Friday, 7 July 2017

AHLI PARLIMEN PKR WONG CHEN TIDAK PUAS HATI DANA KEBAJIKAN KAWASANNYA DIBEKUKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Dana Kebajikan Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya dibekukan

Seperti ada yang tidak kena dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang secara mengejut menjalankan audit ke atas pejabat Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen.

Adakah dana kebajikan Wong Chen ada kemungkinan disalahguna hingga menyebabkan tindakan audit ini dibuat secara mengejut? Atau adakah dana Wong Chen telah disalurkan ke badan lain dan tidak disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Hanya Azmin Ali dan Jabatan Perbendaharaan sahaja yang tahu jawapannya.

Semalam Wong mendedahkan laporan audit pejabatnya bersama-sama dokumen sokongan kepada umum selepas perbelanjaan komuniti kawasannya dibekukan oleh kerajaan Selangor. Kata Wong, pihaknya menulis surat kepada kerajaan negeri untuk mendedahkan laporan itu sekali lagi sekiranya tidak mendapat jawapan berkenaan pembekuan akaun tersebut menjelang 30 Jun yang lalu.

Wong kemudian memuat naik beberapa siri catatan mengenai isu itu termasuk senarai soalan-soalan lazim (FAQ), garis masa audit, pembekuan perbelanjaan komuniti serta pautan kepada imbasan salinan laporan audit dan surat antara pejabatnya dengan kerajaan negeri.

Anggota PKR itu turut menulis di Facebook pada 23 Mei lalu bahawa audit ke atas pejabatnya oleh Perbendaharaan Selangor dilakukan secara tidak wajar kerana beliau tidak dihubungi sepanjang proses berkenaan.

Bagi Azmin Ali pula kerajaan negeri tidak mengganggu proses audit berkenaan dan pada masa sama mahu semua pihak menghormatinya. Dalam hal ini, jika jabatan audit hendak mengaudit sesiapa pun, proses itu harus dipatuhi tanpa gangguan eksekutif dan unsur politik. Azmin Ali turut menegur Anggota Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, supaya bersikap terbuka walaupun pejabatnya diaudit oleh pihak berkuasa negeri. Jelas sekali tindakan audit ini telah menyebabkan Wong Chen berasa tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan yang pasti ada sesuatu yang tidak kena di sini.


No comments:

Post a Comment

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...