Friday, 14 July 2017

DINASTI LIM BIMBANG KEDUDUKAN TERGUGAT JIKA PEMILIHAN SEMULA CEC DIBUAT

DAP disifatkan sebagai sebuah parti yang berlagak dan degil kerana tidak mahu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) walaupun diarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dikhabarkan bimbang kedudukannya terjejas, menjadi punca parti itu enggan melakukan pemilihan semula CEC.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa, Kit Siang dikatakan bimbang sekiranya pemilihan dilakukan, beliau akan kehilangan kedudukannya kepada Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang lebih berpengaruh dalam parti.

Ini kerana Dr Tan Seng Giaw lebih popular dalam DAP. Sebab itu, mereka sengaja melengah-lengah dan tidak mahu buat pemilihan semula.

Kedudukan Dinasti Lim Tergugat Jika Buat Pemilihan Semula CEC

Jika tiada apa yang hendak disembunyikan, mengapa DAP enggan menurut arahan ROS. Bila sudah berada di bawah ROS, kita terpaksa ikut arahan mereka. Jika tidak buat, banyak implikasinya.

Antaranya CEC yang ada sekarang ini tidak akan diiktiraf oleh ROS. Bila tidak diiktiraf, maknanya ia tidak berfungsi. Apabila tidak berfungsi, mereka tiada kuasa untuk buat apa-apa termasuk meletakkan calon pada PRU14.

DAP menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng bertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu kerana parti itu telah pun berbuat demikian pada 29 September 2013. 

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Dinasti Lim mahu melengah-lengahkan urusan pemilihan CEC yang disarankan CEC.


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...