Friday, 7 July 2017

LIM KIT SIANG MAHU BERSARA DARIPADA POLITIK HANYA SATU DRAMA DAP

DIKTATOR DAP

Lim Kit Siang telah bersama dengan parti DAP dari tahun 1966 hingga kini iaitu dia telah menceburi karier politik DAP lebih 50 tahun. Lim Kit Siang mahu bersara? Betul atau tidak. Ketua Parlimen DAP itu hanya berdrama apabila berulang kali mengatakan mahu bersara daripada politik dan sanggup mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan parti itu setiap kali gagal mengekalkan kuasanya sebagai pemimpin dalam parti itu. Sebenarnya ramai orang sudah tidak percaya dengan lakonan Kit Siang kerana sudah banyak kali mendengarnya sebelum ini.

Tawaran Kit Siang mahu bersara sebenarnya hanyalah satu cubaan terdesak bagi meraih simpati orang ramai. Secara umumnya Diktator tidak bersara, sebaliknya mereka menyebabkan orang lain yang bersara dan bukannya diri mereka. Mereka hanya menawarkan diri untuk bersara ketika perlu mengalih perhatian daripada kegagalan mereka sendiri.

Lihat sahaja semasa pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir dahulu, beliau memegang jawatan tersebut untuk tempoh yang lama iaitu selama 22 tahun. Macam-macam dilakukan Dr Mahathir untuk memperkayakan keluarganya dan kroninya sepanjang dia memegang jawatan tersebut.

Perkara sama juga dilakukan Lim Kit Siang dengan menggunakan anaknya bagi memperluaskan kuasa secara halus. Kini Lim Kit Siang adalah salah satu ikon DAP paling lama dalam DAP yang masih tidak mahu menyerahkan kuasa kepada orang lain melainkan anaknya. Ini lah dikatakan pemerintahan diktaktor dinasti Lim.

Apa yang pasti, jelas sekali Kit Siang tiada keinginan mahu menyerahkan pucuk kepemimpinan parti kepada Naib Pengerusinya, Tan Seng Giaw. Sudah sampai masanya untuk Kit Siang bersara daripada kediktatorannya yang sudah menjangkau separuh abad.

Rakyat Malaysia juga perlu tahu bencana yang akan dihadapi negara sekiranya pakatan pembangkang diterajui DAP berjaya mendapat kuasa untuk memerintah negara. Pakatan pembangkang sebenarnya diterajui oleh seorang lelaki yang gilakan kuasa dan mendahulukan dinastinya lebih daripada demokrasi dan kebajikan rakyat.

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...