang bertudung, seorang perempuan seharusnya menutup aurat dan bukannya ke kelab malam dan menari-nari di khalayak ramai. Untuk makluman Neelofa, hanya Melayu Wanita DAP yang berperangai seperti ini, nama Melayu Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. 

Buat Neelofa, sekiranya hati dan niat Neelofa baik, Neelofa tidak sepatutnya pergi ke tempat yang tidak baik seperti di kelab malam dan perlakuan yang tidak baik dengan menari-nari di kelab malam. Sebagai wanita yang beragama Islam, dirinya sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya jangan sampai suatu hari nanti dirinya dikecam oleh orang bukan Islam.

Kesimpulannya, Neelofa sebagai wanita Melayu Islam perlulah bertaubat dan menyesali perbuatan yang beliau lakukan. Untuk maju dan berjaya biarlah dengan cara yang menepati syariat, maju biarlalah berkat, bukannya buat pelancaran bertudung di kelab malam.

Tuesday, 27 February 2018

BR1M BUKAN DEDAK SEBALIKNYA ADALAH HAK BAGI GOLONGAN SASAR DAN MAMPU ELAKKAN KETIRISAN






Setiap tahun Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan menjadi satu penantian bagi semua rakyat Malaysia. BR1M merupakan satu formula ekonomi untuk menstabilkan tekanan inflasi, BR1M ialah salah satu stimulasi pakej ekonomi, atau pakej rangsangan ekonomi. 

BR1M 2018 telah mula proses pengagihan pada Ahad yang lalu, di mana 2,000 penerima BR1M telah menerima bantuan tersebut di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Najib Razak bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah. 

Dalam majlis pengagihan tersebut, Najib telah menegaskan dan menangkis tanggapan pembangkang yang mendakwa BR1M adalah dedak kerajaan untuk meraih undi sempena PRU-14 nanti. BR1M bukanlah dibuat atas kepentingan politik, sebaliknya ia adalah hak bagi individu yang benar-benar layak tanpa mengira parti politik yang disertainya. 

“Kalau orang kata kita hendak membeli undi, itu tidak be­tul sebab asal usulnya BNM yang cadangkan. “Kalau hendak beli undi, kita bagi kepada puak-puak kita sahaja tetapi kita bagi kepada semua termasuk di negeri pembangkang kerana penerima dipilih berdasarkan pendapatan mereka,” kata Najib.

Najib telah memberitahu bahawa idea perlaksaan BR1M ini bukanlah diilhamkan oleh beliau atau mana-mana ahli politik sebaliknya ia telah dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Idea kaedah subsidi bersasar ini dilihat telah banyak memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan berbanding dengan subsidi pukal yang mempunyai terlalu banyak ketirisan. 

Pada awalnya, Malaysia telah mendapat teguran dari Bank Dunia berkenaan dengan subsidi secara pukal yang dilakukan sebelum ini. Hal ini kerana, kesan dari subsidi pukal ini akan berlaku banyak ketirisan kerana ia boleh dijual di sempadan kepada orang lain dan juga pekerja asing serta pelancong luar boleh menikmati subsidi tersebut. Sekaligus secara relatifnya orang yang sepatutnya menerimanya lebih sedikit berbanding dari orang yang berada didalam golongan berkemampuan. 

Selain itu, BR1M juga mampu merancakkan ekonomi negara kerana sudah pastinya lebih 4 juta penerima BR1M akan berbelanja menggunakan wang BR1M tersebut mengikut keperluan masing-masing. Secara lazimnya, apabila permintaan bertambah, ekonomi sesebuah negara turut akan berkembang. Permintaan domestik adalah salah satu faktor untuk mengembangkan ekonomi. 

Apa yang lebih membanggakan, idea BR1M ini turut dicontohi beberapa negara maju di luar. Terbaru, Negara di seberang tambak Singapura turut mengumumkan untuk mencontohi Malaysia untuk memberikan BR1M kepada golongan sasar di Negara mereka. Dengan ini tiada sebab untuk kita beranggapan bahawa BR1M merupakan satu sogokan untuk kepentingan bagi sesebuah parti politik. 

Perubahan yang dilakukan oleh Dato’ Sri Najib Razak ini sememangnya telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang pemimpin yang sangat menjaga kebajikan rakyat. Semoga Najib akan kekal sebagai pemerintah di Negara ini supaya lebih banyak pencapaian yang mampu dilakarkan oleh beliau. 








BEBAS MELIWAT, BEBAS BERKHALWAT, BEBAS MURTAD, BEBAS MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS SEJENIS, BEBAS MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS SEBELUM KAHWIN JIKA PAKATAN MENANG PRU.



Apakah yang sebenarnya Pakatan Harapan maksudkan dengan hak kebebasan, hak membuat pilihan hidup ataupun Free Country yang mereka laung-laungkan selama ini oleh DAP dan pimpinan parti itu? Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bekas pengacara program 3R Rafidah Abdullah didakwa dia telah berkahwin dengan kaum sejenis di Australia. 

Cuba kita bayangkan jika Pakatan Harapan memerintah negara kita, sudah pasti perkara ini akan berlaku berleluasa dengan sewenang-wenangnya. Merujuk kepada keputusan Pakatan Harapan untuk melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri kita percaya masa hadapan negara akan menjadi kelam, gelap gelita dan musnah sekelip mata kerana dipimpin oleh Ketua Pembangkang seperti Mahathir yang disifatkan sebagai diktator. 

Orang seperti Pakatan Harapan tidak ada keikhlasan dalam melaksanakan kerja. Kalau benar ia menjadi kenyataan, ianya hanya balabencana dan malapetaka semata-mata. Tengoklah sajalah apa yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang pusat judi, kelab, rumah urut berlambak-lambak di bawah kepimpinan DAP, PKR dan Pakatan Harapan. Perkara ini tidak pernah berlaku pada zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. 

Idea liberalisme, bebas seks, bebas liwat, bebas murtad, bebas seks sejenis semuanya dibawa oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk memancing sokongan terutamanya daripada kalangan bukan Melayu di mana hakikatnya tidak membawa sebarang manfaat dan kebaikan kepada rakyat, sebaliknya pelbagai perkara negatif yang timbul melaluinya. Kesimpulannya semua perkara ini timbul membuktikan pembangkang Pakatan Harapan tidak bertanggungjawab kononnya merekalah lebih baik daripada kerajaan yang asa sekarang sedangkan bebas seks, bebas liwat, bebas skandal haram di sisi Islam.

PAKATAN HARAPAN TIADA HARAPAN PRU 14



Pakatan Harapan (PH) nampaknya semakin tidak mempunyai harapan untuk menggunakan logo parti yang didaftarkan kerana belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kemungkinan besar mereka tidak dapat menggunakan satu logo dalam menghadapi pilihanraya kali ini.  Mereka nampaknya seakan berjuang mengikut logo parti masing-masing. Keadaan ini akan mengelirukan rakyat dalam memilih clon yang mereka kehendaki bagi mewakili kawasan mereka.

Perkembangan terbaru ini meyakinkan lagi bahawa PH tidak akan mencapai tujuan mereka bersama. Apa yang dapat dilihat mereka hanya memperjuangkan untuk kepentingan parti sendiri sahaja. Tun Mahathir akan merangka percaturan bagi menaikkan anaknya Mukhriz dalam politik. Cita-cita menjadikan Mukhriz sebagai PM menjadi agenda utama beliau, sekalipun terpaksa menumpang kasih DAP untuk bertanding.

Adakah ini menguatkan lagi desas-desus mengatakan Tun Mahathir dan Mukhriz akan bertanding atas tiket DAP. Segala kemungkinan boleh berlaku dalam kancah politik masa sekarang di mana sesiapa sahaja yang pandai mempergunakan orang lain akan sentiasa berada di hadapan. Ketidak puasan hati di kalangan ahli menambah lagi tekanan terhadap PH. Perpecahan dalaman parti menampakkan tidak adanya persefahaman di antara 4 komponen utama PH. Kebanyakan mereka hanya mahu menjaga tepi kain mereka sendiri dan tidak kisah hal parti lain. Yang penting parti yang dominan akan berkuasa.

Di samping itu, dalam menarik sokongan dan perhatian rakyat,  bermacam-macam janji dihamburkan PH dan ada janji-janji yang tidak relevan langsung. Mampukan mereka merealisasikan apa yang mereka janjikan ketika banyak kemelut dalaman dan isu parti serta akar umbi yang masih belum selesai. 

Selain itu, PPBM dilihat menghadapi masalah dana dalam membiayai perjuangan  mereka, tambahan pada musim pilihanraya ini mereka memerlukan dana yang banyak dalam menggerakkan semua aset dan jentera pilihanraya setiap negeri. Ketiadaan dana akan membantutkan perancangan parti. Mustahil PPBM tidak mempunyai dana yang mencukupi dan sanggup meraih  kutipan derma serta bantuan dari orang ramai. Bukankah sebelum ini Tun M berjanji akan memberi bantuan kewangan kepada PPBM. 

Sudah pasti rakyat jelata juga tahu dan sedar bahawa keluarga Tun Mahathir bukanlah calang-calang orang dan mempunyai kekayaan yang luar biasa di Malaysia. Kekayaan anak-anak Mahathir ini didakwa diperolehi sewaktu Tun Mahathir, 22 tahun menjadi PM. Mengapa tidak menggunakan dana anak-anaknya, mengapa perlu meraih simpati atau mengutip dana dari rakyat. Rakyat pun mendapat bantuan BR1M dari Kerajaan untuk meringankan kehidupan dan bantuan ini sedikit sebanyak boleh digunakan bagi menampung kehidupan harian mereka. PPBM tidak perlu mengheret rakyat dalam masalah mereka.

Rakyat perlu buka mata dan sedar, adakah mereka ini layak mentadbir negara sekiranya berkuasa kelak. Tambahan pula logo parti yang berbagai pula akan mengelirukan rakyat dalam memilih logo mana kelak. Rakyat tidak memerlukan kerajaan yang bercelaru kerana ianya akan mendatangkan masalah kepada masyarakat. Terpulanglah kepada rakyat dalam menentukan siapa yang layak mentadbir kerana kuasa penentu adalah di tangan rakyat. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang semakin matang dalam menentukan siapa yang benar-benar layak mentadbir serta dapat membawa pembangunan yang lebih baik demi keselesaan rakyat.

Monday, 26 February 2018

DR MAHATHIR KECEWA PPBM TIDAK SEKUAT YANG DIJANGKANYA


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mula sedar bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti yang gagal sehingga beliau dikatakan merancang untuk bertanding di bawah tiket DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). PPBM yang baharu berusia setahun jagung gagal mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Dr. Mahathir sebagai seorang yang bijak mengambil peluang tidak akan membiarkan survival politiknya terhenti hanya disebabkan PPBM tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang Melayu. Dr. Mahathir sedar dan tahu bahawa PPBM adalah sebuah parti yang gagal. Oleh itu, Dr. Mahathir kini mencari sebab dan punca untuk mengabaikan parti yang diasaskannya untuk melompat kepada DAP.

Dr. Mahathir tahu beliau terpaksa merendahkan egonya untuk bekerjasama dengan DAP menerusi perjanjian rahsia bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menumpang undi kaum Cina yang menyokong parti tersebut. Dr. Mahathir telah kehilangan undi kaum Melayu dan dia terpaksa bergabung dengan DAP demi kepentingan politiknya kerana itu saja jalan terakhirnya untuk meneruskan sisa-sisa hidup politiknya.

Malah Dr. Mahathir juga bakal mengabaikan pengikut setianya di dalam PPBM dan mendapatkan perlindungan daripada DAP untuk meneruskan kesinambungan politiknya di negara ini. Dr. Mahathir telah mempunyai alasan yang kukuh untuk bertanding di bawah tiket DAP dan dia pastinya akan menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menjadi punca kepada tindakannya itu.

Friday, 23 February 2018

PEMUDA PPBM MINTA CAMPUR TANGAN ANWAR TOLAK MAHATHIR SEBAGAI CALON PM & SELAMATKAN PH


Baru-baru ini kira-kira 150 pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas ahlinya menyerahkan memorandum membantah pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berhimpun secara aman sambil memegang sepanduk menyatakan penolakan terhadap Mahathir.

Memorandum dua muka surat itu dihantar kepada Anwar yang sedang menjalani pemulihan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Antara intipati utama memorandum berkenaan adalah meminta campur tangan Anwar bagi menyelesaikan kemelut dihadapi komponen dalam pakatan pembangkang.

Pemuda PPBM mahu Anwar melakukan sesuatu agar menyelamatkan kekacauan sesama parti yang berlaku di dalam PH termasuklah isu pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Tindakan ini dibuat pemuda PPBM kerana mereka tidak bersetuju apabila PH meletakkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH kerana seperti diketahui, PPBM adalah penyokong reformasi Anwar.

Malah Dr Mahathir pula semasa pemerintahannya menentang Anwar, jadi sudah tentulah kami tidak dapat menerima sekiranya beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri PH. Di samping itu, Dr Mahathir hanya mahu menggunakan pakatan itu untuk kembali berkuasa di Putrajaya kerana ada kepentingan yang hendak dicapai.

Jesteru bagi mereka, Anwar perlu campur tangan kerana dia mempunyai kelebihan dan kekuatan melakukan sesuatu daripada terus melihat pakatan itu dipergunakan Tun Mahathir untuk mencapai matlamatnya. 





DR MAHATHIR PAKSA ROS IKUT TELUNJUKNYA



Pendaftaran parti PPBM berkemungkinan akan dibatalkan sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan mereka. Ini berikutan terdapat 430 aduan dari akar umbi yang mendakwa ianya tidak mengikut perlembagaan PPBM. Aduan yang dibuat kebanyakan dari peringkat akar umbi PPBM kerana mereka mendakwa tidak diadakan terlebih dahulu mesyuarat bahagian bagi memilih wakil ke mesyuarat AGM PPBM. 

Menurut ROS terdapat tiga kesalahan yang dilakukan PPBM. Kesalahan itu ialah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa merujuk kepada peruntukan dalam perlembagaan parti. Perlu diingatkan di sini, perkara ini pernah terjadi pada tahun 1988 apabila UMNO diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

Permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan telah dihantar untuk kelulusan kepada ROS namun sehingga kini masih tiada keputusan. Kelulusan setiap pertubuhan haruslah melalui prosedur tertentu sebelum diluluskan. Terdapat aduan dari ahli pertubuhan sendiri yang secara tidak langsung melambatkan lagi proses kelulusan kerana ROS harus meneliti dan menyiasat terlebih dahulu semua aduan yang dilaporkan.

ARMADA sejak kebelakangan ini mendesak ROS untuk menyegerakan kelulusan pendaftaran PPBM. Ini bertujuan agar mereka layak untuk bertanding dalam pilihanraya ke 14 nanti. Nampaknya mereka seperti tidak sabar-sabar untuk bertarung di gelanggang PRU. Lagak seekor ayam jantan togel ditambat kaki yang hendak melawan ayam jagohan yang sudah seringkali menang dalam pertandingan. Hasil pemeriksaan ROS mendapati bahawa sayap ARMADA ini tidak terdapat dalam perlembagaan PPBM. Jesteru, bagaimana mereka layak bertanding dengan UMNO kalau tiada kelayakan menjadi calon.

Masalah dalaman parti juga masih membelenggu PPBM dan sehingga kini ianya tidak dapat diselesaikan. Terdapat ahli PPBM di peringkat negeri mahukan kawasan yang lebih dan membolehkan mereka bertanding terutama di kawasan yang boleh menang. Namun ada juga kawasan yang diperuntukan kepada mereka yang berisiko tinggi untuk kalah dan tidak ada harapan untuk menang. Sebagai contoh, pertelingkahan di Johor dan Negeri Sembilan yang menuntut agar PPBM diberi kerusi lebih. Manakala di Selangor masih belum ada keputusan agihan kerusi bagi parti di antara gabungan PKR, AMANAH dan PPBM. 

Kemelut dengan ROS ditambah lagi apabila Pengerusi PPBM sanggup mengheret pertubuhan pendaftar ke mahkamah.  Tindakan Tun M sebenarnya hanya akan merumitkan lagi permohonan mereka. Persoalannya, mengapa Tun M sangat terdesak untuk memberi tekanan kepada ROS? Adakah ini salah satu rancangan beliau supaya dapat menyelamatkan kerjaya politik anaknya dengan mahu menubuhkan PPBM secepat mungkin. 

Ura-ura mengatakan sekiranya ROS tidak meluluskan penubuhan PPBM, Tun M dan Mukhriz akan bertanding atas tiket DAP. Seperti yang kita ketahui, DAP adalah rakan sekatil keluarga Tun M. Tapi sanggupkah DAP memberikan kawasan mereka kepada kedua-dua M ini. Bagaimana pula dengan kehendak dan kemahuan ahli dalam DAP sendiri? Benarlah DAP akan menggunakan Tun M dalam meraih sokongan golongan Melayu dan memperkukuhkan lagi tujuan sebenar mereka untuk memerintah Malaysia. 

DAP sekarang sudah boleh tersenyum lebar kerana pertubuhan mereka telah didaftarkan dan diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membolehkan mereka bertanding dalam Pilihanraya Umum tahun ini tanpa sebarang halangan. Kini politik PPBM bagaikan telur di hujung tanduk. PRU14, adakah PPBM layak untuk bertanding? Apa pula yang akan terjadi kepada pemimpin mereka? Di mana mereka akan menjadi calon? Parti manakah mereka akan bernaung? Bagai anak ayam kehilangan ibu bila Tun M dan Mukhriz menjadi calon pilihan DAP nanti. Atau adakah ramai yang akan menjadi calon bebas dan apabila menang mempunyai pilihan untuk melompat parti seperti PRU 13 yang lalu. Apa-apa pun biarlah ROS menentukan kelayakan PPBM sama ada parti itu layak bertanding ataupun tidak.

Thursday, 22 February 2018

SINGAPURA SUDAH NAIKKAN GST KEPADA 9% ADAKAH DAP MAHU MENERUSKAN USAHA UNTUK MEMANSUHKAN GST DI MALAYSIA?


Pembentangan bajet 2018 di Singapura telah menggemparkan seluruh rakyatnya dan juga sebilangan rakyat di Malaysia kerana kerajaan PAP itu telah menaikkan kadar kutipan GST yang sebelum ini 7% kepada 9%.

Kerajaan PAP Singapura yang menjadi ikutan dan kebanggaan kepada DAP di Malaysia sudah tentu di dalam situasi dilema kerana misi mereka dan janji DAP selama ini akan memansuhkan GST jika mereka dapat memerintah negara.

ADAKAH DAP AKAN MENCONTOHI PAP?

DAP perlu memaklumkan pendirian mereka terhadap cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia pada ketika ini adakah masih mahu diteruskan ataupun dinaikkan kadarnya sebagaimana langkah kerajaan Singapura menaikkan kepada kadar 9%.

TERUS BERUSAHA UNTUK MEMANSUHKAN GST?

Jika DAP terus dengan pendiriannya untuk memansuhkan GST di Malaysia, mereka perlu menyediakan plan baharu bagaimana untuk menampung kekurangan pendapatan Petronas sebanyak RM40 bilion jika harga minyak masih di paras yang sederhana.

BAGAIMANA STATUS JANJI 100 HARI PAKATAN HARAPAN YANG MAHU MEMANSUHKAN GST?

Adakah DAP sudah berbincang dengan parti lain dengan janji mereka kepada rakyat jika mereka dapat memerintah negara? Adakah rakyat akan bersetuju segala pemberian dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional di tarik balik kerana kekurangan pendapatan negara kerana pemansuhan GST?

Biar rakyat menilai sejauhmana sandiwara DAP dan Pakatan Harapan yang menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat dapat ditunaikan sekiranya mereka berkuasa. Tapi dalam sejarah pentadbiran dua negeri PH seperti di Selangor dan Pulau Pinang, janji hanya tinggal janji. Akhirnya rakyat juga yang merana.

RUNDINGAN KERUSI HARAPAN MASIH SAMAR! ESOK TARIKH AKHIR MUKTAMADKAN JUMLAH AGIHAN KERUSI DI PERINGKAT NEGERI


Esok adalah tarikh akhir bagi peringkat negeri untuk memuktamadkan jumlah agihan kerusi buat parti komponen Pakatan Harapan Negeri. Sehari sebelum tarikh akhir rundingan kerusi Pakatan Harapan peringkat negeri, masih belum jelas sama ada rundingan ini sudah diselesaikan.

Difahamkan negeri yang belum memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi masa sehingga esok untuk berbuat demikian, manakala Selangor sehingga 26 Februari ini.

Ternyata rundingan ini seolah-olah belum mencapai penyelesaian sebaik mungkin dan terganggu dengan banyak insiden yang memperlihatkan tentangan ahli yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi kepada parti komponen dalam Pakatan Harapan. 

Baru-baru ini negeri seperti di Kelantan, Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan menerima kecaman daripada parti PPBM dan PAN mengagihkan kerusi secara tidak sama rata. Perkara ini menyebabkan ahli parti menuntut agar agihan kerusi diberi secara adil dan telus tetapi perkara sebaliknya yang berlaku

Tidak mustahil isu ini akan berlanjutan sampai bila-bila masa walaupun pemimpinnya sangat kerap mengadakan mesyuarat untuk tujuan menyelesaikan kemelut ini. Namun yang demikian hasil mesyuarat masih belum jelas dan esok adalah tarikh akhir buat Pakatan Harapan negeri memuktamadkan agihan kerusi di negeri masing-masing. 

Andai kata putus tidak dibuat lagi dan dilanjutkan lagi ternyata, Pakatan Harapan sebenarnya adalah pakatan pembangkang yang tidak mempunyai pendirian dan tidak muafakat.

SUDAH 21 HARI BERLALU, TINGGAL 24 HARI LAGI EDAH MAHFUZ OMAR AKAN BERAKHIR UNTUK MENGUMUMKAN PARTI MANA YANG AKAN DISERTAINYA!


Tentu ramai penyokong PAS menanti-nantikan pengumuman Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang keluar PAS awal bulan lalu . Ini kerana selama ini Mahfuz dilihat berahsia mengenai masa depan politiknya. Tidak mustahil juga Mahfuz Omar bakal menjadi calon bebas jika kecewa tidak mendapat tempat dalam Pakatan Harapan (PH).

Tetapi Mahfuz pernah membuat pengumuman mengenai langkah politik beliau seterusnya dalam masa "45 hari", bermula hari 1 Februari 2018. Mahfuz nampaknya telah membuat keputusan mengenai parti pilihannya, tetapi masih merahsiakan keputusannya dan telah menyenarai pendek pilihannya.

Baru-baru ini, Mahfuz menepis dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau akan bertanding sebagai calon bebas pada PRU14. Mahfuz sejak sejak awal penubuhan PH, sudah cenderung bersama PH. Malah sejak PH wujud, Mahfuz masih ahli PAS dan setelah meninggalkan PAS sehingga hari ini beliau terus berkempen di seluruh negeri untuk PH.

Namun begitu, tidak mustahil bagi Mahfuz untuk bertanding atas tiket bebas gara-gara kecewa apabila kerusi Parlimen Pokok Sena yang disandangnya itu kuota untuk Amanah, dan difahamkan parti itu sudah pun mempunyai calon mereka sendiri. Mahfuz sehingga kini belum mengumumkan parti yang mahu disertainya gara-gara dilema jika tidak dicalonkan di Parlimen Pokok Sena, sekiranya memilih PPBM.

Mahfuz juga akui bahawa Pokok Sena merupakan kubu kuatnya, dan bukan lagi kubu kuat PAS setelah beliau lompat parti. Perubahan sudah berlaku di Pokok Sena di mana ia kini kubu kuat rakyat yang mahu bersama PH menolak BN dan PAS. Jesteru itu, jika Mahfuz menjadi calon bebas beliau beranggapan bahawa beliau boleh memberi impak di kawasan tersebut.

Mahfuz sebelum ini meminta tempoh 45 hari bagi menentukan parti politik yang bakal disertai namun menegaskan bahawa komitmen untuk bersama Harapan bagi melakukan perubahan politik negara. Tempoh itu akan berakhir pada 17 Mac depan. 


Dalam tempoh ini apa-apa boleh berlaku, Mahfuz semestinya mahu menjadi wakil rakyat semula dan kali ini atas tiket PH tetapi jika keinginannya ditolak PH, jangan terkejut jikalau Mahfuz bertanding atas tiket Bebas PRU14 nanti kerana baginya Pokok Sena kawasan selamat baginya.

ANINA SAADUDIN BONGKAR KEKAYAAN EMPAYAR MAHATHIR, BAGI MENGHALANG USAHA KUTIPAN DERMA PPBM




Bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin bertindak berani membongkarkan kekayaan Mahathir dan anak beranaknya demi membenteras usaha parti PPBM dan Pakatan Harapan yang sedang melancarkan kutipan derma untuk mengutip wang rakyat.
Anina mendakwa Pengerusi PPBM itu sebenarnya tidak perlu melancarkan usaha mengutip derma berkenaan kerana Mahathir dan ahli keluarganya mempunyai kekayaan luar biasa. Begitu juga dengan usaha Pakatan Harapan, DAP dan PKR sebenarnya sudah banyak mengumpul dana pilihanraya mereka dengan merompak dana dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Selangor yang ditadbir mereka.
Tidak cukup merompak wang rakyat, kerajaan Pakatan Harapan juga saban tahun menaikkan cukai pintu, cukai tanah, cukai pelancongan dan beberapa kutipan lain bagi memastikan tabung bagi mengumpul dana pilihanraya mereka mencukupi.
Bekas ketua Srikandi Parti Bunga itu mendakwa saiz dapur rumah agam Mukhriz adalah bersamaan dengan sebuah banglo manakala rumahnya pula seperti sebuah Istana yang lengkap dengan taman dan kolam renang.
Bila Anina selidiki dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk membina rumah sehebat itu, beliau mendapati bahawa Mukhriz memiliki 160 buah syarikat yang beroperasi di dalam dan luar negara. Salah satu projek yang dianugerahkan oleh bapanya sewaktu 22 tahun memerintah adalah kontrak membekal kabel fiber optik selama 30 tahun kepada Telekom Malaysia (TM) melalui syarikat Opcom Holding Berhad.
Kemudian, Anina dimaklumkan juga bahawa jet peribadi Falcon 900LX yang digunakan Mahathir selama ini adalah milik anaknya Mokhzani.
Anina juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa Mahathir sendiri memiliki 50% saham dalam syarikat pembuat kapal terbang Jet Fox yang kini telah beroperasi di Subang. Carian mendapati syarikat yang dipengerusikan Mahathir adalah Euroala Industries Sdn Bhd.
Adakah rakyat patut untuk mengorban harta benda dan wang ringgit mereka semata-mata mahu memperjuangkan agenda politik sempit Mahathir bersama DAP dan Pakatan Harapan?
PPBM selama ini juga terkenal dengan jolokan parti yang "KEDEKUT" oleh ahlinya sendiri kerana ahli dan kepimpinan di peringkat akar umbi yang terpaksa mengeluarkan wang poket mereka bagi menampung aktiviti parti.

BANTUAN RAKYAT BUKAN DEDAK SEPERTI PEMBANGKANG WAR-WARKAN



Pembangkang (Pakatan Harapan) sering kali menggunakan ungkapan ‘DEDAK’ setiap kali Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat. Dedak dalam kamus dewan edisi keempat membawa maksud, kulit padi yang menjadi serbuk semasa ditumbuk atau serbuk halus daripada kulit padi (yang dimesin) dijadikan sebagai bahan makanan ayam, itik dan lain-lain. Kebanyakan bahan ini hanya berguna untuk kegunaan makanan haiwan sahaja, tetapi pelik bila istilah ini digunakan pembangkang terhadap manusia. Adakah begitu rendah martabat manusia yang diistilahkan sebagai pemakan dedak oleh pembangkang ini?

Atau adakah ada penerangan yang lebih senang difahami oleh rakyat apa itu dedak seperti yang diagung agungkan oleh pembangkang? Banyak program bantuan kerajaan dianggap sebagai dedak kepada rakyat seperti BR1M, KR1M 2.0, bantuan banjir, bantuan keluarga miskin, pemberian bonus kepada kakitangan awam dan lain-lain lagi bentuk bantuan kerajaan. Pakatan Harapan sentiasa menggunakan istilah ini dalam ceramah untuk menghentam Kerajaan walhal kita semua tahu bantuan ini bukannya dedak sebaliknya bantuan untuk meringankan beban rakyat.  Pembangkang sebenarnya tidak peka dan tidak sedar bahawa bantuan yang diberikan ini merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Bagaimana pihak pembangkang mahu mentadbir negara dengan adanya mentaliti sedemikian? 

Perlu diingatkan di sini bahawa, kos sara hidup yang semakin tinggi dan kenaikan harga barangan juga mungkin membebankan rakyat. Dengan adanya bantuan ini kerajaan dapat meringankan beban dan masalah rakyat. Bantuan ini secara tidak langsung memberi kebaikan kepada rakyat namun ianya disalah ertikan oleh pembangkang. Mereka mendakwa semua ini bertujuan membeli rakyat atau dedak supaya menyokong kerajaan pada PRU 14 nanti. 

Pemberian BR1M dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 kepada tujuh juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM6.8 bilion banyak membantu rakyat berpendapatan rendah. Kebanyakan penerima bantuan ini adalah golongan rakyat yang mempuyai pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah. Selain daripada itu juga kepada golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah juga layak menerima bantuan ini. 

Walaupun pembangkang mendakwa dedak sebagai satu bentuk rasuah namun terdapat juga ahli pembangkang yang layak menerima bantuan ini. Dalam perkara ini, tidak pula mereka mengatakan itu dedak malahan menuduh kerajaan memang wajib memberi bantuan kepada mereka. Adakah pembangkang begitu berpandangan negatif terhadap semua inisiatif ini dan menuduh kerajaan yang memberi BR1M ini sebagai dedak serta cemburu dengan cara Kerajaan membantu rakyat.  Dalam pembentangan belanjawan DAP baru-baru ini tanpa segan silu mereka membuat u-turn dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri pada bajet lalu mencadangkan BR1M dilaksanakan di bawah pentadbiran mereka.

Istilah dedak yang sering digunakan oleh pembangkang amatlah tidak wajar kerana ia melambangkan suatu yang merendahkan martabat penerima BR1M selama ini. Apapun kritikan dan tomahan mereka terhadap kerajaan tidak sama sekali akan melemahkan semangat Kerajaan dalam membantu rakyat. Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab besar kerajaan dalam membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama. Boleh dikatakan tidak ada asas langsung untuk melabel BR1M sebagai satu bentuk rasuah atau dedak sedangkan lebih 63 negara di seluruh dunia memberikan bantuan serupa dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan.


Wednesday, 21 February 2018

BELUM MENTADBIR NEGARA, DR MAHATHIR SUDAH AKUI PH TIDAK MAMPU TUNAIKAN JANJI MEREKA!


Belum sempat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berlangsung, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengakui PH yang diketuainya tidak mampu memenuhi semua janji ditabur pemimpin mereka, jika memenangi PRU14 dan menubuh kerajaan kelak.

Senang-senang sahaja mereka menabur janji kepada rakyat tetapi akhirnya mengangkat bendera putih tanda mengalah dan tidak mampu menunaikan janji yang ditabur kepada rakyat.Berikutan isu ini, PH kini terpaksa menilai semula kira-kira 60 janji pemimpin mereka setakat ini, sebelum disenaraikan dalam manifesto untuk dikemukakan kepada pengundi menjelang PRU14.

Namun yang demikian, sebelum manifesto dibentangkan sudah ramai pemimpin PH yang membuat kenyataan tertentu berhubung janji kepada rakyat. Sebagai membalas kepada tindakan sesetengah pemimpin PH yang sudah menabur janji kepada rakyat, Dr Mahathir menjelaskan bahawa PH tidak terikat dengan kenyataan dibuat itu jika dapati tidak dapat dilaksanakan apabila menerajui kerajaan.

Pemimpin PH telah membuat 60 janji yang diharap dapat dilaksanakan walaupun mungkin tidak seperti diharapkan rakyat. Antara janji tersebut adalah seperti menghapuskan GST, menghapuskan tol, memberi pendidikan percuma dan menurunkan caj pengangkutan. Menurut Dr Mahathir, PH tidak boleh menampung janji yang keterlaluan dan berikutan itu, PH hanya akan membuat janji setakat yang mampu sahaja. 

Secara kesimpulannya, PH hanya pandai menabur janji sahaja, mulut mereka hanya manis dibibir untuk menabur janji-janji kepada rakyat tetapi hakikatnya mereka tidak akan dapat merealisasikan janji mereka jikalau memegang tampuk pemerintahan negara. 

Perkara ini turut diakui sendiri Pengerusi PH, Dr Mahathir yang menjelaskan bahawa janji ini sukar dilaksanakan oleh PH kepada rakyat walaupun ada sesetengah pemimpin PH sudah menjanjikan bermacam-macam janji manis kepada rakyat. Jelas di sini, PH hanya memberi janji kosong, janji manis PH hanya indah khabar dari rupa dan realitinya ia sukar dilaksanakan!

DAP MAKIN GELISAH, SEKUTUNYA PPBM DAN PAN PULA GAGAL MENARIK SOKONGAN ORANG MELAYU


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat semakin panik dan gelisah berikutan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN menarik sokongan masyarakat Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) yang diketuai parti DAP seperti mana ketika mereka bersama de­ngan PAS.

Lim Kit Siang kini terdesak cuba pertahankan DAP sebagai parti untuk semua dan perjuangkan nasib semua kaum. Kerisauan Lim Kit Siang semakin terserlah sejak tahun lalu lagi apabila menyedari sentimen pengundi Melayu semakin berkurangan selepas PAS me­ninggalkan parti berkenaan sekali gus memberi tekanan yang dahsyat sehingga menyebabkan sokongan majoriti kepada parti berkenaan semakin merosot.

Ini memberi kesan langsung kepada parti itu yang semakin rapuh apabila pengundi Melayu dan golongan muda khususnya yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih mementingkan rakyat. Di samping itu, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh DAP dan pembangkang juga semakin lesu dan langsung tidak ‘dipandang’ oleh rakyat ke­rana masyarakat kini semakin bijak dan percaya apa yang dijanji­kan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan angan-angan kosong.

Malah ketelusan kerajaan yang ada hari ini turut berjaya menyelesaikan pelbagai masalah se­perti isu Felda, 1MDB, pembinaan rumah rakyat dan kos sara hidup melalui langkah-langkah pragmatik yang dilancarkan dalam Bajet 2018 baru-baru ini. Ini secara tidak langsung membuktikan tuduhan yang dilemparkan selama ini oleh pembangkang adalah fitnah semata-mata.

Dalam masa sama, rakyat perlu membuat pertimbangan yang lebih matang berdasarkan kearifan yang betul kerana DAP akan terus menyebarkan propaganda serta gambaran yang negatif demi meraih undi dengan tujuan menghalalkan cara sebagai prinsip dan juga kempen dalam pilihan raya umum akan datang.

Selain itu,Lim Kit Sang juga kini semakin takut apabila berlaku penolakan daripada sokongan kaum Cina sendiri ke­rana tidak semua ahli DAP me­nerima dengan hati yang terbuka dengan kemasukan Tun Dr. Mahathir dalam PH yang diketuai DAP itu. Malah ada juga gerakan untuk membuat undi rosak bagi mengajar Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang nanti.

Apa yang pasti kemasukan Dr. Mahathir dalam PH telah menjadikan keadaan lebih huru-hara malah PAS yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kemenangan dalam PRU-13 dahulu juga menarik diri dan mahu bersendirian dalam dunia politik. Ternyata sokongan terhadap PH khusus DAP dilihat semakin rapuh dan merosot akibat kerjasama DAP dengan Dr. Mahathir. Ianya kini bagai mimpi ngeri buat Lim Kit Siang dan DAP yang tidak senang duduk kerana semakin gelisah dan panic mengenangkan nasib mereka menjelangnya PRU-14 nanti.

LIM KIT SIANG CARI KAWASAN PENGUNDI CINA SEMATA-MATA MAHU MENANG DEMI UNTUK KEKALKAN LEGASI LIM




Democratic Action Party (DAP) merupakan sebuah parti pembangkang yang sudah sekian lama bertapak di Malaysia. Mereka merupakan parti pembangkang yang banyak mempertikaikan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. DAP pada awal pembabitan politik negara adalah bertujuan untuk memperjuangkan nasib pengundi masyarakat cina di Malaysia. 

Slogan 'Malaysian Malaysian' DAP ternyata berpotensi untuk meletakkan kedudukan orang bumiputera dalam bahaya pada PRU 14 akan datang yang mana ianya ada persamaan dengan  "Deklarasi Setapak 1967" yang diperjuangkan DAP. Deklarasi Setapak menegaskan pandangan DAP bahawa dalam proses pembinaan negara, kesamaan etnik mestilah dijadikan prinsip utama, dan berdasarkan prinsip ini, pemisahan rakyat menjadi "Bumiputra" dan "bukan Bumiputra" sangat ditentang. Lim Kit Siang merupakan individu penting dalam perjuangan parti ini dan UMNO merupakan musuh utama mereka.

Mari kita rujuk kembali sejarah karier politik Lim Kit Siang. Berdasarkan kepada perjalanan politiknya, Lim Kit Siang selalu berpindah kawasan dan tidak akan kekal lama di kawasan yang ditandinginya. Lim Kit Siang dilihat suka berpindah dari satu kawasan ke kawasan baru yang mana pola perpindahannya ini boleh dirujuk seperti berikut; Kota Melaka (1975–1978, 1982–1986), Petaling (1978–1982), Tanjong (1986–1999), Ipoh Timur (2004-2013) dan Gelang Patah (2013-kini). Pada PRU 13 lalu, Lim Kit Siang telah beralih kawasan iaitu dari negeri Perak ke Gelang Patah, Johor. Kawasan ini merupakan kawasan yang mana majoritinya adalah berbangsa cina dan kawasan selamat baginya kerana gelombang anti Kerajaan memuncak ketika itu. Dalam PRU 13 lalu beliau menang 14,762 undi mengalahkan UMNO di Parlimen Gelang Patah. 

Sejak menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang banyak mendatangkan masalah kepada rakyat Gelang Patah terutama nasib nelayan tempatan. Penambakan laut pada era pemerintahan Lim Kit Siang telah menyebabkan kemusnahan ekosistem kawasan yang melibatkan kira-kira 2,500 ekar. Kawasan yang terlibat adalah kampung Pendas dan Tanjung Kupang yang mana dalam kawasan Gelang Patah. Penambakan laut bagi menghasilkan pulau buatan yang tidak terdapat dalam peta Malaysia, malahan berdekatan dengan sempadan perairan antarabangsa. Apakah perancangan Lim Kit Siang di kawasan ini? Kesan penambakkan laut ini akan mengakibatkan pendapatan nelayan terjejas dan banyak hidupan laut mati. Seperti mana  diketahui kawasan ini diistiharkan sebagai kawasan marine protected area. 

Pada PRU 14 kali ini, tidak mustahil bagi Lim Kit Siang untuk berpindah ke kawasan baru lagi berdasarkan kepada masalah semasa yang berlaku di Gelang Patah yang gagal diselesaikannya. Sebenarnya, banyak tempat yang akan menjadi sasaran beliau pada PRU 14 nanti terutamanya di Ayer Hitam Pulau Pinang, Kedah dan Bentong Pahang yang rata-rata berpusat di kawasan pengundi berbangsa cina. Pulau Pinang merupakan kubu kuat DAP selama ini, dan kita sedia maklum Lim Guan Eng dibelenggu dengan masalah kes rasuah. Kemungkinan besar beliau tidak layak menjadi MB Pulau Pinang sekiranya didapati bersalah kelak. Bagi menyelamatkan legasi Lim dalam arena politik negara, beliau juga berkemungkinan besar akan bertanding di Pulau Pinang.

Selain itu, Lim Kit Siang juga pernah menyuarakan hasrat untuk merebut jawatan PM Malaysia, serta pernah mencadangkan jawatan PM dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik Yang di-Pertuan Agong. Untuk mengaburi rakyat, Lim Kit Siang telah mengangkat Tun Mahathir sebagai calon Pakatan Harapan bagi PRU 14 kali ini. DAP walaupun tidak bersetuju, mereka mempunyai kelebihan sekiranya berjaya membentuk kerajaan nanti. Tun Mahathir dan Lim Kit Siang pada suatu masa dahulu merupakan seteru utama politik, hari ini lihatlah betapa harga diri mereka begitu rapuh dan mudah dijual beli dengan musuh tradisi sendiri.

Pada PRU 14 kali ini polar pengundi akan berlaku terutama di kawasan pemerintahan pembangkang. Pengundi akan dapat menilai adakah wakil yang mereka sokong pada PRU 13 yang lalu berjaya membawa perubahan kepada mereka. Pembaharuan dan pembangunan yang dilakukan akan menambat hati penyokong pada kali ini. Parti kerajaan yang selama ini memerintah telah banyak melakukan perubahan kepada rakyat seperti slogan ‘rakyat didahulukan’ dan banyak program serta dasar yang dilakukan untuk kepentingan rakyat. 

Monday, 19 February 2018

PERPECAHAN MELAYU AMANAH PERLU BERTANGGUNGJAWAB



Sejarah penubuhan Parti AMANAH NEGARA  di Malaysia bermula dari tahun 2015, apabila PAS mengistiharkan tidak lagi berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) pada muktamar tahunan PAS . Akibat daripada penarikan diri dalam PR telah mengakibatkan perikatan ini terkubur yang mana PKR dan DAP mengharapkan sokongan penuh dari PAS. Wujudnya dua buah kumpulan dalam PAS yang mana satu menyokong dan satu lagi menolak dlam menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP. Perbezaan pendapat ini telah mengakibatkan pemimpin PAS yang tidak mendapat sokongan kekal dalam Pakatan Rakyat telah bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti AMANAH NEGARA bagi mengimbangi dan menarik sokongan golongan melayu dalam Pakatan Rakyat.

Seperti mana yang didakwa Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang,  AMANAH merupakan satu parti yang menjadi punca memecahbelahkan melayu. Penubuhan parti ini juga bertitiktolak daripada satu kumpulan yang tidak menyokong pendirian parti dan menolak perjuangan yang diamalkan oleh PAS selama ini dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. Menurut Presiden PAS golongan bermasalah dalam PAS selama ini telah keluar dengan sendirinya tanpa dipaksa,’ umpama duri dalam daging’, jadi daging busuk harus dibuang tinggal daging yang baik sahaja dalam memperjuangkan PAS pada landasan yang betul.

Bayangan perpecahan Melayu dapat dilihat dalam isu pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Johor dan Selangor.  Perbuatan  Amanah Johor telah  memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) kerana tidak puas hati dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Johor merupakan "petanda awal" terhadap kewibawaan PH menghadapi pilihan raya itu. Isu kerusi pilihanraya juga hangat diperkatakan di Selangor yang mana Azmin mendakwa AMANAH tidak amanah dalam perbincangan kerusi pilihanraya di Selangor. AMANAH mendakwa tidak dibawa berbincang dan tidak mengetahui bahawa adanya pertemuan bagi membincangkan masalah pembahagian kerusi ini. Tindakan AMANAH mendakwa mahukan kerusi banyak  di tempat-tempat yang diwakili oleh PAS sebelum ini. 

Sebagai sebuah parti pecahan PAS, AMANAH seharusnya tidak melakukan provokasi terhadap parti Melayu sebaliknya menyokong dan bukan menjadi punca perpecahan Melayu. Dakwaaan PAS bertepatan selama ini yang mana semua ini akan menguntungkan pihak lain terutama DAP . Sedia maklum DAP merupakan penyokong kuat dalam penubuhan AMANAH sebelum ini, mengapa DAP berminat sangat dengan AMANAH. Adakah DAP melihat peluang dan ruang yang akan menguntungkan mereka seperti di Pulau Pinang. Adakah Pakatan Harapan dan sekutu yang lain tidak melihat punca perpecahan kaum melayu di sesetengah tempat semakin menampakan rekahan yang menanti masa sahaja akan runtuh dan terbelah.

Sekiaranya AMANAH merupakan parti yang memperjuangkan kepentingan kaum melayu dalam Pakatan Harapan mengapa tidak mereka menjadi satu parti yang berdiri atas kaki sendiri seperti PAS dan BN yang mengutamakan bangsa dan agama orang melayu serta tidak melupakan kaum lain yang sama-sama berjuang memartabatkan Malaysia dimata dunia.

Malaysia dikenali sebagai negara yang aman dan damai walaupun berbagai kaum hidup harmoni di bawah satu tampok peperintahan. Gelaran serta tomahan yang diberikan bukannya dari orang luar namun dari kalangan pemimpin parti yang mengelar diri mereka merupakan pembela bangsa dan agama, namun hakikatnya merupakan punca perpecahan kaum melayu. Mengapa bila tiba musim-musim pilihanraya sahaja berbagai tatabahasa yang tidak enak digunakan sedangkan yang diperkatakan tersebut dalam banyak-banyak hal adalah berkaitan Melayu. Sama-sama kita fikirkan mengapa semua ini terjadi di kalangan orang melayu sedangkan orang lain bertepuk tangan melihat perilakon manusia-manusia yang menggelarkan diri mereka seorang cerdik pandai dalam isu politik negara.

Thursday, 15 February 2018

MUHYIDDIN PANGGIL ORANG MELAYU “BIADAP” SEBAB TAK NAK HORMAT DAP




Ambang PRU 14 semakin hampir, kesemua parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang pasti telah merancang strategi yang baik bagi meraih undi rakyat Malaysia untuk menang pada PRU nanti. Apa yang kita boleh lihat, kebanyakan parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan masa ini untuk turun ke seluruh Malaysia untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN). 

DAP baru - baru ini ingin membuat ceramah politik mereka di Kampung Bakar Batu di Johor Bahru. Namun mereka telah dikejutkan dengan sambutan “baik” penduduk kampung tersebut. Lim Kit Siang yang mengetuai parti tersebut telah diusir dan dihalau oleh penduduk kampung. Penduduk kampung nyata berang dengan kedatangan mereka yang berniat untuk mengkritik BN. 

Penolakan Lim Kit Siang ini bukti bahawa perjuangan DAP tidak diperlukan di sana. Mereka percaya DAP adalah sebuah parti Cauvanis dan akan mengancam kepentingan orang Melayu. Walaupun DAP berada dibawah panji-panji PH, ini membuktikan bahawa mereka lebih percaya dan yakin dengan BN untuk menjaga kebajikan mereka. 

Kekecohan sekali lagi berlaku kali ini di Pasir Gudang pula, Lim Kit Siang sekali lagi telah dihalau oleh penduduk setempat ketika mereka sedang mengadakan forum di sebuah kedai kopi. Ada individu yang telah menghalau Lim Kit Siang menggunakan penyapu kerana jelas mereka begitu benci kepada parti tersebut. 

Selepas insiden tersebut berlaku di dua lokasi iaitu Kampung Bakar Batu dan Pasir Gudang, video yang sempat dirakam berkenaan kekecohan tersebut terus tular di media sosial. Penolakan warga Johor Bharu terhadap DAP telah mendapat perhatian Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) iaitu Muhyiddin Yassin. Beliau dahulunya terkenal dengan sikap mementingkan hak orang melayu kali ini tampil berbeza. Beliau menggelar orang Melayu “biadap” kerana tidak menghormati DAP yang diketuai Lim Kit Siang itu. 

Kita sendiri sedia maklum bahawa DAP dan Lim Kit Siang terkenal dengan sikap anti-Melayu. Tetapi bagaimana seorang yang berbangsa Melayu, sanggup menggadaikan maruahnya dengan menghina orang Melayu sebagai “biadap” hanya untuk membela nasib individu yang berniat untuk memecah belahkan orang Melayu. Muhyiddin Yassin dilihat semakin lupa diri sebaik sahaja beliau keluar dari BN. 

Kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin itu jelas telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang “barua” DAP. Beliau sanggup menggadaikan maruah orang melayu kepada DAP. Apakah Muhyiddin Yassin kini telah berjaya di hasut oleh DAP sepenuhnya untuk menindas orang Melayu? Jika benar, pasti seluruh ahli DAP sedang bertepuk tangan dengan kejayaan mereka ini. 

Keberanian dan ketegasan warga Johor Bharu mempertahankan kampong mereka ini perlu kita contohi kerana mereka telah berjuang untuk menjaga maruah mereka dari diragut oleh bangsa lain. Undilah dan sokonglah kerajaan yang benar-benar ingin membela hak-hak orang Melayu. Di Malaysia ini sudah terbukti sejak merdeka lagi bahawa BN adalah satu-satunya kerajaan yang benar ingin berjuang untuk orang Melayu. Undilah BN demi kesejahteraan Negara kita.

Wednesday, 14 February 2018

BN BUKTIKAN KOMITED BERKERJA UNTUK RAKYAT MANAKALA PH BUKTIKAN SELALU ABAIKAN RAKYAT




Dalam kesibukan Barisan Nasional (BN) merangka rancangan untuk meneruskan usaha bagi memberi khidmat kepada rakyat, Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak pernah habis dengan drama-drama yang dibuat oleh mereka untuk memburukkan kerajaan. Sekaligus ini menunjukkan bahawa BN terus komited untuk menabur bakti kepada rakyat walaupun telah ditabur fitnah yang hebat dari pembangkang. 

PH lebih banyak member janji manis daripada menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Pada ketika ini, PH dilihat terlalu mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Ini secara tidak langsung telah bercanggah dengan perjuangan dan prinsip asal mereka yang ingin mengutamakan rakyat. Ternyata pembangkang hanya sebuah gabungan yang pandai membuat janji-janji kosong sahaja. 

Kita lihat sahaja apa yang telah berlaku di Negeri Sembilan pada minggu lepas, kekecohan telah berlaku kerana akar umbi PPBM jelas berasa tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi DUN dimana PKR dan DAP telah memonopolinya. Sebaliknya PPBM hanya diberikan kerusi yang paling sedikit dan kerusi “hitam” yang sukar untuk menang. 

Terbaru, berlaku pula perang mulut di antara Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali dan juga Parti Amanah Negara (AMANAH) berkenaan rundingan kerusi di Selangor. Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim telah menggelarkan Azmin Ali sebagai “badut” . Beliau juga berkata Azmin Ali sememangnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai menteri besar dan juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu. Izham juga mendakwa Azmin telah berbohong dan Pakatan Harapan Selangor tidak pernah mengadakan sebarang rundingan berkenaan perkara tersebut. 

Jika kita bandingkan dengan Kerajaan BN, mereka lebih fokus kepada aspek kebajikan rakyat. Walaupun mereka sibuk dengan persediaan bagi menghadapi PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi, namun kerajaan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Sememangnya perjuangan BN dari dulu hingga kini masih belum tersasar dari landasannya. 

Sebagai contoh, Dato’ Seri Najib razak telah melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 dimana ia adalah pembaharuan yang dibuat oleh DSN untuk memperbaiki kelemahan dan member nafas baru kepada KR1M 1.0. Bagi KR1M 2.0 kerajaan telah menyasarkan untuk menjual lebih 50 barangan keperluan harian yang berjenama dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran. KR1M yang sebelum ini telah berkerjasama bersama MYDIN kali ini akan menjadikan Tunas Manja Group (TMG) dan KK Supermart sebagai rakan kongsi. 

Selain itu, DSN juga baru sahaja melancarkan FELDA 2.0 dimana ia adalah salah satu inisiatif untuk mentransformasi dan memberi wajah baru kepada 317 kawasan FELDA di Negara ini. Ia juga adalah strategi atau pendekatan 'terbuka dan terhubung' yang membawa lonjakan dalam komuniti FELDA bersesuaian dengan kemudahan-kemudahan teknologi semasa dan memenuhi aspirasi masa depan . Berbeza dengan pembangkang, berjanji mahu pulihkan FELDA dalam manifesto tetapi tidak melakukan apa-apa pun untuk orang FELDA. Mereka hanya pandai tabur fitnah sahaja. Bila kena saman, mereka kutip derma dari rakyat untuk tolong bayarkan fitnah mereka.

Kepincangan politik yang berlaku didalam Pakatan Harapan hari demi hari makin parah. Sekiranya hal ini terus menerus berlaku tanpa henti, reputasi PH akan terus merudum seterusnya akan memberikan kelebihan kepada Kerajaan BN untuk menang pada PRU nanti. PH yang diketuai DAP telah melalui pelbagai konflik dalaman dan menjadi makin parah selepas kehadiran Mahathir ke dalam PH. Rakyat lebih memilih sebuah parti yang benar - benar ingin memperjuangkan nasib rakyat. BN dilihat sebuah parti yang sangat kuat dan ampuh untuk ditumbangkan oleh pembangkang kerana BN sahaja parti yang mampu menunaikan segala janji yang mereka berikan. Rakyat harus sedar bahawa perjuangan PH sebenarnya bukanlah untuk memperjuangkan rakyat sebaliknya mereka mempunyai agenda politik yang tersirat. Undilah Barisan Nasional untuk Malaysia yang lebih baik.

Tuesday, 13 February 2018

RAKYAT SABAH TOLAK DR MAHATHIR! MAHATHIR BUKAN KUNCI PH KE PUTRAJAYA TETAPI KUNCI KESILAPAN BESAR BUAT PH



Di mana-mana sahaja di seluruh negeri termasuk di media sosial, rakyat Sabah mempersoalkan apa yang pernah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan yang diketuai DAP membuat keputusan melantik beliau ke jawatan itu untuk sementara jika pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Perbincangan dalam kalangan rakyat marhaen itu ternyata mendedahkan pelbagai kelemahan Dr. Mahathir yang bermula daripada tindakannya menggunakan sistem penggiliran Ketua Menteri setiap dua tahun sehingga membantutkan pembangunan negeri kepada penarikan hak-hak negeri ini dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Masih lekat diingatan rakyat Sabah apabila pada tahun 1983 Dr. Mahathir membatalkan perundangan tentang hak eksklusif rakyat Sabah dalam pembekalan elektrik dan industri gas apabila diberikan kepada Persekutuan walaupun jelas terkandung di dalam MA63.

Selain itu, pada tahun 1996 kuasa Imigresen yang ada pada kerajaan negeri cuba dihapuskan dengan alasan memberi keadilan kepada semua negeri tetapi berjaya dikekang selepas pemimpin-pemimpin negeri membantah keras langkah berkenaan.

Pemimpin-pemimpin Sabah sendiri mengakui semasa zaman Dr. Mahathir, MA63 seolah-olah menjadi dokumen paling dirahsiakan sehingga tiada sesiapa yang berani bercakap tentang perkara itu secara terbuka kerana akan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa sebab. Pada masa sama, dalam aspek pembangunan pula, rakyat Sabah hanya mampu melihat pelbagai mercu tanda kemajuan negara ditumpukan di Semenanjung oleh Dr. Mahathir. Tidak layakkah Sabah diberikan lebih?

Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau lebih peka kepada keperluan rakyat Sabah malah hak-hak negeri di dalam MA63 menjadi perbincangan terbuka apabila Najib berjanji akan memulangkan jika ada yang terambil di peringkat Pusat sebelum ini.

Jika Pakatan Harapan menganggap Dr. Mahathir adalah pemegang kunci untuk mentadbir Putrajaya, mereka lupa bahawa beliaulah sebenarnya yang telah mengunci pintu kemajuan di Sabah selama 22 tahun. Justeru, layakkah beliau menjadi Perdana Menteri kepada rakyat Sabah?



Monday, 12 February 2018

PENYOKONG PAKATAN HARAPAN MAHU "MAHATHIRISME" DISINGKIRKAN



Suatu ketika dahulu Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim dan Malaysian Malaysia DAP Lim Kit Siang beria-ia mahu menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Gerakan ini dimomokkan dengan sikap dan tindakan Mahathir yang memerintah Malaysia dengan kuku besi, mangamalkan kronisme, ketagih projek-projek mega raksasa, mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa sekaligus membebankan rakyat dan negara.

Kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan, “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela semula. Tetapi kali ini tidaklah dalam UMNO tetapi dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelannya bulat-bulat.

Bermula dengan penubuhan parti PPBM, di mana penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog” mereka. Namun mereka terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM telah meminggirkan Presiden parti.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir.

Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah meninggalkan parti. ��

Maruah penyokong, ahli PKR dan DAP berkecai apabila pemimpin mereka tanpa segan-silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir calon Perdana Menteri mereka. Inilah prinsip perjuangan pemimpin Reformasi dan Malaysian Malaysia rupa-rupanya! Maka kita tidak dengar lagi laungan Reformasi dan Malaysian Malaysia akhir-akhir ini.

Mahathir juga mengatur pembahagian kerusi setiap DUN dan Parlimen yang perlu setiap parti tandingi. Namun, PPBM mendapat kelebihan dengan melobi sebanyak mungkin kerusi yang mereka boleh "rampas" walau tidak dipersetujui rakan dalam Pakatan Harapan. 

KERUSI MEREKA DIRAMPAS DAN DI EKSPLOITASI DEMI KEPENTINGAN PERIBADI PPBM DAN MAHATHIR. TAKTIK INI LEBIH KURANG SAMA DENGAN APA YANG BERLAKU SEMASA ANWAR IBRAHIM BERKUASA SUATU KETIKA DAHULU DAN AKHIRNYA PEMBANGKANG KECUNDANG LAGI.

Walaupun PPBM dan Mahathir sendiri tahu bahawa mereka tidak sekuat mana pun, kerana setiap hari dan setiap saat ada sahaja pemimpin dan ahlinya bertindak keluar parti kerana mereka melihat PPBM lebih teruk dan busuk dari luaran mahupun dari dalamannya.

PSM BAKAL KACAU DAUN PAKATAN HARAPAN PADA PRU-14 NANTI


Nampaknya PSM telah mengambil keputusan dan pendirian sendiri untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan pada PRU-14 nanti. Jesteru, besar kemungkinan pertandingan 4 penjuru bakal berlaku melibatkan pertembungan parti Barisan Nasional (BN), PAS dan Pakatan Harapan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 5 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang. Pada pelancaran manifesto pilihan raya parti pada sabtu lalu, PSM mengumumkan bahawa ia akan bertanding di 5 kerusi Parlimen Batu Gajah, Subang, Cameron Highlands, Hulu Langat dan Sungai Siput. 

Manakala 12 kerusi DUN pula melibatkan kawasan daripada Bukit Lanjan, Jelai, Pelabuhan Klang, Tronoh, Buntong, Sri Muda, Kota Lama, Menglembu, Semenyih, Jelapang, Kota Damansara dan Malim Nawar.

PSM telah mengumumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Langat manakala Dr Michael Jeyakumar akan mempertahankan kerusi Sungai Siput. Dr Jeyakumar bertanding di bawah bendera PKR semasa Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kerusi Hulu Langat kini dipegang oleh PAS 'Che Rosli Che Mat, manakala R. Sivarasa PKR ialah Ahli Parlimen Subang. Calon PSM Sivarajan akan bertanding di kerusi Subang. PSM juga menamakan Setiausaha Cameron Highlands Suresh Kumar sebagai calon untuk kerusi Cameron Highlands, yang kini dipegang oleh bekas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

Setiausaha Setiausaha Reformasi Otai Abdul Razak Ismail akan bertanding di kerusi DUN Sri Muda, yang kini dipegang oleh Mat Shuhaimi Shafiei, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali. Kerusi DUN Pelabuhan Klang diadakan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bebas. Ia akan ditandingi oleh lelaki PSM Shanmuga Sundaram.

Pendek kata keputusan ini dibuat PSM kerana sebelum ini mereka menuntut kerusi di Perak dan Selangor tetapi tidak diendahkan oleh DAP dan PKR kerana difahamkan Pakatan Harapan juga berminat dengan kerusi yang dituntut PSM. Ternyata keputusan mengejutkan ini dibuat disebabkan PSM menolak untuk bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah pandangan dan pendirian dengan Pakatan Harapan.

Friday, 9 February 2018

RAFIZI RAMLI TIDAK PERLU DIBELA DAN DISANJUNG KERANA KESALAHANNYA


Tindakan Mohd. Rafizi Ramli melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) tidak sepatutnya dibela sama sekali walaupun atas alasan mendedahkan kesalahan orang lain kerana perbuatan Naib Pre­siden PKR itu merupakan suatu jenayah yang serius. Rafizi Ramli dan penyokong-penyokongnya dilihat cuba menghalalkan perbuatannya itu yang jelas bertentangan dengan undang-undang dengan membantah dan mengkritik keputusan mahkamah.

Rakyat perlu jelas mengenai perkara ini kerana dalam hal membabitkan kerahsiaan maklumat perbankan iaitu dalam BAFIA, tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak sama ada individu, bank mahu pun Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia merupakan prinsip mewujudkan konsep perbankan yang dipercayai. Jikalau tidak dilindungi di bawah BAFIA, sesiapa pun tidak akan mempercayai sistem perbankan negara ini sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia.

Apa yang pasti Rafizi dilihat hanya sengaja i­ngin memperdayakan orang ramai bagi meraih populariti demi kelangsungan karier politiknya. Sebagai pemimpin yang mempunyai latar belakang seorang akauntan, sepatutnya Rafizi lebih arif dan menyedari perbuatannya mendedahkan maklumat perbankan itu adalah jenayah yang serius. Jesteru keputusan mahkamah terhadap Mohd. Rafizi adalah dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...