MAHATHIR 'U' TURN ISU
PENCALONAN PM PAKATAN HARAPAN
Tindakan Mahathir menyokong pembangkang melantik Datuk Seri
Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU14) merupakan strategi bagi mengelak tuduhan terhadap kegagalannya
dalam urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) dialami Bank Negara
Malaysia sekitar 1990.
Perkara itu ditekankan kerana Anwar merupakan salah seorang saksi utama yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan skandal berkenaan. Dr Mahathir mungkin rasa Anwar akan memberi pengakuan yang boleh memberi implikasi negatif terhadapnya maka dengan cepat-cepat Dr Mahahthir mencari peluang dan ruang baru untuk menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

DR MAHATHIR BUAT PUSINGAN 'U' |
Ironinya, Dr Mahathir tidak pula malu atau aib ibarat menjilat ludahnya sendiri apabila dia juga adalah orang yang pernah ‘menyekat’ perjalanan arus politik Anwar pada 1998 lalu. Dr Mahathir yang sebelum ini memecat Anwar dan menuduh bekas timbalannya itu sebagai tidak bermoral, korup dan salah guna kuasa, akhirnya terdesak bersedia menyokong Anwar untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib Tun Razak.
Beberapa bulan lalu, ketika Konvensyen Tahunan PKR, Mahathir masih segan silu untuk menyokong Anwar sebagai bakal ketua pembangkang dalam percaturan agenda politik peribadi beliau menjatuhkan perdana menteri sekarang. Dr Mahathir kini individu yang kerap membuat pusingan 'U'.
No comments:
Post a Comment