Wednesday, 19 July 2017

SIAPA LEBIH BERKUASA UNTUK MEMUTUSKAN SIAPA PM DALAM PAKATAN? KETUA UMUM,PENGERUSI ATAU PRESIDEN!

Kepimpinan baharu Pakatan Harapan didakwa masih meninggalkan persoalan penting iaitu siapakah akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang itu mampu memerintah negara.

Pembentukan dan keputusan terburu-buru struktur kepimpinan Pakatan Harapan ini dilihat sebagai satu usaha untuk memberikan pemimpin-pemimpin utama mereka memegang jawatan penting dalam Pakatan Harapan.

Pengisian jawatan ini juga dilihat sebagai satu tindakan yang bertujuan untuk memberi gambaran bahawa komponen parti Pakatan Harapan adalah sepakat tetapi sebenarnya mereka tidak sepakat langsung. Keputusan ini hanya dibuat untuk memuaskan hati mereka dan untuk melengkapkan parti ini saja.

Apa yang dilihat, keputusan ini diambil segera kerana Pakatan Harapan perlu mempunyai struktur pimpinan yang jelas dalam pakatan pembangkang. Walaupun keputusan sudah dibuat, ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan yang dibuat baru-baru ini kerana ianya berat sebelah.

Persoalannya di sini, bagaimana sekiranya Pakatan Harapan mampu mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Apabila ia berlaku, sudah tentu ia akan mencetuskan isu merebut jawatan perdana menteri kelak kerana terlalu ramai pucuk pimpinan dalam Pakatan Harapan.

3 NAHKODA

Maklum balas yang diperoleh dari China Press daripada seorang rakyat mengambarkan segalanya. "Apa yang dapat kita lihat ialah tiga tokoh utama mereka diberikan jawatan tertinggi dan nama jawatan yang berlainan. Tidak dipastikan antara ketiga-tiga jawatan ini, iaitu ketua umum, pengerusi dan presiden, siapakah yang lebih besar?" 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...