MENGAPA PEMIMPIN DAP PERLU RISAU SARANAN ROS BUAT PEMILIHAN SEMULA CEC DAP?
Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan
Eng, dilihat mengambil pendirian berdolak-dalik apabila diarahkan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula CEC. Dalam perkara ini, pemimpin DAP tidak wajar
berasa takut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)
parti itu jika mereka percaya berada di landasan benar. Melainkan mereka risau
kedudukan mereka tergugat jika pemilihan baru ini dilakukan.
Ironinya kenapa pemimpin DAP perlu takut? Sekiranya mereka
benar-benar ambil kira pandangan ahli mereka, mereka tidak perlu takut untuk
panggil semula perwakilan terdahulu untuk memilih CEC yang baru. Jika DAP tidak
berani melaksanakan pemilihan ini jelas sekali mereka mempunyai agenda sempit
dan peribadi, termasuk menindas ahli parti mereka sendiri.
DAP TIDAK BERANI BUAT PEMILIHAN SEMULA CEC |
Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta
DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas mendapati pelantikan 20 anggota CEC
dan pemegang jawatan utama parti itu menerusi pemilihan semula pada 29
September 2013, tidak sah. DAP kini mencari pelbagai alasan untuk mengelak
daripada melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh ROS dan cuba menyalahkan
Kerajaan di atas tindakan ini.
Sebelum ini juga telah berlaku pemilihan dalam DAP, tetapi
pemilihan pertama masih tidak sah dan kemudiannya pemilihan dibuat kali kedua
tetapi masih tidak sah kerana aduan demi aduan datang daripada ahli DAP
sendiri. Jesteru itu, apabila mendapat aduan seperti ini maka pemilihan baru perlu diadakan untuk
mengesahkan pemilihan tersebut mengikut saluran pemilihan yang betul.
No comments:
Post a Comment