Kepimpinan baharu Pakatan Harapan didakwa masih meninggalkan
persoalan penting iaitu siapakah akan dilantik sebagai perdana menteri
sekiranya pakatan pembangkang itu mampu memerintah negara.
Pembentukan
dan keputusan terburu-buru struktur kepimpinan Pakatan Harapan ini dilihat sebagai
satu usaha untuk memberikan pemimpin-pemimpin utama mereka memegang jawatan penting
dalam Pakatan Harapan.
Pengisian jawatan ini juga dilihat sebagai satu tindakan yang
bertujuan untuk memberi gambaran bahawa komponen parti Pakatan Harapan adalah
sepakat tetapi sebenarnya mereka tidak sepakat langsung. Keputusan ini hanya
dibuat untuk memuaskan hati mereka dan untuk melengkapkan parti ini saja.
Apa yang dilihat, keputusan ini diambil segera kerana Pakatan
Harapan perlu mempunyai struktur pimpinan yang jelas dalam pakatan pembangkang.
Walaupun keputusan sudah dibuat, ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan yang
dibuat baru-baru ini kerana ianya berat sebelah.
Persoalannya di sini, bagaimana sekiranya Pakatan Harapan mampu
mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Apabila ia berlaku, sudah tentu ia
akan mencetuskan isu merebut jawatan perdana menteri kelak kerana terlalu ramai
pucuk pimpinan dalam Pakatan Harapan.
3 NAHKODA |
Maklum balas yang diperoleh dari China Press daripada seorang
rakyat mengambarkan segalanya. "Apa yang dapat kita lihat ialah tiga tokoh
utama mereka diberikan jawatan tertinggi dan nama jawatan yang berlainan. Tidak
dipastikan antara ketiga-tiga jawatan ini, iaitu ketua umum, pengerusi dan
presiden, siapakah yang lebih besar?"