Wednesday, 9 May 2018

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....


Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga tahi ayam, pahtu balik ke KL, 5 tahun pahtu tu pulok baru nampak muko.

Maka kami yang menetap di Kelantan terpaksa kena hadap segala susah payah, penat jerih, sedangkan demo di KL menikmati segala kemudahan yang tersedia. Bah kuning 2014, demo hanya kelih tv,  kami ni yang merana. Kami minum air paip karat milo, demo minum starbuck, lepak pavi.

Ramai anak-anak degree kerja gaji 800 kalau spm, demo di KL gaji 4 5 ribu. Lagi ramai yg takdak kerja jadi rosak punah sebab makan dadah. Tu belum kira anak tino rosak buang bayi luar nikah. Nauzubillah.

Tapi kerajaan yang ada tetap hebat dengan slogan-slogan yang banyak manfaat dan menutup cela kegagalan.

Kami waktu weekend nak riadah dengan anak-anak pon tiada tempat nk tuju, ape tah lagi nak jumpa jogging track atau kompleks sukan. Demo di KL semua ada. Infrastruktur moden yang lengkap dan selesa agar demo boleh menikmati dengan riang bersama family. Bertuahnya demo. Duduk di KL semua serba ada. Tak macam kami di Kelantan ni.

Janganlah terlalu ghairah dengan slogan semata-mata tapi isinya kosong. Atau ghairah dengan janji bulan dan bintang tapi sudahnya tak dapat buat. Apa pun tuan - tuan semua bijak pandai, kalau nak kerja dan nak duduk di Kelantan maka buatlah perubahan. Keputusan di tangan demo. Fikir dulu sebelum bertindak. Pilihlah pemimpin yang boleh bawak kita kearah kemajuan dan bukan mengheret kita kearah kemunduran.

#pilihygbolehtolong
#bukancakapkosong

Tuesday, 8 May 2018

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TIDAK TERPENGARUH DENGAN AGENDA TERSIRAT DAP BAGI MERAIH SOKONGAN UNDI






Kurang 24 jam dari sekarang, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab besar mereka dengan memilih bakal pemimpin yang mereka inginkan bagi menerajui pemerintahan negara Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan pada 9 Mei 2018 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Esok bakal menjadi penentu bagi Barisan Nasional (BN) sama ada mereka akan kekal memerintah atau pemerintahan akan beralih kepada pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH).

Sehingga hari ini, dapat dilihat berberapa isu yang sengaja dibangkitkan oleh parti pembangkang gabungan PKR, AMANAH, BERSATU dan DAP. Antara isu yang kerap dimainkan adalah 1MDB, FELDA dan Tabung Haji. Bukan itu sahaja, ‘drama basi’ politik mereka tidak terkecuali. Mereka dengan sengaja menimbulkan berberapa provokasi di hari penamaan calon pada 28 April yang lalu. Antara yang mencuri tumpuan adalah kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Mohamad Hassan di DUN Rantau yang dikatakan dirancang oleh SPR dan Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut. Tidak berakhir di situ, dakwaan Tun Mahathir terhadap pesawatnya di sabotaj oleh ‘seseorang’ juga menjadi isu yang hangat pada hari tersebut. Walhal, itu adalah sebahagian dari propaganda yang dicipta oleh parti pembangkang bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pemimpin kerajaan sedia ada.

Justeru, menerusi amanat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengingatkan kepada rakyat Malaysia supaya berwaspada dengan agenda tersirat DAP yang jelas mempergunakan gabungan pembangkang PKR serta Pengerusinya, Tun Mahathir untuk menumbangkan UMNO dan BN. Menurut beliau, jika rakyat menyokong Pakatan Harapan bermakna mereka mengizinkan agenda tersirat DAP dijalankan yang sebenarnya tidak memihak kepada mereka sambil menyatakan agenda tersirat itu turut dinyatakan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ternyata, Pakatan Harapan mempunyai seribu satu muslihat dalam menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Agenda, propaganda serta fitnah yang melampau sering ditimbulkan oleh mereka dalam menanam rasa benci masyarakat kepada kerajaan. Sikap mereka tidak ubah seperti takut kepada bayang sendiri. Sentiasa merasa tergugat dengan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN sedangkan mereka langsung tidak memberikan apa-apa khidmat kepada masyarakat di tempat mereka.

Rakyat Malaysia, ini adalah peringatan terakhir kepada anda!!. Jangan sesekali terpedaya dengan agenda tersirat yang dibawa oleh DAP dalam usaha mereka untuk meraih undi. Tujuan mereka tiada lain hanyalah untuk melihat perpecahan kaum di Malaysia dan menimbulkan persengketaan di antara satu sama lain. Masih belum terlambat lagi bagi anda untuk berubah fikiran dan menyokong BN dan mengekalkan kerajaan sedia ada. Kerana parti di bawah pimpinan Perdana Menteri ini sentiasa mengekalkan keharmonian bagi semua kaum agar hidup dengan aman dan sentosa. Selain itu, parti BN juga adalah sebuah parti yang sentiasa membawa kemajuan kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

TERDEDAH SUDAH! DAP MAHU JAWATAN MENTERI BESAR PERAK MELALUI CALON MELAYU






Pada PRU 14 kali ini, parti DAP telah mendapat agihan kerusi DUN paling banyak berbanding parti lain dalam Pakatan HARAPAN (PH) di negeri Perak iaitu sebanyak 18 kerusi berbanding PKR 16, PPBM 12 dan PAN 12. DAP juga yakin untuk memenangi kesemua kerusi DUN bertanding dan bakal menjadi parti dominan jika berjaya menawan negeri Perak dari Barisan Nasional (BN).

Perancangan DAP ini dilihat seperti mahu mengejar jawatan MB Perak yang menjadi idaman mereka sejak dahulu lagi. Sebelum ini pada PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya menawan Perak dan DAP mahu meletakkan calon mereka untuk jawatan MB tetapi Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menghalang mereka kerana calon MB mesti dari kaum Melayu-Bumiputera.

Walaupun mereka menguasai kerusi DUN Perak ketika itu, mereka terpaksa melantik calon dari parti PAS untuk menjadi MB. Selepas Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik mereka juga meletakkan orang mereka iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham untuk menjadi penasihat kepada Nizar supaya pengaruh dan agenda mereka dapat dilaksanakan di Perak.

Baru-baru ini salah seorang dari pasukan publisiti DAP pusat, Amran Ahmad mendedahkan tentang rancangan DAP yang mahu meletakkan calon melayu bertanding kerusi DUN Perak dan melantik calon tersebut menjadi MB Perak yang baru. Calon yang dimaksudkan itu adalah calon DUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari. Aziz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan hak Raja-Raja Melayu menamakan MB yang jelas telah melanggar perlembagaan.

Menurut Amran, Aziz Bari mungkin akan diperalatkan oleh DAP dan berada di bawah Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Jika terjadi agenda mereka untuk melaksanakan dasar DAP di Perak akan jadi lebih mudah kerana kali ini MB Perak merupakan wakil dari parti DAP dan bukan dari parti Melayu yang lain seperti AMANAH dan PPBM.

Walaubagaimana pun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menafikan perkara tersebut dan berkata DAP tidak menuntut kerusi MB Perak walaupun mereka mempunyai calon Melayu. Beliau juga berkata calon MB Perak boleh dilantik dari kalangan calon PH dan menolak pencalonan dari DAP. Tetapi pendedahan dari Amran jelas menolak kenyataan dari Lim Kit Siang kerana pendedahan email dari Aziz yang menulis mengenai Nizar bukan lagi calon yang ingin ditonjolkan dan DAP mahu calon mereka sendiri.

Selain itu, DAP mahu menguasai satu lagi negeri selepas menawan negeri Pulau Pinang dan tidak mustahil jika orang Melayu di Perak mungkin akan berkongsi nasib dengan orang Melayu di Pulau Pinang. Justeru, pengundi di Perak  harus berhati-hati untuk mengundi PH pada PRU nanti kerana jika PH menang, DAP akan menguasai kerajaan negeri dan melantik boneka Melayu DAP untuk menjadi MB Perak.

STATEMENT FROM AMRAN AHMAD NOOR, ASSISTANT PUBLISHER OF UBAH TV




DAP controls all the decisions that have been made by Pakatan Harapan. I dare to say that the placement of Tun Dr. Mahathir Mohamad as a Prime Minister and Datuk Seri Wan Azizah as Deputy Prime Minister is just for ‘puppets’. My name is Amran Ahmad Noor, I joined the DAP in 2009. But my history with the DAP is very long because my father was a former of National Deputy Vice Chairman of DAP, Allahyarham Ahmad Noor, who is the first Malay Member of Parliament from the DAP.

The modus operandi is still the same. They will use short video clips and brochures that will be distribute through the online, Whatsapp, Facebook and others just for multiply more people’s hatred against the government and divert the vote to them.

It has been made in Malay, Chinese, Tamil and other more just to damaging the minds of Malaysian people. The Pakatan Harapan Publicity Chief is Tony Pua. He who designed all forms of the publicity, all forms of evil defamatory propaganda to obscure the people’s eyes that this is comes from the Pakatan Harapan comprising PKR, AMANAH dan BERSATU but only made by DAP.

I dare to say that Tony Pua is the mastermind behind all this. He is the one who drives all these efforts to slander and commit malicious propaganda against the existing government leaders. The content and the manner in which it is executed, is very nasty, defamatory and also winning the opposition party by showing opposition parties in a state of embarrassment, humiliation and insults on a regular basis consistent.

Thursday, 3 May 2018

NIK OMAR AKAN PERTAHAN HUDUD UNTUK MENYERTAI PAKATAN HARAPAN SEDANGKAN LIM KIT SIANG TIDAK PERNAH MENYOKONG RUU 355 DAN HUDUD







Calon yang bertanding diatas tiket PKR pada kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz berjanji akan meneruskan perjuangan arwah bapanya bagi meneruskan agenda dalam perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum ke – 14 kali ini.

Menurut beliau, perlaksanaan tersebut bukanlah semata-mata bersandarkan kepada hudud itu sendiri, tetapi ia lebih terarah kepada tanggungjawab sebagai seorang muslim dan juga hamba Allah yang tanggungjawabnya patuh kepada syariah dan perintah Allah. Beliau juga menambah, sebagai seorang umat Islam, beliau wajib memperkasakan undang-undang Islam yang turut diperjuangkan bapanya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990.

Pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) telah dilaksanakan pada 2017 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang Dewan Rakyat di Petaling Jaya. Namun pelaksanaan tersebut tidak mendapat sambutan yang baik dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Beliau dengan lantangnya menempelak tentang pelaksanaan undang-undang hudud yang dikatakan kurang sesuai bagi sebuah negara yang majmuk. Bahkan, beliau meramal akan ada perpecahan di dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu jika hudud dilaksanakan.

Persoalannya di sini, sejak bila Penasihat DAP berpaling arah dengan menyokong RUU 355 dan undang-undang hudud? Sedangkan sebelum ini beliaulah orang pertama yang menentang perlaksanaan hukuman tersebut secara terang-terangan di Parlimen. Adakah Nik Omar mengeluarkan kenyataan ini hanya sekadar untuk meraih undi supaya parti Pakatan Harapan menang dan dapat mengambil alih pemerintahan negara dari kerajaan Barisan Nasional (BN)? Ya, mungkin kenyataan ini dikeluarkan hanya sekadar untuk meraih undi supaya parti pembangkang Pakatan Harapan dapat memenangi  sebahagian besar kerusi Parlimen.

Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu yang beragama Islam,  anda boleh menilai sendiri apa yang cuba direncanakan oleh DAP bagi memerintah negara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang Melayu, orang Islam bagi menarik sokongan serta undi majoriti masyarakat Melayu. Mereka memperjudikan orang yang arif pengetahuan agamanya hanya untuk memerintah negara.

Jika begini, masih tidak terlambat untuk kita menyokong perjuangan kepimpinan BN. Kerana parti ini sentiasa memartabatkan kaum melayu dan bumiputera. Bukan itu sahaja, barisan tertinggi kepimpinan ini juga sanggup bergadai nyawa demi memelihara agama rasmi Malaysia, agama Islam. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong pimpinan parti di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak supaya Bangsa Melayu tidak hilang hak keistimewaannya serta agama Islam akan terus terpelihara.




Tuesday, 1 May 2018

LUAHAN HATI PENJAWAT AWAM TERHADAP PEMBANGKANG MALAYSIA




Sebagai kakitangan kerajaan, saya memang tak puas hati dengan beberapa pemimpin PH yang buat kenyataan supaya penjawat awam jangan takut undi mereka. Adakah pemimpin PH ingat kami bodoh. Kami keje gomen tak pernah takut untuk undi pihak yang kami rasa betul. Sebab kami tau yang undi kami rahsia. Tapi  kami undi kerajaan sekarang kerana beberapa sebab:

Pemimpin pembangkang adalah orang yang paling kerap hentam kami yang kerja kerajaan. Mereka ni lah tuduh kami lembap, tak cekap, habiskan duit rakyat dan selalu buang masa. Takkan kami nak undi orang macam nie? Kami masih ingat dan bukan mudah lupa tuduhan diorang. Diorang nie hanya mulut manis masa kempen jer.

Pemimpin pembangkang juga orang yang selalu kondem projek dan pembelian kerajaan. Nak beli helikopter untuk tentera pun salah. Nak bagi bajet yang banyak kat pasukan keselamatan pun diorang larang. Semuanya salah. Tapi kalau ada insiden macam pencerobohan kat Lahad Datu, diorang pulak tuduh askar dan polis tak cekap. Banyak aset yang dah usang dan perlu diganti tapi selalu je kena kecam dengan pembangkang bila Mindef dan KDN nak buat pembelian.

Kami sedar yang kerajaan sekarang ni pun ada juga kelemahan. Tapi kami tengok PH lagi teruk daripada Kerajaan. Diorang cakap nak tumbangkan Dato' Najib tapi letak orang yang kena tangkap dengan SPRM untuk kes Felda sebagai calon diorang kat Parlimen Pekan. Lain kali letaklah presiden parti macam Mat Sabu, Tan Sri Muhyiddin atau Guan Eng lawan PM. Baru nampak serius. Tu belum lagi kat Sabah pun boleh lawan antara Parti Warisan dan PAN. Kalau bab tu pun tak bersatu, bayangkan kalau nak tubuhkan kabinet nanti.

Kami tak lupa lagi yang DAP cakap nak kurangkan jumlah kakitangan Kerajaan.

Banyak lagi sebab kenapa kami pilih Kerajaan sekarang ni. Pembangkang selalu bandingkan Malaysia dengan luar negara sebab apa kat sana tak tukar Kerajaan, tapi diorang sendiri tak sedar tahap diorang tu jauh lagi nak sampai level luar negara. Gabungan pembangkang boleh bertahan 2 penggal je. Dari zaman Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang ni Pakatan Harapan. Lagi 10 tahun nanti PH akan berkubur dan ganti dengan pakatan lain pulak. Semuanya sebab dalam pembangkang ni masing-masing ada agenda sendiri.

Kepada siapa yang membaca coretan saya ini agar dapat sampaikan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang kamu kenali.

Sekian.. 😉

Monday, 30 April 2018

FAHMI FADZIL CUBA TUTUP KELEMAHAN NURUL IZZAH DI LEMBAH PANTAI





Sebelum ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Nurul Izzah tidak akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Walaupun tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan oleh Nurul Izzah sendiri atau parti PKR, khabar angin ini telah disahkan oleh pakatan HARAPAN pada hari penamaan calon.

Nurul Izzah tidak akan pertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai kerana bertukar angin untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh. PKR pula telah menamakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai pengganti Nurul Izzah. Situasi ini menggambarkan ketidaksetiaan Nurul Izzah kepada penduduk Lembah Pantai dan cuba untuk melarikan diri dari pelbagai masalah yang melanda penduduk di sana.

Fahmi Fadzil baru-baru ini telah mempertahankan Nurul Izzah apabila ditanya oleh media tentang nasib 35 penduduk Kerinchi yang telah memakan ‘racun’ Nurul Izzah yang menjaja cerita tentang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang bersifatkan politik oleh Kerajaan Pusat. Akibatnya 35 penduduk itu tidak menikmati penempatan dan kemudahan selesa di rumah PPR tersebut berbanding 408 penduduk yang percaya dengan projek yang telah dilaksanakan itu.

Di samping itu, Fahmi cuba untuk menyalahkan 35 penduduk itu sendiri kerana beliau menyatakan Nurul Izzah hanya memberi nasihat dan keputusan untuk tidak terima projek itu datang dari penduduk itu sendiri. Ini menggambarkan tentang kredibiliti pemimpin pembangkang yang mahu ‘cuci tangan’ dari segala masalah yang terjadi kepada rakyat dan lebih suka menyalahkan orang lain. Akhirnya muncullah ‘kambing hitam’ yang cuba mempertahankan mereka.

Ini kerana Fahmi Fadzil juga menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan PKR mentadbir dan menyelesaikan masalah penduduk Lembah Pantai. Beliau merasakan BN dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kerjasama dengan PKR Lembah Pantai. Daripada menjawab soalan mengenai sumbangan PKR, beliau lebih mepersoalkan sumbangan BN dan DBKL di Lembah Pantai.

Sikap pemimpin yang tidak menghargai sokongan dan kepercayaan rakyat ini tidak seharusnya diberi peluang untuk mentadbir pada PRU14 nanti. Jika masalah rakyat pun tidak dijaga dan rela melarikan diri, bayangkan jika mereka mentadbir negara. Pengundi Lembah Pantai harus membuat keputusan yang bijak kerana masa depan mereka berada di tangan mereka.

TINDAKAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MEMOTONG GAMBAR TUN MAHATHIR ADALAH MENGIKUT UNDANG-UNDANG SPR






Pada 30 April 2018, satu video telah menjadi tular di laman-laman sosial apabila gambar Tun Mahathir di papan iklan telah dipotong oleh anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Ayer Hitam, Johor. Video yang dirakam netizen itu telah menjadi perbualan hangat dan ada wakil dari pembangkang yang menyelar tindakan SPR itu.

Calon PKR bagi Parlimen Ayer Hitam merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong telah mempersoal tindakan SPR dan menganggap ia tidak masuk akal. Reaksi dari Pengerusi DAP Johor itu menunjukkan kebodohan mereka yang tidak tahu mengenai undang-undang, khususnya Tata Etika Pilihanraya yang ditetapkan oleh SPR.

SPR telah menetapkan undang-undang dibawah Etika 7 Tata Etika Pilihan Raya bahawa pemasangan bahan kempen hanya membolehkan gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya dan pemimpin utama parti politik sahaja dibenarkan dalam poster dan kain rentang. Mana-mana parti politik juga tidak membenarkan memasang poster gambar pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan. 

Mengikut undang-undang SPR, hanya pemimpin utama parti politik sahaja dibenarkan dan Tun Mahathir bukanlah pemimpin utama kerana jawatan beliau hanya pengerusi Pakatan HARAPAN dan papan iklan tersebut mempunyai logo PKR. Jadi hanya gambar Datin Seri Wan Azizah sahaja dibenarkan kerana Wan Azizah adalah Presiden PKR.

Jika pemimpin dan penyokong dari pembangkang merasakan tindakan SPR ini tidak adil, jadi kenapa SPR memotong juga gambar Datin Seri Rosmah Mansor di Yong Peng. Gambar Rosmah dipotong kerana Rosmah bukanlah calon pilihan raya. Jadi tindakan SPR adalah adil dan mengikut undang-undang tanpa mengira mana-mana parti politik. 

Tindakan SPR tersebut adalah mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan dan bukannya diarahkan oleh mana-mana parti politik. Tidak wajar untuk mana-mana pihak membuat spekulasi yang tidak betul dan pemimpin-pemimpin Pakatan HARAPAN ini kebanyakkan mempunyai latar belakang undang-undang dan mustahil jika mereka tidak tahu membaca undang-undang dari SPR.



Saturday, 28 April 2018

SIKAP SAMBIL LEWA CALON PH MEMAKAN DIRI, LEBIH 4 CALON PH HILANG KELAYAKAN BERTANDING




28 April 2018 telah menjadi saksi hari penamaan calon di seluruh negara bagi edisi PRU-14. Sambutan dan juga perarakan dari setiap parti yang bertanding dilihat sangat meriah. Namun disebalik kemeriahan tersebut juga telah berlakunya kekecohan yang melibatkan parti pembangkang iaitu Pakatan harapan (PH). 

Di DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan dari parti Barisan Nasional (BN) secara sah telah diumumkan menang tanpa bertanding menewaskan calon PKR, Dr S Streram. Hal ini adalah kerana calon PKR tersebut datang tanpa membawa pas calon. 

Di Wangsa Maju pula, calon PKR Tan Yee Kew terlupa membawa kad pengenalan. Bagaimana seorang calon boleh bersikap cuai sedemikian sedangkan semua sedia maklum bahawa kad pengenalan adalah penting bagi setiap warganegara Malaysia. Pada awalnya beliau tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, namun selepas 2 jam berikutnya beliau berjaya mendapatkan kad pengenalan miliknya dan diberi kebenaran untuk masuk. 

Naib Presiden PKR Tian Chua diisytihar hilang kelayakan bertanding di Parlimen Batu iaitu kawasan yang dipegangnya selama 10 tahun. Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan lalu. 

Di Kelantan, calon PKR di DUN Tawang Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang oleh kerana alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana. 

Lihat sahaja Azwan Ali yang kali pertama mahu bertanding, beliau telah membuat persiapan yang amat rapi sebelum hadir ke dewan penamaan calon. Oleh itu beliau secara sah akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dimana beliau akan berlawan dengan abangnya Azmin Ali disana. Calon-calon PH sepatutnya menjadikan Azwan Ali sebagai contoh yang baik buat mereka. 

Jelaslah disini calon-calon PH telah mengambil sikap sambil lewa sahaja. Kegagalan mereka untuk membuat persediaan yang baik dan rapi menjadi puca mereka hilang kelayakan bertanding pada PRU-14 kali ini. Oleh kerana itu, mereka terus menyalahkan pihak lain seolah-olah ada pihak lain yang sengaja mahu sabotaj mereka 

Mereka seharusnya lebih bersikap profesional terhadap keputusan yang telah dibuat oleh wakil-wakil pegawai SPR. Sikap suka menunding jari dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri adalah modal politik oleh parti pembangkang setiap kali PRU dijalankan. Bagaimana PH mahu meyakinkan rakyat yang kononnya matlamat utama mereka mahu mengubah Negara Malaysia kepada Malaysia yang lebih baik jika calon-calonnya tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.

Friday, 27 April 2018

10 TAHUN PEMERINTAHAN NGA KOR MING YANG MENZALIMI RAKYAT TAIPING




Siapa yang tidak kenal dengan Nga Kor Ming iaitu Ahli Parlimen Taiping daripada parti DAP. Beliau yang terkenal dengan sikap biadapnya dengan memaki hamun orang sesuka hati secara terbuka. Beliau pernah menggelarkan melayu “pukimak” yang mana itu adalah satu perkataan yang terlalu biadap. 

Sepanjang pemerintahan Kor Ming di Taiping, jelas bahawa rata-rata rakyat Taiping begitu kecewa dengan beliau. Janji yang diberikan olehnya sebelum rakyat Taiping membuang undi hanya tinggal janji. 10 tahun pemerintahan beliau di Taiping umpama bala dan bencana buat warga Taiping. 

Kekecewaan warga Taiping tersergam indah apabila mereka menggelarkan DAP sebagai parti yang telah menipu rakyat. Mereka janji mahu membantu rakyat tetapi sebaliknya mereka telah mengabaikan rakyat. 

Kor Ming juga pernah berjanji untuk memberikan warga emas bantuan sebanyak Rm1,000 setiap tahun. Namun apabila beliau sudah mendapat kuasa dan jawatan beliau terus lupakan janji beliau. Terbuktilah disini DAP memang hebat dalam menabur janji tetapi tidak pandai untuk tunaikan janji. 

Jika dilihat dari sudut pembangunan pula, sepanjang 10 tahun pemerintahan beliau di Taiping, tiada sebarang pembangunan yang dilakukan oleh beliau, luahan hati warga Taiping. Mereka juga ada berjanji untuk membaik pulih jalanraya yang mempunyai masalah namun itu semua adalah propaganda DAP sahaja untuk mempengaruhi rakyat. 

Dalam soal kebajikan pula, DAP tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik apabila meninggikan ego mereka untuk tidak membantu rakyat yang didalam kesusahan. Mereka sebaliknya hanya meletakkan 100% kesilapan dan kelemahan ini kepada kerajaan pusat. 

Baru-baru ini Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Nga Kor Ming akan berpindah dari Taiping ke Teluk Intan. Hal ini telah menunjukkan bahawa Nga Kor Ming ingin lari daripada segala kesilapan beliau selama 10 tahun di Taiping. Sekaligus ia bakal menjadikan satu mimpi ngeri kepada warga Teluk Intan sekiranya mereka tersalah membuang undi. Lawan Kor Ming di Teluk Intan ialah Mah Siew Kong dari parti Barisan Nasional. 

Usah berfikir lagi, ambil pengajaran daripada warga Taiping untuk dijadikan pedoman buat warga Teluk Intan. Tolak DAP untuk hidup yang lebih selesa serta jaminan pentadbiran yang lebih meyakinkan. 

DAP HANTAR CALON MELAYU UNTUK TARIK UNDI MELAYU




Baru-baru ini DAP mengumumkan nama calon-calon untuk menghadapi PRU 14 dan paling menjadi tumpuan apabila nama calon-calon Melayu dari DAP ini seakan menunjukkan ada agenda parti itu sendiri. 

Ini kerana sebelum ini parti itu dilihat lebih percayakan calon Cina untuk memenangi kerusi DUN atau Parlimen dan membiarkan calon Melayu dari PKR dan PAS untuk bertanding pada PRU yang lepas. Sentimen “DAP parti untuk Cina” yang bermain dalam fikiran rakyat dilihat sebagai satu ancaman untuk orang Melayu mengundi untuk DAP.

Antara nama-nama baru yang diumumkan oleh DAP adalah Young Shefura Othman (DUN Ketari), Jamaliah Jamaluddin (DUN Bandar Utama), Edry Faizal (DUN Dusun Tua) dan Syeikh Omar Ali (DUN Paloh). Calon-calon muda ini dilihat mahu mempengaruhi belia-belia untuk menyokong DAP dan mungkin contoh produk yang keluar dari Sekolah Demokrasi milik DAP.

DAP juga mengumumkan jika Pakatan Harapan merampas kembali Perak dari BN mereka akan melantik calon DUN Tebing Tinggi, Aziz Bari untuk menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Situasi ini dilihat sama seperti ketika Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak apabila penasihat kepada Nizar adalah wakil dari DAP dan dilihat seperti menjadi boneka untuk DAP.

Bekas Pengarah Strategik Hal-Ehwal Melayu Islam DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan tentang strategi DAP yang mahu menghapuskan Islam dan hak orang Melayu yang dilihat seperti menindas orang bukan Islam dan Bumiputra. Beliau juga mendedahkan tentang rancangan DAP yang mahu membawa masuk fahaman Yahudi kepada orang Melayu.

Strategi memberi peluang kepada calon Melayu oleh DAP ini seakan-akan akan mahu memujuk orang Melayu untuk menyokong DAP setelah pelbagai sentimen yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya yang menentang keras agama Islam dan hak orang Melayu. Calon-calon Melayu yang terpilih pula seakan rela dipergunakan untuk menjaga kepentingan parti DAP itu sendiri.

Agenda DAP ini dilihat seperti satu propaganda yang akan mengancam nasib orang Melayu dan sentimen agama dan perkauman yang sering dilaung oleh DAP ini juga seperti senyap seketika. Ia menunjukkan DAP mahu mempergunakan orang Melayu untuk mendapat undi dan melaksanakan rancangan mereka yang telah lama dirancang untuk kepentingan mereka sendiri.

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...