Wednesday, 9 May 2018

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....


Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga tahi ayam, pahtu balik ke KL, 5 tahun pahtu tu pulok baru nampak muko.

Maka kami yang menetap di Kelantan terpaksa kena hadap segala susah payah, penat jerih, sedangkan demo di KL menikmati segala kemudahan yang tersedia. Bah kuning 2014, demo hanya kelih tv,  kami ni yang merana. Kami minum air paip karat milo, demo minum starbuck, lepak pavi.

Ramai anak-anak degree kerja gaji 800 kalau spm, demo di KL gaji 4 5 ribu. Lagi ramai yg takdak kerja jadi rosak punah sebab makan dadah. Tu belum kira anak tino rosak buang bayi luar nikah. Nauzubillah.

Tapi kerajaan yang ada tetap hebat dengan slogan-slogan yang banyak manfaat dan menutup cela kegagalan.

Kami waktu weekend nak riadah dengan anak-anak pon tiada tempat nk tuju, ape tah lagi nak jumpa jogging track atau kompleks sukan. Demo di KL semua ada. Infrastruktur moden yang lengkap dan selesa agar demo boleh menikmati dengan riang bersama family. Bertuahnya demo. Duduk di KL semua serba ada. Tak macam kami di Kelantan ni.

Janganlah terlalu ghairah dengan slogan semata-mata tapi isinya kosong. Atau ghairah dengan janji bulan dan bintang tapi sudahnya tak dapat buat. Apa pun tuan - tuan semua bijak pandai, kalau nak kerja dan nak duduk di Kelantan maka buatlah perubahan. Keputusan di tangan demo. Fikir dulu sebelum bertindak. Pilihlah pemimpin yang boleh bawak kita kearah kemajuan dan bukan mengheret kita kearah kemunduran.

#pilihygbolehtolong
#bukancakapkosong

Tuesday, 8 May 2018

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TIDAK TERPENGARUH DENGAN AGENDA TERSIRAT DAP BAGI MERAIH SOKONGAN UNDI






Kurang 24 jam dari sekarang, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab besar mereka dengan memilih bakal pemimpin yang mereka inginkan bagi menerajui pemerintahan negara Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan pada 9 Mei 2018 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Esok bakal menjadi penentu bagi Barisan Nasional (BN) sama ada mereka akan kekal memerintah atau pemerintahan akan beralih kepada pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH).

Sehingga hari ini, dapat dilihat berberapa isu yang sengaja dibangkitkan oleh parti pembangkang gabungan PKR, AMANAH, BERSATU dan DAP. Antara isu yang kerap dimainkan adalah 1MDB, FELDA dan Tabung Haji. Bukan itu sahaja, ‘drama basi’ politik mereka tidak terkecuali. Mereka dengan sengaja menimbulkan berberapa provokasi di hari penamaan calon pada 28 April yang lalu. Antara yang mencuri tumpuan adalah kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Mohamad Hassan di DUN Rantau yang dikatakan dirancang oleh SPR dan Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut. Tidak berakhir di situ, dakwaan Tun Mahathir terhadap pesawatnya di sabotaj oleh ‘seseorang’ juga menjadi isu yang hangat pada hari tersebut. Walhal, itu adalah sebahagian dari propaganda yang dicipta oleh parti pembangkang bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pemimpin kerajaan sedia ada.

Justeru, menerusi amanat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengingatkan kepada rakyat Malaysia supaya berwaspada dengan agenda tersirat DAP yang jelas mempergunakan gabungan pembangkang PKR serta Pengerusinya, Tun Mahathir untuk menumbangkan UMNO dan BN. Menurut beliau, jika rakyat menyokong Pakatan Harapan bermakna mereka mengizinkan agenda tersirat DAP dijalankan yang sebenarnya tidak memihak kepada mereka sambil menyatakan agenda tersirat itu turut dinyatakan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ternyata, Pakatan Harapan mempunyai seribu satu muslihat dalam menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Agenda, propaganda serta fitnah yang melampau sering ditimbulkan oleh mereka dalam menanam rasa benci masyarakat kepada kerajaan. Sikap mereka tidak ubah seperti takut kepada bayang sendiri. Sentiasa merasa tergugat dengan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN sedangkan mereka langsung tidak memberikan apa-apa khidmat kepada masyarakat di tempat mereka.

Rakyat Malaysia, ini adalah peringatan terakhir kepada anda!!. Jangan sesekali terpedaya dengan agenda tersirat yang dibawa oleh DAP dalam usaha mereka untuk meraih undi. Tujuan mereka tiada lain hanyalah untuk melihat perpecahan kaum di Malaysia dan menimbulkan persengketaan di antara satu sama lain. Masih belum terlambat lagi bagi anda untuk berubah fikiran dan menyokong BN dan mengekalkan kerajaan sedia ada. Kerana parti di bawah pimpinan Perdana Menteri ini sentiasa mengekalkan keharmonian bagi semua kaum agar hidup dengan aman dan sentosa. Selain itu, parti BN juga adalah sebuah parti yang sentiasa membawa kemajuan kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

TERDEDAH SUDAH! DAP MAHU JAWATAN MENTERI BESAR PERAK MELALUI CALON MELAYU






Pada PRU 14 kali ini, parti DAP telah mendapat agihan kerusi DUN paling banyak berbanding parti lain dalam Pakatan HARAPAN (PH) di negeri Perak iaitu sebanyak 18 kerusi berbanding PKR 16, PPBM 12 dan PAN 12. DAP juga yakin untuk memenangi kesemua kerusi DUN bertanding dan bakal menjadi parti dominan jika berjaya menawan negeri Perak dari Barisan Nasional (BN).

Perancangan DAP ini dilihat seperti mahu mengejar jawatan MB Perak yang menjadi idaman mereka sejak dahulu lagi. Sebelum ini pada PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya menawan Perak dan DAP mahu meletakkan calon mereka untuk jawatan MB tetapi Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menghalang mereka kerana calon MB mesti dari kaum Melayu-Bumiputera.

Walaupun mereka menguasai kerusi DUN Perak ketika itu, mereka terpaksa melantik calon dari parti PAS untuk menjadi MB. Selepas Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik mereka juga meletakkan orang mereka iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham untuk menjadi penasihat kepada Nizar supaya pengaruh dan agenda mereka dapat dilaksanakan di Perak.

Baru-baru ini salah seorang dari pasukan publisiti DAP pusat, Amran Ahmad mendedahkan tentang rancangan DAP yang mahu meletakkan calon melayu bertanding kerusi DUN Perak dan melantik calon tersebut menjadi MB Perak yang baru. Calon yang dimaksudkan itu adalah calon DUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari. Aziz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan hak Raja-Raja Melayu menamakan MB yang jelas telah melanggar perlembagaan.

Menurut Amran, Aziz Bari mungkin akan diperalatkan oleh DAP dan berada di bawah Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Jika terjadi agenda mereka untuk melaksanakan dasar DAP di Perak akan jadi lebih mudah kerana kali ini MB Perak merupakan wakil dari parti DAP dan bukan dari parti Melayu yang lain seperti AMANAH dan PPBM.

Walaubagaimana pun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menafikan perkara tersebut dan berkata DAP tidak menuntut kerusi MB Perak walaupun mereka mempunyai calon Melayu. Beliau juga berkata calon MB Perak boleh dilantik dari kalangan calon PH dan menolak pencalonan dari DAP. Tetapi pendedahan dari Amran jelas menolak kenyataan dari Lim Kit Siang kerana pendedahan email dari Aziz yang menulis mengenai Nizar bukan lagi calon yang ingin ditonjolkan dan DAP mahu calon mereka sendiri.

Selain itu, DAP mahu menguasai satu lagi negeri selepas menawan negeri Pulau Pinang dan tidak mustahil jika orang Melayu di Perak mungkin akan berkongsi nasib dengan orang Melayu di Pulau Pinang. Justeru, pengundi di Perak  harus berhati-hati untuk mengundi PH pada PRU nanti kerana jika PH menang, DAP akan menguasai kerajaan negeri dan melantik boneka Melayu DAP untuk menjadi MB Perak.

STATEMENT FROM AMRAN AHMAD NOOR, ASSISTANT PUBLISHER OF UBAH TV




DAP controls all the decisions that have been made by Pakatan Harapan. I dare to say that the placement of Tun Dr. Mahathir Mohamad as a Prime Minister and Datuk Seri Wan Azizah as Deputy Prime Minister is just for ‘puppets’. My name is Amran Ahmad Noor, I joined the DAP in 2009. But my history with the DAP is very long because my father was a former of National Deputy Vice Chairman of DAP, Allahyarham Ahmad Noor, who is the first Malay Member of Parliament from the DAP.

The modus operandi is still the same. They will use short video clips and brochures that will be distribute through the online, Whatsapp, Facebook and others just for multiply more people’s hatred against the government and divert the vote to them.

It has been made in Malay, Chinese, Tamil and other more just to damaging the minds of Malaysian people. The Pakatan Harapan Publicity Chief is Tony Pua. He who designed all forms of the publicity, all forms of evil defamatory propaganda to obscure the people’s eyes that this is comes from the Pakatan Harapan comprising PKR, AMANAH dan BERSATU but only made by DAP.

I dare to say that Tony Pua is the mastermind behind all this. He is the one who drives all these efforts to slander and commit malicious propaganda against the existing government leaders. The content and the manner in which it is executed, is very nasty, defamatory and also winning the opposition party by showing opposition parties in a state of embarrassment, humiliation and insults on a regular basis consistent.

Thursday, 3 May 2018

NIK OMAR AKAN PERTAHAN HUDUD UNTUK MENYERTAI PAKATAN HARAPAN SEDANGKAN LIM KIT SIANG TIDAK PERNAH MENYOKONG RUU 355 DAN HUDUD







Calon yang bertanding diatas tiket PKR pada kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz berjanji akan meneruskan perjuangan arwah bapanya bagi meneruskan agenda dalam perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum ke – 14 kali ini.

Menurut beliau, perlaksanaan tersebut bukanlah semata-mata bersandarkan kepada hudud itu sendiri, tetapi ia lebih terarah kepada tanggungjawab sebagai seorang muslim dan juga hamba Allah yang tanggungjawabnya patuh kepada syariah dan perintah Allah. Beliau juga menambah, sebagai seorang umat Islam, beliau wajib memperkasakan undang-undang Islam yang turut diperjuangkan bapanya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990.

Pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) telah dilaksanakan pada 2017 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang Dewan Rakyat di Petaling Jaya. Namun pelaksanaan tersebut tidak mendapat sambutan yang baik dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Beliau dengan lantangnya menempelak tentang pelaksanaan undang-undang hudud yang dikatakan kurang sesuai bagi sebuah negara yang majmuk. Bahkan, beliau meramal akan ada perpecahan di dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu jika hudud dilaksanakan.

Persoalannya di sini, sejak bila Penasihat DAP berpaling arah dengan menyokong RUU 355 dan undang-undang hudud? Sedangkan sebelum ini beliaulah orang pertama yang menentang perlaksanaan hukuman tersebut secara terang-terangan di Parlimen. Adakah Nik Omar mengeluarkan kenyataan ini hanya sekadar untuk meraih undi supaya parti Pakatan Harapan menang dan dapat mengambil alih pemerintahan negara dari kerajaan Barisan Nasional (BN)? Ya, mungkin kenyataan ini dikeluarkan hanya sekadar untuk meraih undi supaya parti pembangkang Pakatan Harapan dapat memenangi  sebahagian besar kerusi Parlimen.

Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu yang beragama Islam,  anda boleh menilai sendiri apa yang cuba direncanakan oleh DAP bagi memerintah negara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang Melayu, orang Islam bagi menarik sokongan serta undi majoriti masyarakat Melayu. Mereka memperjudikan orang yang arif pengetahuan agamanya hanya untuk memerintah negara.

Jika begini, masih tidak terlambat untuk kita menyokong perjuangan kepimpinan BN. Kerana parti ini sentiasa memartabatkan kaum melayu dan bumiputera. Bukan itu sahaja, barisan tertinggi kepimpinan ini juga sanggup bergadai nyawa demi memelihara agama rasmi Malaysia, agama Islam. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong pimpinan parti di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak supaya Bangsa Melayu tidak hilang hak keistimewaannya serta agama Islam akan terus terpelihara.




Tuesday, 1 May 2018

LUAHAN HATI PENJAWAT AWAM TERHADAP PEMBANGKANG MALAYSIA




Sebagai kakitangan kerajaan, saya memang tak puas hati dengan beberapa pemimpin PH yang buat kenyataan supaya penjawat awam jangan takut undi mereka. Adakah pemimpin PH ingat kami bodoh. Kami keje gomen tak pernah takut untuk undi pihak yang kami rasa betul. Sebab kami tau yang undi kami rahsia. Tapi  kami undi kerajaan sekarang kerana beberapa sebab:

Pemimpin pembangkang adalah orang yang paling kerap hentam kami yang kerja kerajaan. Mereka ni lah tuduh kami lembap, tak cekap, habiskan duit rakyat dan selalu buang masa. Takkan kami nak undi orang macam nie? Kami masih ingat dan bukan mudah lupa tuduhan diorang. Diorang nie hanya mulut manis masa kempen jer.

Pemimpin pembangkang juga orang yang selalu kondem projek dan pembelian kerajaan. Nak beli helikopter untuk tentera pun salah. Nak bagi bajet yang banyak kat pasukan keselamatan pun diorang larang. Semuanya salah. Tapi kalau ada insiden macam pencerobohan kat Lahad Datu, diorang pulak tuduh askar dan polis tak cekap. Banyak aset yang dah usang dan perlu diganti tapi selalu je kena kecam dengan pembangkang bila Mindef dan KDN nak buat pembelian.

Kami sedar yang kerajaan sekarang ni pun ada juga kelemahan. Tapi kami tengok PH lagi teruk daripada Kerajaan. Diorang cakap nak tumbangkan Dato' Najib tapi letak orang yang kena tangkap dengan SPRM untuk kes Felda sebagai calon diorang kat Parlimen Pekan. Lain kali letaklah presiden parti macam Mat Sabu, Tan Sri Muhyiddin atau Guan Eng lawan PM. Baru nampak serius. Tu belum lagi kat Sabah pun boleh lawan antara Parti Warisan dan PAN. Kalau bab tu pun tak bersatu, bayangkan kalau nak tubuhkan kabinet nanti.

Kami tak lupa lagi yang DAP cakap nak kurangkan jumlah kakitangan Kerajaan.

Banyak lagi sebab kenapa kami pilih Kerajaan sekarang ni. Pembangkang selalu bandingkan Malaysia dengan luar negara sebab apa kat sana tak tukar Kerajaan, tapi diorang sendiri tak sedar tahap diorang tu jauh lagi nak sampai level luar negara. Gabungan pembangkang boleh bertahan 2 penggal je. Dari zaman Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang ni Pakatan Harapan. Lagi 10 tahun nanti PH akan berkubur dan ganti dengan pakatan lain pulak. Semuanya sebab dalam pembangkang ni masing-masing ada agenda sendiri.

Kepada siapa yang membaca coretan saya ini agar dapat sampaikan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang kamu kenali.

Sekian.. 😉

Monday, 30 April 2018

FAHMI FADZIL CUBA TUTUP KELEMAHAN NURUL IZZAH DI LEMBAH PANTAI





Sebelum ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Nurul Izzah tidak akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Walaupun tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan oleh Nurul Izzah sendiri atau parti PKR, khabar angin ini telah disahkan oleh pakatan HARAPAN pada hari penamaan calon.

Nurul Izzah tidak akan pertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai kerana bertukar angin untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh. PKR pula telah menamakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai pengganti Nurul Izzah. Situasi ini menggambarkan ketidaksetiaan Nurul Izzah kepada penduduk Lembah Pantai dan cuba untuk melarikan diri dari pelbagai masalah yang melanda penduduk di sana.

Fahmi Fadzil baru-baru ini telah mempertahankan Nurul Izzah apabila ditanya oleh media tentang nasib 35 penduduk Kerinchi yang telah memakan ‘racun’ Nurul Izzah yang menjaja cerita tentang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang bersifatkan politik oleh Kerajaan Pusat. Akibatnya 35 penduduk itu tidak menikmati penempatan dan kemudahan selesa di rumah PPR tersebut berbanding 408 penduduk yang percaya dengan projek yang telah dilaksanakan itu.

Di samping itu, Fahmi cuba untuk menyalahkan 35 penduduk itu sendiri kerana beliau menyatakan Nurul Izzah hanya memberi nasihat dan keputusan untuk tidak terima projek itu datang dari penduduk itu sendiri. Ini menggambarkan tentang kredibiliti pemimpin pembangkang yang mahu ‘cuci tangan’ dari segala masalah yang terjadi kepada rakyat dan lebih suka menyalahkan orang lain. Akhirnya muncullah ‘kambing hitam’ yang cuba mempertahankan mereka.

Ini kerana Fahmi Fadzil juga menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan PKR mentadbir dan menyelesaikan masalah penduduk Lembah Pantai. Beliau merasakan BN dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kerjasama dengan PKR Lembah Pantai. Daripada menjawab soalan mengenai sumbangan PKR, beliau lebih mepersoalkan sumbangan BN dan DBKL di Lembah Pantai.

Sikap pemimpin yang tidak menghargai sokongan dan kepercayaan rakyat ini tidak seharusnya diberi peluang untuk mentadbir pada PRU14 nanti. Jika masalah rakyat pun tidak dijaga dan rela melarikan diri, bayangkan jika mereka mentadbir negara. Pengundi Lembah Pantai harus membuat keputusan yang bijak kerana masa depan mereka berada di tangan mereka.

TINDAKAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MEMOTONG GAMBAR TUN MAHATHIR ADALAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG SPR






Pada 30 April 2018, satu video telah menjadi tular di laman-laman sosial apabila gambar Tun Mahathir di papan iklan telah dipotong oleh anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Ayer Hitam, Johor. Video yang dirakam netizen itu telah menjadi perbualan hangat dan ada wakil dari pembangkang yang menyelar tindakan SPR itu.

Calon PKR bagi Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong telah mempersoal tindakan SPR dan menganggap ia tidak masuk akal. Reaksi dari Pengerusi DAP Johor itu menunjukkan kebodohan mereka yang tidak tahu mengenai undang-undang, khususnya Tata Etika Pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.

SPR telah menetapkan undang-undang dibawah Etika 7 Tata Etika Pilihan Raya bahawa pemasangan bahan kempen hanya membolehkan gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya dan pemimpin utama parti politik sahaja dibenarkan dalam poster dan kain rentang. Mana-mana parti politik juga tidak membenarkan memasang poster gambar pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan. 

Mengikut undang-undang SPR, hanya pemimpin utama parti politik sahaja dibenarkan dan Tun Mahathir bukanlah pemimpin utama kerana jawatan beliau hanya pengerusi Pakatan HARAPAN dan papan iklan tersebut mempunyai logo PKR. Jadi hanya gambar Datin Seri Wan Azizah sahaja dibenarkan kerana Wan Azizah adalah Presiden PKR.

Jika pemimpin dan penyokong dari pembangkang merasakan tindakan SPR ini tidak adil, jadi kenapa SPR memotong juga gambar Datin Seri Rosmah Mansor di Yong Peng. Gambar Rosmah dipotong kerana Rosmah bukanlah calon pilihan raya. Jadi tindakan SPR adalah adil dan mengikut undang-undang tanpa mengira mana-mana parti politik. 

Tindakan SPR tersebut adalah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan dan bukannya diarahkan oleh mana-mana parti politik. Tidak wajar untuk mana-mana pihak membuat spekulasi yang tidak betul dan pemimpin-pemimpin Pakatan HARAPAN ini kebanyakkan mempunyai latar belakang undang-undang dan mustahil jika mereka tidak tahu membaca undang-undang dari SPR.



Saturday, 28 April 2018

SIKAP SAMBIL LEWA CALON PH MEMAKAN DIRI, LEBIH 4 CALON PH HILANG KELAYAKAN BERTANDING




28 April 2018 telah menjadi saksi hari penamaan calon di seluruh negara bagi edisi PRU-14. Sambutan dan juga perarakan dari setiap parti yang bertanding dilihat sangat meriah. Namun disebalik kemeriahan tersebut juga telah berlakunya kekecohan yang melibatkan parti pembangkang iaitu Pakatan harapan (PH). 

Di DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan dari parti Barisan Nasional (BN) secara sah telah diumumkan menang tanpa bertanding menewaskan calon PKR, Dr S Streram. Hal ini adalah kerana calon PKR tersebut datang tanpa membawa pas calon. 

Di Wangsa Maju pula, calon PKR Tan Yee Kew terlupa membawa kad pengenalan. Bagaimana seorang calon boleh bersikap cuai sedemikian sedangkan semua sedia maklum bahawa kad pengenalan adalah penting bagi setiap warganegara Malaysia. Pada awalnya beliau tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, namun selepas 2 jam berikutnya beliau berjaya mendapatkan kad pengenalan miliknya dan diberi kebenaran untuk masuk. 

Naib Presiden PKR Tian Chua diisytihar hilang kelayakan bertanding di Parlimen Batu iaitu kawasan yang dipegangnya selama 10 tahun. Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan lalu. 

Di Kelantan, calon PKR di DUN Tawang Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang oleh kerana alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana. 

Lihat sahaja Azwan Ali yang kali pertama mahu bertanding, beliau telah membuat persiapan yang amat rapi sebelum hadir ke dewan penamaan calon. Oleh itu beliau secara sah akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dimana beliau akan berlawan dengan abangnya Azmin Ali disana. Calon-calon PH sepatutnya menjadikan Azwan Ali sebagai contoh yang baik buat mereka. 

Jelaslah disini calon-calon PH telah mengambil sikap sambil lewa sahaja. Kegagalan mereka untuk membuat persediaan yang baik dan rapi menjadi puca mereka hilang kelayakan bertanding pada PRU-14 kali ini. Oleh kerana itu, mereka terus menyalahkan pihak lain seolah-olah ada pihak lain yang sengaja mahu sabotaj mereka 

Mereka seharusnya lebih bersikap profesional terhadap keputusan yang telah dibuat oleh wakil-wakil pegawai SPR. Sikap suka menunding jari dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri adalah modal politik oleh parti pembangkang setiap kali PRU dijalankan. Bagaimana PH mahu meyakinkan rakyat yang kononnya matlamat utama mereka mahu mengubah Negara Malaysia kepada Malaysia yang lebih baik jika calon-calonnya tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.

Friday, 27 April 2018

10 TAHUN PEMERINTAHAN NGA KOR MING YANG MENZALIMI RAKYAT TAIPING




Siapa yang tidak kenal dengan Nga Kor Ming iaitu Ahli Parlimen Taiping daripada parti DAP. Beliau yang terkenal dengan sikap biadapnya dengan memaki hamun orang sesuka hati secara terbuka. Beliau pernah menggelarkan melayu “pukimak” yang mana itu adalah satu perkataan yang terlalu biadap. 

Sepanjang pemerintahan Kor Ming di Taiping, jelas bahawa rata-rata rakyat Taiping begitu kecewa dengan beliau. Janji yang diberikan olehnya sebelum rakyat Taiping membuang undi hanya tinggal janji. 10 tahun pemerintahan beliau di Taiping umpama bala dan bencana buat warga Taiping. 

Kekecewaan warga Taiping tersergam indah apabila mereka menggelarkan DAP sebagai parti yang telah menipu rakyat. Mereka janji mahu membantu rakyat tetapi sebaliknya mereka telah mengabaikan rakyat. 

Kor Ming juga pernah berjanji untuk memberikan warga emas bantuan sebanyak Rm1,000 setiap tahun. Namun apabila beliau sudah mendapat kuasa dan jawatan beliau terus lupakan janji beliau. Terbuktilah disini DAP memang hebat dalam menabur janji tetapi tidak pandai untuk tunaikan janji. 

Jika dilihat dari sudut pembangunan pula, sepanjang 10 tahun pemerintahan beliau di Taiping, tiada sebarang pembangunan yang dilakukan oleh beliau, luahan hati warga Taiping. Mereka juga ada berjanji untuk membaik pulih jalanraya yang mempunyai masalah namun itu semua adalah propaganda DAP sahaja untuk mempengaruhi rakyat. 

Dalam soal kebajikan pula, DAP tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik apabila meninggikan ego mereka untuk tidak membantu rakyat yang didalam kesusahan. Mereka sebaliknya hanya meletakkan 100% kesilapan dan kelemahan ini kepada kerajaan pusat. 

Baru-baru ini Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Nga Kor Ming akan berpindah dari Taiping ke Teluk Intan. Hal ini telah menunjukkan bahawa Nga Kor Ming ingin lari daripada segala kesilapan beliau selama 10 tahun di Taiping. Sekaligus ia bakal menjadikan satu mimpi ngeri kepada warga Teluk Intan sekiranya mereka tersalah membuang undi. Lawan Kor Ming di Teluk Intan ialah Mah Siew Kong dari parti Barisan Nasional. 

Usah berfikir lagi, ambil pengajaran daripada warga Taiping untuk dijadikan pedoman buat warga Teluk Intan. Tolak DAP untuk hidup yang lebih selesa serta jaminan pentadbiran yang lebih meyakinkan. 

DAP HANTAR CALON MELAYU UNTUK TARIK UNDI MELAYU




Baru-baru ini DAP mengumumkan nama calon-calon untuk menghadapi PRU 14 dan paling menjadi tumpuan apabila nama calon-calon Melayu dari DAP ini seakan menunjukkan ada agenda parti itu sendiri. 

Ini kerana sebelum ini parti itu dilihat lebih percayakan calon Cina untuk memenangi kerusi DUN atau Parlimen dan membiarkan calon Melayu dari PKR dan PAS untuk bertanding pada PRU yang lepas. Sentimen “DAP parti untuk Cina” yang bermain dalam fikiran rakyat dilihat sebagai satu ancaman untuk orang Melayu mengundi untuk DAP.

Antara nama-nama baru yang diumumkan oleh DAP adalah Young Shefura Othman (DUN Ketari), Jamaliah Jamaluddin (DUN Bandar Utama), Edry Faizal (DUN Dusun Tua) dan Syeikh Omar Ali (DUN Paloh). Calon-calon muda ini dilihat mahu mempengaruhi belia-belia untuk menyokong DAP dan mungkin contoh produk yang keluar dari Sekolah Demokrasi milik DAP.

DAP juga mengumumkan jika Pakatan Harapan merampas kembali Perak dari BN mereka akan melantik calon DUN Tebing Tinggi, Aziz Bari untuk menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Situasi ini dilihat sama seperti ketika Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak apabila penasihat kepada Nizar adalah wakil dari DAP dan dilihat seperti menjadi boneka untuk DAP.

Bekas Pengarah Strategik Hal-Ehwal Melayu Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan tentang strategi DAP yang mahu menghapuskan Islam dan hak orang Melayu yang dilihat seperti menindas orang bukan Islam dan Bumiputra. Beliau juga mendedahkan tentang rancangan DAP yang mahu membawa masuk fahaman Yahudi kepada orang Melayu.

Strategi memberi peluang kepada calon Melayu oleh DAP ini seakan-akan akan mahu memujuk orang Melayu untuk menyokong DAP setelah pelbagai sentimen yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya yang menentang keras agama Islam dan hak orang Melayu. Calon-calon Melayu yang terpilih pula seakan rela dipergunakan untuk menjaga kepentingan parti DAP itu sendiri.

Agenda DAP ini dilihat seperti satu propaganda yang akan mengancam nasib orang Melayu dan sentimen agama dan perkauman yang sering dilaung oleh DAP ini juga seperti senyap seketika. Ia menunjukkan DAP mahu mempergunakan orang Melayu untuk mendapat undi dan melaksanakan rancangan mereka yang telah lama dirancang untuk kepentingan mereka sendiri.

Wednesday, 25 April 2018

AKAR UMBI PKR TIDAK BENAR DR MAHATHIR GUNA LOGO PKR


Suara bantahan ahli akar umbi PKR berhubung keputusan pimpinan parti itu membenarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan logo parti mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terus bergema. Sebelum ini bantahan ini dibuat di ibu pejabat Keadilan di Petaling Jaya, Selangor. 

Terbaharu, lebih 50 ahli PKR dari Batu Kawan dan Permatang Pauh pula bertindak nekad apabila berdemonstrasi di hadapan Ibu pejabat PKR negeri di sini sebagai tanda protes. Bekas Ketua Cabang PKR Batu Kawan, A. Loganathan berkata, keputusan itu dianggap sebagai tidak berprinsip dan tidak bermaruah. 

Dalam perkara ini, Dr. Mahathir telah melakukan banyak perkara yang merugikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, khususnya melibatkan tuduhan liwat. Jesteru itu tindakan bantahan ini dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dan membantah sekerasnya agar Dr. Mahathir tidak menggunakan logo PKR pada PRU-14. 

Pelbagai reaksi bantahan boleh diterjemahkan melalui poster yang antaranya tertulis ‘Akar Umbi PKR Tolak Tun Mahathir (Mahazalim)’, ‘Selamatkan PKR Daripada Tun Mahathir’ dan ‘Tun Mahathir Adalah Musuh Sebenar PKR’. 

Mereka yang hadir turut melaungkan slogan berbunyi ‘Kami Tidak Mahu Mahathir’. Jelas sekali, di peringkat akar umbi PKR, ramai di kalangan ahlinya tidak boleh menerima hakikat bahawa PKR kini dikawal PKR dan pemimpin-pemimpinnya seolah-olah dipukau untuk menuruti perintah Dr. Mahathir sehingga melupakan kezaliman yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim dan PKR.

Tuesday, 24 April 2018

TEAM AZMIN VS TEAM WAN AZIZAH, PKR TIADA PERSEFAHAMAN DALAM MENENTUKAN CALON, DAP JUGA YANG UNTUNG




Menjelang pilihanraya yang semakin dekat bermacam masalah yang timbul di dalam Parti PKR. Masing – masing mempunyai calon dan orang kuat mereka. Ramai pemerhati mengatakan dalam PKR sekarang sudah ada dua team iaitu Team Azmin dan Team Wan Azizah. Pertelingkahan antara mereka adalah kerana krisis dana kewangan parti yang dikawal oleh Azmin seterusnya menyukarkan Wan Aziziah  dalam menggerakkan jentera parti mereka.

Team Wan Azizah memerlukan dana yang cukup dalam melaksanakan pembangunan di kawasan yang mereka wakili. Dalam menggerakan jentera pilihanraya, mereka memerlukan jumlah kewangan yang banyak. Selain daripada itu Azmin mempunyai senarai calonnya sendiri bagi mewakili setiap kawasan di Selangor. Semantara itu, Wan Azizah juga mempunyai senarai calonnya yang menyokong perjuangngan PKR selama ini. Di sini timbul perasaan tidak puas hati di kalangan calon yang bertanding pada PRU ke 14 kali ini.

Peggeseran ini bermula sejak proses pemilihan calon yang diadakan bersama dengan komponen parti pembangkang yang lalu. Sehingga kini perkara tersebut masih belum dimuktamadkan. PAN telah mengumumkan calon mereka yang bertanding di Selangor. Manakala PPBM juga masih berdolak dalih dengan senarai calon yang akan bertanding. Mereka berkehendakkan jumlah kerusi yang banyak di Selangor.

Ramai di kalangan ahli PKR sendiri tidak mahu Tun Mahathir menggunakan lambang PKR dalam PRU kali ini. Mereka masih ingat dengan apa yang telah dilakukan terhadap DS Anwar Ibrahim semasa pemecatan beliau dahulu.  Mereka masih mengingati segala perbuatan Tun Mahathir yang memecat DS Anwar Ibrahim bagaimana beliau ditelanjangkan dari segi politik dan peribadi semata-mata tidak mahu beliau menjadi Timbalan PM pada masa itu.

Kekalutan hubungan Azmin dan Wan Aziziah semakin ketara apabila mereka semacam mengelak antara satu sama lain dari berbicara. Semakin nyata apabila dalam mana-mana majlis Wan Azizah tidak menyertai atau meninggalkan majlis secepat yang boleh. Perkara ini berlaku semasa Majlis Pelancaran Jentra Pilihanraya PKR Pulau Pinang di Permatang Pauh. 

Jika situasi ini berterusan dalam pilihanraya ini, bagaimanakah penilaian para pengundi terhadap PKR. Perebutan kerusi dan tamak untuk menjadi calon menjelaskan lagi pergolakan dalaman yang berlaku di dalam PKR. Kalau sekarang sudah nampak permainan mereka bagaimana pula dengan penyokong, mana satu yang menjadi pilihan mereka. Adakan ini gambaran PKR Selangor akan tumbang pada PRU kali ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat hasilnya pada pembuangan undi pada 9hb Mei nanti, siapa yang lebih layak dan rakyat akan pilih. 

DAP BANTAH CALON PKR DI MIRI SARAWAK


Keadaan politik Sarawak melibatkan parti DAP dengan PKR di utara Sarawak semakin meruncing apabila berlaku perasaan tidak puas hati melibatkan pencalonan semula Dr Michael Teo yang akan bertanding semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)nanti atas tiket PKR. 

Namun begitu, bekas pengurus kawasan telekomunikasi, Ling Siew Ping Bendahari DAP yang juga Timbalan Pengerusi DAPSY Miri bakal bertanding di kerusi Parlimen Miri menggunakan tiket Bebas pada PRU-14.ini. 

Ling yang juga merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan bertanding kerana tidak puas hati dengan penyandangnya, Dr Michael Teo sebagai calon PH selain tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang memuaskan dalam tempoh lima tahun. 

Dr Michael Teo dipercayai tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang memuaskan dalam tempoh lima tahun malah dilabel penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri sebagai 'the Sleeping MP of Miri'. 

Tidak banyak dilakukan oleh Dr Michael Teo dalam tempoh 5 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di Miri dan perkhidmatannya kepada warga Miri juga diragui. Malah beliau juga jarang menghadiri persidangan di Parlimen dan mengemukakan masalah rakyat di sana. 

Tindakan bantahan ini dibuat kerana Dr Michael Teo sudah tidak sesuai dijadikan sebagai calon PH dan tidak cukup berbakti kepada rakyat di sini. 

Pendek kata, senario politik yang berlaku di utara Sarawak itu bakal merencatkan lagi perancangan politik PH di Sarawak kerana kini bukan sahaja terpaksa berdepan dengan parti BN, PH kini juga terpaksa berdepan masalah ketidak puasan hati dari kalangan penyokong-penyokong mereka sendiri. 

Monday, 23 April 2018

STRATEGI DAP GUNA CALON LUAR SEBENARNYA BERI IMPAK NEGATIF KEPADA PENGUNDI


Tindakan parti politik pembangkang terutamanya DAP yang menamakan calon luar yang tidak dikenali oleh pengundi di sesuatu kawasan merupakan tindakan yang memberikan impak negatif kepada pengundi. 

Adalah menjadi harapan utama pengundi di sesuatu kawasan agar wakil rakyat yang dipilih sentiasa berada di kawasan itu untuk membantu mereka, justeru ini akan menimbulkan masalah sekiranya calon itu tidak tinggal secara tetap di kawasan tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, apabila calon luar itu tidak memahami isu semasa di kawasan berkenaan dan langsung tidak mengetahui apa yang diperlukan untuk membangunkan kawasan yang terlibat.

Amalan tidak sihat itu dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap pengundi yang mana mereka akan berdepan kesulitan apabila ingin menyalurkan masalah atau aduan secara terus berikutan wakil rakyat terbabit menetap di luar kawasan. 

Contoh calon DAP yang berpindah kawasan adalah seperti Nga Kor Ming yang beralih kawasan dari Taiping ke Teluk Intan, Hannah Yeoh dari DUN Subang Jaya ke Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari Parlimen Segambut ke Parlimen Kepong, Yeo Bee Yin dari DUN Damansara Utama ke Parlimen Bakri dan ramai lagi yang beralih arah ke tempat lain.

Jelas di sini, parti DAP sebenarnya sebuah parti yang bersifat acuh tidak acuh setiap kali pilihanraya umum berlangsung. Mereka kerap melompat kawasan pilihanraya baru setiap kali berlangsungnya pilihanraya. Pengundi-pengundi yang telah mengundi mereka ibarat telah dikhianati dan diabaikan mereka. 

Pengundi kini semakin matang dan lazimnya mereka lebih cenderung memilih calon yang benar-benar mahu menjaga kebajikan rakyat bukannya calon yang kerap melompat kawasan demi agenda politik mereka.

KARTEL AZMIN ALI DISABOTAJ, JELAS AZMIN DAN WAN AZIZAH TIDAK SEHALUAN







Azmin Ali baru-baru ini telah pun mengumumkan bahawa pengagihan kerusi DUN telah dibuat dan telah dimuktamadkan tanpa sebarang bantahan.

Namun difahamkan pula kem Pakatan Harapan Selangor (PH) sedang berlakunya pergolakan selepas Wan Azizah selaku Presiden PKR telah pun menggugurkan beberapa nama yang telah dibuat oleh Azmin Ali.

Setelah mereka membuat kenyataan yang berlainan, kesimpulan yang boleh dibuat adalah Azmin dan Wan Azizah seperti sedang mempunyai krisis dalaman yang tidak mampu mereka sorokkan. Hal ini sekaligus bakal merencatkan sedikit usaha PH Selangor untuk kekal menang di Selangor.

Jelaslah bahawa Azmin Ali telah menggunakan kuasanya sebagai Presiden PKR Selangor dengan sebaik mungkin apabila telah memuktamadkan pengagihan kerusi DUN Selangor tanpa pengetahuan Wan Azizah. Adakah Azmin menyenaraikan senarai calon yang menjadi Pro-Azmin dan juga kroni-kroni beliau sehingga membuatkan Wan Azizah tidak bersetuju dengan keputusan pemilihan Azmin.

Oleh kerana keputusan Wan Azizah yang telah menggugurkan beberapa nama yang telah dibuat oleh Azmin, maka telah berlakunya pergeseran di antara Azmin Ali dan Wan Azizah. Hal ini dibuktikan lagi dengan perlakuan janggal di antara mereka berdua pada tempoh hari semasa menghadiri majlis pelancaran jentera PKR Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Meskipun kedua-dua pe­mim­pin utama PKR itu berada di sana bagi menyertai beberapa program parti tersebut, mereka tidak berada di lokasi sama seolah-olah cuba mengelak antara satu sama lain.
Paling ketara apabila Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya di sini kira-kira pukul 2 petang ini sebaik sahaja Mohamed Azmin tiba 20 minit selepasnya dan bangun untuk berucap.

Jelas disini sebenarnya penamaan calon bagi DUN Selangor belum lagi dimuktamadkan sebaliknya Azmin hanya membuat keputusan sendiri tanpa persetujuan dari pucuk pimpinan PKR. Sama-sama kita saksikan nanti pada hari penamaan calon yang kian hampir. Apakah pula drama yang bakal berlaku setelah pengumuman akhir dibuat.




MELAYU DIPERALAT UNTUK BAIKI IMEJ ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM DAP






DAP menjelang PRU-14 ini sudah mula menggerak Melayu yang boleh dijadikan alat bagi menghakis sangkaan orang Melayu bahawa parti chauvinist itu tidak anti Melayu dan tidak Anti Islam.

Kenyataan yang paling mendapat kecaman netizen apabila pelakon, Wardina Safiya mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak mempercayai bahawa DAP akan mengambil alih dan tidak Islam apabila mereka berkuasa kelak.

Penggunaan ayat sahaja telah mengelirukan pembaca. Apatah lagi maksud tersirat yang ada di dalam lubuk hati penulis portal rasmi Roketkini.com itu.

Kenyataan kedua yang cuba diketengahkan DAP dalam portal rasmi mereka adalah dengan menyedut kenyataan Syahredzan Johan. DAP mengangkat title lelaki Melayu yang bekerjaya sebagai peguam itu bagi meyakinkan umat Melayu berkaitan hak asasi dan kaitan pemansuhan agama Islam mengikut perlembagaan semasa berkempen bagi memenangkan calon DAP dan Pakatan Harapan di Johor baru-baru ini.

Memang benar Perlembagaan Malaysia tidak boleh ditukar atau diubah sesuka hati. Namun jika ianya mahu diubah dengan majoriti dan pindaan mengikut peraturan yang sedia ada, adakah ianya tidak akan terjadi dan boleh dihalang dengan kuasa Melayu yang semakin rapuh pada masa itu?

Tapi dengan mengangkat kedua-dua nama ini belum cukup rasanya untuk menutup luka yang selama ini telah ditoreh oleh pemimpin DAP terhadap Melayu dan Islam. Melayu perlu bersatu untuk menolak agenda sempit DAP dan Pakatan Harapan dalam PRU kali ini.

MAT SABU UMPAMA TIN KOSONG, BUNYI KUAT MACAM PETIR NAMUN TIDAK ADA KESAN SEKADAR HIBURAN SEMASA CERAMAH





Siapa yang tidak mengenali saudara Mat Sabu atau Muhammad Bin Sabu Presiden parti AMANAH atau PAN. Penubuhan PAN bermula apabila Majlis Syura PAS mengesahkan hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan yang telah mengakibatkan Pakatan Rakyat berkubur. Akibat dari keputusan itu telah berlaku dua kumpulan dalam PAS. Kumpulan yang dipelopori ulama muda mahu PAS bersendirian, dan satu lagi kumpulan dipelopori sebahagian besarnya oleh golongan profesional dan progresif, yang mahu hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikekalkan.

Dalam kebanyakan siri ceramah, Mat Sabu berjaya menawan emosi penonton dan mempercayai 100% segala apa yang dikatakan. Beliau terkenal sebagai pakar manipulasi hal peribadi seseorang pemimpin terutama melibatkan PM Najib dan kerajaan pimpinannya. Seperti yang diketahui Mat Sabu pernah ditahan di bawah ISA semasa era pemerintahan 

Mat Sabu sendiri terpalit dengan pelbagai Isu yang melibatkan peribadinya. Banyak tuduhan dan tomahan yang dilemparkan terhadap beliau. Namun beliau berjaya menangkis hanya dengan penjelasan semasa beliau mengadakan ceramah politik. Isu melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, skandal dengan seorang wanita termasuklah menyokong abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia. Tindakannya itu mendapat bantahan dari segala rakyat Malaysia yang tidak lupa apa yang telah dilakukan semasa Chin Peng sebagai ketua komunis Malaya. PDRM telah mengeluarkan arahan untuk menutup segala pintu sempadan bagi menghalang abu mayat Chin Peng dari dibawa masuk Malaysia.

Mat Sabu semasa dalam PAS lagi telah banyak menimbulkan masalah terhadap pemimpin PAS terdahulu. Pendapat yang tidak sealiran dengan Hj Abdul Hadi dan pemimpin PAS lain mendorong Mat Sabu keluar dari parti PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN). Segala rakaman ceramah dan isu-isu Mat Sabu masih lagi tersimpan dalam media sosial dan boleh dilayari bila-bila masa.

Dalam PRU 14 kali ini Mat Sabu telah memilih satu kawasan dalam Selangor iaitu di Parlimen Kota Raja yang mana kawasan tersebut adalah kepunyaan PAS. Adakah Mat Sabu akan diterima oleh kalangan pengundi Kota Raja? Pernah bertanding berlainan tempat sebanyak tiga kali semuanya kalah. Parlimen Kota Raja disandang oleh Dr Siti Mariah yang sebelum ini mewakili PAS, telah meletak jawatan dan menyertai PAN. Harus diingat Mat Sabu dahulu salah seorang pemimpin PAS tetapi telah mendarhaka terhadap partinya sendiri dan menubuhkan PAN. 

RUMAHTANGGA PAKATAN HARAPAN BERGELORA DI SELANGOR


5 hari yang lalu, berita portal SelangorKini iaitu sebuah berita portal pro Pakatan Harapan telah memetik dan memuat turun artikel bertajuk "Pakatan Harapan Selangor muktamadkan pengagihan kerusi DUN". Berdasarkan kepada laporan portal demikian, kesemua pucuk pimpinan Pakatan Harapan dari PKR, DAP, AMANAH dan PPBM Selangor yang terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tony Pua, Haji Ir. Izham Hashim dan Datuk Abdul Rashid Asari telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Negeri Selangor (DUN). 

Rujuk link berkenaan untuk keterangan lanjut: 



Namun yang demikian, jika dirujuk kepada portal berita berkenaan jelas di sini isu agihan kerusi sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak timbul sebarang isu untuk memuktamadkan calon di negeri itu. 

Semalam lain pula cerita yang ditimbulkan, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mengakui wujud ‘masalah kecil’ untuk memuktamadkan calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Azmin Alimasalah itu berlaku ‘di satu dua” kerusi sekali gus menjelaskan laporan media yang menyebut PKR berdepan masalah memuktamadkan calon.

Difahamkan PKR dan Pakatan Harapan sebenarnya masih belum memuktamadkan pengagihan kerusi di peringkat DUN mahupun di Parlimen. Adalah difahamkan bahawa beberapa calon yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin ‘ditolak’ Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Isu agihan kerusi dan memuktamadkan calon di Selangor jelas masih belum lagi mencapai kata putus muktamad. Laporan yang dilaporkan media pro Pakatan Harapan sebenarnya hanya digunakan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu tidak menghadapi sebarang masalah dalam isu agihan kerusi dan juga pemilihan calon. Walhal, rumahtangga Pakatan Harapan di Selangor kini makin bergelora ketika tempoh penamaan calon sudah semakin dekat. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam Pakatan Harapan di Selangor pada tempoh terdekat ini.

Friday, 20 April 2018

MUHKRIZ PERLU FASIH POLITIK DAN EKONOMI





Faktor bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan iaitu kegagalan mentadbir negeri, tidak boleh menyatupadukan parti serta tidak setia kepada kepemimpinan dan parti menjelaskan bahawa beliau kurang fasih politik serta ekonomi.

Hakikatnya ekonomi negeri Kedah mencatatkan pertumbuhan tidak memberangsangkan sepanjang tempoh lebih dua tahun beliau mentadbir Kedah di mana rizab kewangan serta kutipan hasil kerajaan negeri merosot.

Ini adalah fakta yg tidak boleh dinafikan, kelebihan Kedah pada dasarnya mempunyai kerajaan yang sama dengan Pusat tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Tindakan beliau yang dilihat tidak bersama-sama pucuk pimpinan amatlah mengecewakan malah ia menyusahkan proses urusan kerajaan dan Pusat.

Banyak pihak dan golongan muda dan tua di negeri Kedah, tidak tahu mengetahui fakta itu sehingga mereka terpengaruh dengan permainan persepsi yang dimainkan oleh Mukhriz dengan adegan hanya pandai berswafoto sahaja.

Rakyat Kedah pada dasarnya melihat Mukhriz tidak berminat untuk berkhidmat dan tidak berusaha untuk meningkatkan ekonomi negeri tetapi lebih menumpukan terhadap populariti dan imej peribadi semata-mata.

SEJARAH SILAM TELAH MENGAJAR PAS, KINI PPBM PULA BAKAL JADI MANGSA & ALAT DAP



Pengalaman bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat satu ketika dahulu memberi pengajaran berguna kepada PAS supaya tidak mengulangi kerjasama tersebut pada masa akan datang. 

Tetapi kini segalanya berubah apabila, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Dr Mahathir Mohamad pula mengambil keputusan untuk bersama DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Harapan. 

PPBM seolah-olah tidak mempelajari kesilapan yang telah dialami PAS dan sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR. Dalam diam, PPBM tidak sedar bahawa parti mereka kini bakal jadi alat kepada DAP. 

Lihat saja sejarah kerjasama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS ketika dahulu. Sepanjang tempoh kerjasama tersebut, dapat dilihat bagaimana PAS dikhianati selain kedua-dua parti itu langsung tidak menghormati PAS sehingga akhirnya hubungan tersebut retak dan putus.
 

Akhirnya PAS telah dikhianati termasuklah PKR semasa di dalam kerjasama, mereka sanggup bersama PAN dengan mengenepikan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor. 

Malah banyak lagi perkara yang mereka lakukan termasuk dalam isu Langkah Kajang apabila PAS langsung tidak diberitahu mengenainya. 

Pengalaman bertahaluf siyasi sebelum ini juga banyak mengajar PAS bagaimana untuk melengkapkan diri dengan asas kukuh bagi membina Islam. Kini giliran PPBM pula bakal menjadi alat kepada DAP untuk melempiaskan nafsu politik mereka ke atas parti yang diketuai Dr Mahathir itu!

PH SELANGOR BERGOLAK, PENGARAH PILIHAN RAYA PAN SELANGOR UMUM LETAK JAWATAN





Baru sahaja gabungan parti pembangkang mengumumkan bahawa mereka sudah memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Selang 2 hari dari pengumuman yang dibuat oleh Azmin Ali itu, Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin, didakwa meletakkan jawatan. Hal ini sekaligus telah menunjukkan bahawa Pakatan Harapan Selangor (PH) sedang menghadapi konflik dalaman soal pengagihan kerusi DUN di Selangor. 

Difahamkan, tindakan beliau itu ada kaitan dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berikutan parti serpihan PAS itu hanya mendapat 10 kerusi berbanding 13 kerusi yang diminta dan perkara itu disahkan Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi. 

Situasi ini jelas menunjukkan PH Selangor masih tidak ada kesepakatan didalam pengagihan kerusi dan kemungkinan selepas ini bakal wujud lagi ahli-ahli PH yang akan membuat tindakan yang sama kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain. 

Sekiranya PH mahu mentadbir Selangor dengan baik, mereka perlu lebih bersifat terbuka dan tidak menindas parti-parti yang lain. Hal ini kerana mereka adalah satu gabungan jadi mereka seharusnya mewujudkan persefahaman yang baik di antara mereka supaya segala perancangan mereka untuk membantu rakyat Selangor akan berjalan dengan lancar dan teratur. 

Kelemahan yang ditunjukkan oleh PH Selangor ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya masih belum bersedia untuk mentadbir Selangor. Pergolakan yang berlaku di antara mereka ini bakal merencatkan perancangan mereka untuk kekal mentadbir Selangor.

PARLIMEN JERAI BUKAN UNTUK DIWARISKAN KEPADA ANAK






Letaklah anak sesiapa pun kat Parlimen Jerai mereka akan tetap kalah...

Sebab rakyat tidak suka amalan NEPOTISME yang diamalkan pembangkang selama ini. Bukti sudah ada, Lim Kit Siang, Mahathir, Anwar Ibrahim dan Sanusi Junid yang terbaru.

Amalan tersebut akan mengkayakan anak beranak suku sakat keluarga mereka sahaja. Manakala rakyat marhaen yang akan terus tertindas dengan ketamakan politik anak beranak ini.

Hapuskan amalan yang tidak menguntungkan ini. Jauhi nepotisme dan jangan beri undi kepada mereka.

TIADA PEMBANGUNAN YANG DIBAWA OLEH WAN AZIZAH DI PERMATANG PAUH





Nek Jah cabut lari ke Pandan sebab tak mampu beri khidmat terbaik untuk Permatang Pauh.
Penggantinya Nurul Izzah juga mempunyai track record yang lebih kurang sama dengan mengabaikan kebajikan masyarakat di Lembah Pantai.
Nurul Izzah dan ibunya jarang sekali berada di kawasannya. Ini disebabkan mereka sibuk dengan agenda politik sempit Pakatan Harapan sehingga lupa tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.
Hanya yang mereka tahu menhidangkan pisang goreng dan menyediakan resepi kuih bingka kepada penyokong dan pengundi mereka.
Pembangunan jarang sekali dibawa ke tempat mereka. Malah cadangan pembinaan PPRT atau rumah mesra rakyat juga dipertikai dan ditolak.

PARTI DAP SEMEMANGNYA SEBUAH PARTI YANG BERSIFAT 'DOUBLE STANDARD'


Semestinya ramai tahu bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang double standard khususnya dalam hal-hal melibatkan ahli-ahlinya. Sifat double standard DAP itu boleh dibuktikan dengan tindakan DAP yang meminggirkan pemimpin-pemimpin dalam parti itu sendiri.

Contohnya sudah ada seperti apa yang terjadi pada Dr. Tan Seng Giaw, Zaid Ibrahim, Teh Yee Cheu, dan ramainya lagi yang telah diketepikan dalam DAP hanya kerana mereka bersikap vokal terhadap parti dan juga atas sebab wujudnya sifat pilih kasih dalam DAP.

Lebih menarik lagi, reaksi yang ditunjukkan oleh Zaid Ibrahim selepas dikatakan tidak men­dapat ruang bertanding dalam pilihan raya menceritakan segalanya mengenai sifat sebenar parti tersebut. Zaid Ibrahim menyifatkan DAP yang dianggotainya sebagai ‘parti Cina’.

Zaid Ibrahim juga membidas sikap pemimpin parti berteraskan Melayu dalam gabungan pembangkang PKR kerana masih membisu dan ‘malu’ memperkatakan tentang calon jawatan menteri jika berjaya menubuhkan kerajaan kelak.

Pendek kata, sifat double standard DAP akan memberi impak kepada politik pemimpin dalam Pakatan Harapan andai kata mereka berkuasa. DAP boleh menjejaskan peluang pemimpin-pemimpin politik Melayu dalam PH dan mengawal mereka sebagaimana yang mereka lakukan terhadap pemimpin Melayu yang vokal terhadap parti mereka. Ini kerana wajah sebenar DAP sudah terbukti bersifat double standard!

Thursday, 19 April 2018

PENDIDIKAN PERCUMA CUMA UNTUK PANCING UNDI, JANJI PAKATAN PEMBANGKANG SEMASA PRU13 PUN TAK TERLAKSANA TAPI MASIH ADA HATI MAHU BAGI JANJI MANIS!


Pembangkang sebelum ini berjanji kononnya pendidikan akan diberi percuma dalam pelbagai aspek termasuk memberi pendidikan tinggi percuma dengan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagaimana dilaksanakan di beberapa negara maju lain. 

Sebenarnya tindakan pembangkang itu hanya akan menyebabkan rakyat perlu membuat bayaran lain termasuk mengenakan cukai kepada mereka dengan kadar yang tinggi. 

Contohnya di Denmark, walaupun banyak bagi percuma kepada rakyat tetapi pada masa sama rakyat perlu bayar cukai pendapatan yang tinggi sebanyak 55.80 peratus dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 25 peratus. 

Di Sweden pula (61.85 peratus, GST 25 peratus), begitu juga di negara-negara lain seperti Norway (38.52 peratus, GST 25 peratus) dan Finland (51.60 peratus, GST 24 peratus). 

Kenyataan pihak yang mahu menghapuskan pinjaman PTPTN dilihat semata-mata mahu memancing undi sedangkan hakikatnya tidak ada yang percuma kerana wang tersebut daripada cukai dan GST. Kerajaan Pakatan Harapan sendiri juga gagal melaksanakan dan menunaikan janji mereka untuk memberi pendidikan percuma ketika PRU-13 yang lalu. 

Hakikat rakyat sebenarnya tidak tahu bahawa pendidikan tinggi di negara ini hampir percuma kerana kerajaan telah membiayai kira-kira 90 peratus daripada kos sebenar pembelajaran mereka yang memasuki IPTA dan selebihnya baru ditanggung sendiri termasuk menerusi PTPTN. 

Malah Kerajaan sedia ada juga menawarkan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam yang memperolehi ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama yang mana secara tidak langsung akan mendorong pelajar IPTA/IPTS untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian mereka.

GUAN ENG SUDAH MULA TUNJUK BELANG SETELAH BELIAU UMUMKAN UNTUK MELANTIK NGA KOR MING SEBAGAI MENTERI





Baru-baru ini Lim Guang Eng iaitu setiausaha Agung DAP telah mengumumkan bahawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan bertanding di Parlimen Teluk Intan. Semasa pengumuman itu dilakukan juga Guan Eng telah mengumumkan Nga Kor Ming akan diberikan jawatan sebagai Menteri sekiranya beliau menang.

Jelas situasi ini telah menjadi satu kesalahan dari DAP yang kini berada dibawah satu panji Pakatan Harapan (PH) apabila terlebih awal membuat pengumuman sedemikian. Mereka sedia maklum bahawa Tun Mahathir telah dilantik sebagai calon Perdana Menteri tapi mengapa mereka dengan bersahaja boleh bertindak sedemikian.

Mereka seolah-olah telah membelakangi parti-parti yang lain di dalam membuat keputusan. DAP tidak langsung menghormati kepada ahli-ahli PH.

Justeru, siapa sebenarnya berkuasa dalam gabungan tersebut kalau bukan DAP biarpun parti itu cuba digambarkan tidak berkuku kerana hanya bertanding kira-kira 50 kerusi Parlimen selain melepaskan Timbalan Perdana Menteri kepada PKR.

Dalam Perlembagaan Malaysia juga jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong sahaja yang berhak untuk melantik menteri-menteri, atas nasihat Perdana Menteri. Guan Eng telah membelakangi status quo Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong melantik barisan kabinetnya.

Semua sedia maklum, memang bukan Guan Eng atau Kit Siang jadi Perdana Menteri, malah no. 2 pun bukan, tetapi dengan apa yang berlaku di Teluk Intan, tahulah siapa yang telah dicucuk hidung. Ini belum lagi menang pilihanraya nanti sudah pun mula tunjuk belang mereka.

Benarlah seperti yang diperkatakan sebelum ini bahawa satu undi kepada PH umpama satu undi buat DAP. Mari sama-sama kita kekalkan keharmonian di dalam Negara ini untuk terus menyokong Kerajaan Barisan Nasional supaya terus memacu Negara Malaysia menjadi antara Negara yang baik serta maju di dalam dunia.

PEMIMPIN DAP LOMPAT KAWASAN DEMI SURVIVAL POLITIK, RAKYAT PULA DIBIARKAN TERKONTANG KANTING!


Tradisi turun-temurun lompat kawasan telah dipelopori oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan ia terpaksa dilakukan kerana risau kecundang sekiranya bertanding di kawasan yang sama akibat tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. 

Perkara ini telah menjadi ikutan dan trend di dalam DAP di mana pemimpin-pemimpin DAP juga mengambil tindakan yang sama untuk mengikut rentak mahaguru mereka Lim Kit Siang. 

Tindakan DAP meletakkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai calon mewakili gabungan pembangkang PKR di Parlimen Teluk Intan membuktikan parti itu mengamalkan dasar ‘kelentong dan lari’. 

Bukan sahaja Kor Ming meninggalkan Taiping setelah hanya dua penggal menang di kerusi itu, bahkan DAP sendiri mencalonkan 10 individu berbeza di Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum Ketujuh (PRU-7) pada 1986 dan sehingga yang akan datang termasuk dua pilihan raya kecil. 

Tindakan ini jelas menunjukkan DAP selayaknya digelar sebagai sebuah parti ‘kelentong dan lari’ berdasarkan sejarah mereka yang konsisten mengamalkan dasar lompat kawasan. 

Pendek kata parti DAP dapat dirumuskan melalui satu formula iaitu ianya adalah sebuah parti yang hanya bijak membuat tindakan ‘kelentong dan lari’ . Jesteru itu calon-calon DAP jelas tidak serius untuk berkhidmat di kawasan yang ditandingi mereka dan mereka tidak akan kekal pada satu tempat untuk tempoh yang lama. 

Budaya mereka bertanding adalah secara nomad iaitu berpindah-randah kerana berasa risau takut kalah kerana tidak berbakti dengan baik di kawasan yang dimenanginya dahulu.

Tuesday, 17 April 2018

NGA KOR MING BAKAL UJI LOGO BARU UNTUK MEREBUT KERUSI PARLIMEN TELUK INTAN BERSAMA MAH SIEW KEONG






Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong di kerusi Parlimen Teluk Intan. 

Nga Kor Ming telah diumumkan sebagai calon DAP yang akan bertanding di Telok Intan. Kali ini DAP tidak akan menggunakan logo roket sebaliknya akan menggunakan logo keadilan semasa PRU-14 nanti. Ia sekaligus telah menjadikan sejarah buat parti DAP untuk bertanding tanpa menggunakan logo sendiri. 

Beliau sebelum ini adalah Ahli Parlimen Taiping akan berpindah dan menguji logo barunya di Parlimen Teluk Intan. 

Pengumuman tersebut telah diumumkan sendiri oleh Lim Guan Eng iaitu setiausaha Agung DAP di dalam Ceramah Pakatan Harapan (PH) di Teluk Intan. 

Mah bertanding di Teluk Intan sejak 4 penggal lalu. Beliau mengalahkan calon DAP, Raj Nallaiya dengan majoriti 2,783 undi pada 1999 serta menewaskan calon DAP dan PKR dengan kelebihan 10,041 undi pada 2004. 

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon DAP, M Manogaran dengan majoriti 1,470 undi pada 2008 dan Seah Leong Peng juga daripada DAP dengan kelebihan 7,313 undi pada 2013. 

Susulan kematian Seah pada 1 Mei 2014, Mah berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil tahun itu selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti tipis 238 undi. 

Namun apa yang membezakan dahulu dan sekarang adalah dimana keputusan DAP untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir yang mana pada satu ketika dahulu adalah individu yang paling dibenci oleh DAP. Hal ini pastinya akan member kesan yang buruk kepada DAP. 

Demi kestabilan ekonomi dan juga kebajikan rakyat, kita seharusnya terus menyokong perjuangan daripada Barisan Nasional (BN) untuk terus memajukan Negara. Kita tolak PKR kita sokong BN! 





DAP AKUI GUNA DR MAHATHIR UNTUK MEREALISASIKAN AGENDA POLITIK MEREKA


DAP mengakui menggunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14) semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional setelah gagal berbuat demikian pada 2008 dan 2013. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyatakan bahawa peranan Dr. Mahathir diperlukan untuk me­ngukuhkan gabungan pembangkang PKR yang turut disertai PAN. 

DAP terpaksa membuat keputusan sukar dengan memilih satu logo dan bekerjasama dengan Dr. Mahathir dalam PRU14 semata-mata mahu agenda mereka untuk menguasai negara ini tercapai. Sudah 52 tahun DAP menggunakan logo mereka tapi kini ianya hilang sekelip mata semata-mata mahu memenangi PRU-14 melalui strategi menggunakan Dr. Mahathir. 

Jesteru itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi matlamat tersirat DAP itu. Mereka kini menggunakan pemimpin Melayu untuk melawan orang Melayu kerana mereka tahu DAP sudah menguasai orang Cina. 

DAP juga terpaksa merendah diri mereka dan memilih seorang calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang mana Dr. Mahathir dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi pilihan mereka kerana DAP tahu kekuatan mereka berguna untuk DAP untuk melawan Barisan Nasional. 

DAP adalah sebuah parti yang opportunis, mereka sanggup menggadai maruah simbol parti mereka dan sanggup bekerjasama dengan musuh nombor satu mereka menunjukkan betapa terdesaknya mereka mahukan agenda DAP direalisasikan segera. Kali ini dengan adanya elemen Dr Mahathir dalam DAP mereka akan mempergunakan beliau untuk memenuhi agenda tersirat mereka itu.

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...