Wednesday, 5 July 2017

KAK MIDAH VS ADIK SYED SADDIQ


Pertelingkahan Kakak Midah dengan Adik Syed Saddiq

Pada 28 Mei lalu Syed Saddiq Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menuduh Kak Midah (Hamidah Osman) sebagai 'dalang' dan punca kepada tindakan beramai-ramai ahli PPBM Perak keluar parti ekoran tidak berpuas hati dengan pelantikan Pengerusi PPBM Perak.

Kak Midah dan adiknya, Hamizura Osman telah dituduh mendalangi episod tersebut, kononnya tidak berpuas hati Kak Midah tidak dilantik ke jawatan Pengerusi PPBM Perak sebaliknya orang lain yang diangkat sebagai Pengerusi. Difahamkan Pengerusi PPBM Perak yang dilantik adalah orang kuat kepada Mukhriz Mahathir.

Syed Saddiq turut mengkritik dan menuduh Kak Midah sebagai seorang yang hipokrit kerana tidak bersetuju dengan keputusan Muhyiddin Yassin mengikut kehendak Mukhriz yang melantik orang lain sebagai Pengerusi PPBM Perak, dan bukan dirinya.

Media  turut melaporkan sekurang-kurangnya 1,000 orang ahli PPBM Perak hilang kepercayaan kepada parti dan telah keluar parti menjadikan PPBM Perak yang diketuai oleh salah seorang bekas pegawai khas Mukhriz di Kedah yang lebih dikenali sebagai Peja, lumpuh.

Kini nasib Naib Presiden PPBM yang dianiayai oleh partinya sendiri, Kak Midah dilihat sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi dengan karenah dan tingkah laku Syed Saddiq. Baginya Syed Saddiq  adalah merupakan seorang Ketua Armada PPBM yang angkuh dan hanya pandai berlagak pandai.

Kak Midah dan Hamizura bagaimanapun, belum membuat keputusan untuk keluar dari parti tetapi perkara ini diambil kesempatan oleh Syed Saddiq yang sedang naik minyak untuk mendesak agar Kak Midah dan adiknya, dikeluarkan dari PPBM.

Krisis dalaman PPBM ini jelas menampakkan persengketaan serius di antara mereka sehinggakan Hamizura melabelkan golongan yang beria-ia mahu tunjuk kuasa itu sebagai 'parasit' dalam PPBM.

Sebagai tindak balas kepada tindak tanduk Syed Saddiq, Kak Midah akan menulis surat rasmi kepada Lembaga Disiplin PPBM secepat mungkin agar Syed Saddiq dikenakan tindakan disiplin. Menurut Kak Midah, Syed Saddiq tidak boleh dibiarkan berterusan membuat tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas tanpa menghadirkan bukti serta berharap Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan ke atasnya.

Secara rumusannya, PPBM kini berhadapan dengan krisis dalaman yang meruncing. Dari pucuk pimpinan atas hinggalah ke ahli-ahli parti mereka  saling menyerang sesama sendiri di khalayak awam. Krisis sesama mereka sendiri pasti akan menyebabkan parti ini musnah dan tidak kekal lama. 

No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...