Tuesday, 8 May 2018

TERDEDAH SUDAH! DAP MAHU JAWATAN MENTERI BESAR PERAK MELALUI CALON MELAYU






Pada PRU 14 kali ini, parti DAP telah mendapat agihan kerusi DUN paling banyak berbanding parti lain dalam Pakatan HARAPAN (PH) di negeri Perak iaitu sebanyak 18 kerusi berbanding PKR 16, PPBM 12 dan PAN 12. DAP juga yakin untuk memenangi kesemua kerusi DUN bertanding dan bakal menjadi parti dominan jika berjaya menawan negeri Perak dari Barisan Nasional (BN).

Perancangan DAP ini dilihat seperti mahu mengejar jawatan MB Perak yang menjadi idaman mereka sejak dahulu lagi. Sebelum ini pada PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya menawan Perak dan DAP mahu meletakkan calon mereka untuk jawatan MB tetapi Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menghalang mereka kerana calon MB mesti dari kaum Melayu-Bumiputera.

Walaupun mereka menguasai kerusi DUN Perak ketika itu, mereka terpaksa melantik calon dari parti PAS untuk menjadi MB. Selepas Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik mereka juga meletakkan orang mereka iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham untuk menjadi penasihat kepada Nizar supaya pengaruh dan agenda mereka dapat dilaksanakan di Perak.

Baru-baru ini salah seorang dari pasukan publisiti DAP pusat, Amran Ahmad mendedahkan tentang rancangan DAP yang mahu meletakkan calon melayu bertanding kerusi DUN Perak dan melantik calon tersebut menjadi MB Perak yang baru. Calon yang dimaksudkan itu adalah calon DUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari. Aziz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan hak Raja-Raja Melayu menamakan MB yang jelas telah melanggar perlembagaan.

Menurut Amran, Aziz Bari mungkin akan diperalatkan oleh DAP dan berada di bawah Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Jika terjadi agenda mereka untuk melaksanakan dasar DAP di Perak akan jadi lebih mudah kerana kali ini MB Perak merupakan wakil dari parti DAP dan bukan dari parti Melayu yang lain seperti AMANAH dan PPBM.

Walaubagaimana pun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menafikan perkara tersebut dan berkata DAP tidak menuntut kerusi MB Perak walaupun mereka mempunyai calon Melayu. Beliau juga berkata calon MB Perak boleh dilantik dari kalangan calon PH dan menolak pencalonan dari DAP. Tetapi pendedahan dari Amran jelas menolak kenyataan dari Lim Kit Siang kerana pendedahan email dari Aziz yang menulis mengenai Nizar bukan lagi calon yang ingin ditonjolkan dan DAP mahu calon mereka sendiri.

Selain itu, DAP mahu menguasai satu lagi negeri selepas menawan negeri Pulau Pinang dan tidak mustahil jika orang Melayu di Perak mungkin akan berkongsi nasib dengan orang Melayu di Pulau Pinang. Justeru, pengundi di Perak  harus berhati-hati untuk mengundi PH pada PRU nanti kerana jika PH menang, DAP akan menguasai kerajaan negeri dan melantik boneka Melayu DAP untuk menjadi MB Perak.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...