Calon yang bertanding diatas tiket PKR pada kerusi Dewan Undangan
negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz berjanji akan meneruskan
perjuangan arwah bapanya bagi meneruskan agenda dalam perlaksanaan hukum hudud
dan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355)
sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum ke – 14 kali ini.
Menurut beliau, perlaksanaan tersebut bukanlah semata-mata
bersandarkan kepada hudud itu sendiri, tetapi ia lebih terarah kepada
tanggungjawab sebagai seorang muslim dan juga hamba Allah yang tanggungjawabnya
patuh kepada syariah dan perintah Allah. Beliau juga menambah, sebagai seorang
umat Islam, beliau wajib memperkasakan undang-undang Islam yang turut
diperjuangkan bapanya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990.
Pembentangan
Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)
telah dilaksanakan pada 2017 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dalam satu sidang Dewan Rakyat di Petaling Jaya. Namun pelaksanaan tersebut
tidak mendapat sambutan yang baik dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit
Siang. Beliau dengan lantangnya menempelak tentang pelaksanaan undang-undang hudud
yang dikatakan kurang sesuai bagi sebuah negara yang majmuk. Bahkan, beliau
meramal akan ada perpecahan di dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu jika hudud
dilaksanakan.
Persoalannya
di sini, sejak bila Penasihat DAP berpaling arah dengan menyokong RUU 355 dan
undang-undang hudud? Sedangkan sebelum ini beliaulah orang pertama yang
menentang perlaksanaan hukuman tersebut secara terang-terangan di Parlimen. Adakah
Nik Omar mengeluarkan kenyataan ini hanya sekadar untuk meraih undi supaya
parti Pakatan Harapan menang dan dapat mengambil alih pemerintahan negara dari
kerajaan Barisan Nasional (BN)? Ya, mungkin kenyataan ini dikeluarkan hanya
sekadar untuk meraih undi supaya parti pembangkang Pakatan Harapan dapat
memenangi sebahagian besar kerusi
Parlimen.
Rakyat
Malaysia, khususnya pengundi Melayu yang beragama Islam, anda boleh menilai sendiri apa yang cuba
direncanakan oleh DAP bagi memerintah negara. Mereka sanggup melakukan apa
sahaja termasuk mempergunakan orang Melayu, orang Islam bagi menarik sokongan serta
undi majoriti masyarakat Melayu. Mereka memperjudikan orang yang arif
pengetahuan agamanya hanya untuk memerintah negara.
Jika
begini, masih tidak terlambat untuk kita menyokong perjuangan kepimpinan BN.
Kerana parti ini sentiasa memartabatkan kaum melayu dan bumiputera. Bukan itu
sahaja, barisan tertinggi kepimpinan ini juga sanggup bergadai nyawa demi
memelihara agama rasmi Malaysia, agama Islam. Jadi, marilah kita bersama-sama
menyokong pimpinan parti di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun
Razak supaya Bangsa Melayu tidak hilang hak keistimewaannya serta agama Islam
akan terus terpelihara.
No comments:
Post a Comment