KONSPIRASI
POLITIK DAP SELANGOR UNTUK JATUHKAN TONY PUA IBARAT KAWAN MAKAN KAWAN
Dalam diam,
DAP Selangor kini berdepan krisis dalaman yang akan memperlihatkan persaingan dan
konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin tertinggi DAPnya di Selangor. Malah terdapat
ura-ura yang mengatakan bahawa ada kumpulan dalam DAP ini berkeras mahu
menggulingkan dan menjatuhkan Tony Pua, Pengerusi DAP Selangor.
KONSPIRASI DAP SELANGOR |
Tujuan
mereka mahu menggulingkan pemimpin nombor satu DAP di Selangor itu adalah
kerana Tony Pua tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan gagal menjalankan
tanggungjawabnya sebagai pengerusi DAP di Selangor. Jesteru itu, kumpulan DAP
yang diketuai oleh individu yang berpengaruh dalam DAP ini mahu Tony Pua
ditukarkan dan digulingkan pada pilihan raya umum akan datang. Di samping itu
juga, Tony Pua juga tidak disukai khususnya di kalangan orang lama dalam DAP.
Hakikatnya,
karier politik Tony Pua kini dihujung tanduk dan berada dalam ancaman dari
kalangan partinya sendiri. Mereka tekad mahu mengambil alih tugas Tony Pua yang
gagal mengetuai DAP Selangor. Tidak mustahil Tony Pua dan DAP Selangor bakal
berdepan krisis dalaman yang akan menjejaskan prestasi dan reputasinya sebagai
Pengerusi DAP Selangor kerana kini Tony Pua sendiri berdepan dengan musuh dalam
selimut dalam DAP parti yang penuh dengan muslihat.
No comments:
Post a Comment