Tuesday, 8 May 2018

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TIDAK TERPENGARUH DENGAN AGENDA TERSIRAT DAP BAGI MERAIH SOKONGAN UNDI






Kurang 24 jam dari sekarang, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab besar mereka dengan memilih bakal pemimpin yang mereka inginkan bagi menerajui pemerintahan negara Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan pada 9 Mei 2018 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Esok bakal menjadi penentu bagi Barisan Nasional (BN) sama ada mereka akan kekal memerintah atau pemerintahan akan beralih kepada pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH).

Sehingga hari ini, dapat dilihat berberapa isu yang sengaja dibangkitkan oleh parti pembangkang gabungan PKR, AMANAH, BERSATU dan DAP. Antara isu yang kerap dimainkan adalah 1MDB, FELDA dan Tabung Haji. Bukan itu sahaja, ‘drama basi’ politik mereka tidak terkecuali. Mereka dengan sengaja menimbulkan berberapa provokasi di hari penamaan calon pada 28 April yang lalu. Antara yang mencuri tumpuan adalah kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Mohamad Hassan di DUN Rantau yang dikatakan dirancang oleh SPR dan Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut. Tidak berakhir di situ, dakwaan Tun Mahathir terhadap pesawatnya di sabotaj oleh ‘seseorang’ juga menjadi isu yang hangat pada hari tersebut. Walhal, itu adalah sebahagian dari propaganda yang dicipta oleh parti pembangkang bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pemimpin kerajaan sedia ada.

Justeru, menerusi amanat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengingatkan kepada rakyat Malaysia supaya berwaspada dengan agenda tersirat DAP yang jelas mempergunakan gabungan pembangkang PKR serta Pengerusinya, Tun Mahathir untuk menumbangkan UMNO dan BN. Menurut beliau, jika rakyat menyokong Pakatan Harapan bermakna mereka mengizinkan agenda tersirat DAP dijalankan yang sebenarnya tidak memihak kepada mereka sambil menyatakan agenda tersirat itu turut dinyatakan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ternyata, Pakatan Harapan mempunyai seribu satu muslihat dalam menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Agenda, propaganda serta fitnah yang melampau sering ditimbulkan oleh mereka dalam menanam rasa benci masyarakat kepada kerajaan. Sikap mereka tidak ubah seperti takut kepada bayang sendiri. Sentiasa merasa tergugat dengan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN sedangkan mereka langsung tidak memberikan apa-apa khidmat kepada masyarakat di tempat mereka.

Rakyat Malaysia, ini adalah peringatan terakhir kepada anda!!. Jangan sesekali terpedaya dengan agenda tersirat yang dibawa oleh DAP dalam usaha mereka untuk meraih undi. Tujuan mereka tiada lain hanyalah untuk melihat perpecahan kaum di Malaysia dan menimbulkan persengketaan di antara satu sama lain. Masih belum terlambat lagi bagi anda untuk berubah fikiran dan menyokong BN dan mengekalkan kerajaan sedia ada. Kerana parti di bawah pimpinan Perdana Menteri ini sentiasa mengekalkan keharmonian bagi semua kaum agar hidup dengan aman dan sentosa. Selain itu, parti BN juga adalah sebuah parti yang sentiasa membawa kemajuan kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...