PKR KINI BERPUAK-PUAK |
Naib Presiden PKR, Tian Chua cuba menafikan wujud dua puak yang mempunyai pandangan berbeza dalam isu mengadakan kerjasama dengan PAS. Sudah terang lagi bersuluh memang adalah perumpamaan yang paling sesuai dilabel pada parti PKR ini.
Mungkin Tian
Chua tidak ambil peduli tentang politik semasa yang berlaku sehingga dia
sendiri tidak sedar bahawa kini PKR
berpecah kerana ada usaha puak-puak tertentu dalam PKR yang mahu membentuk
kerjasama politik dengan PAS untuk PRU14. Puak-puak ini lah yang masih menagih
simpati PAS manakala, kebanyakan pemimpin lain dalam PKR sudah menolak
kerjasama PAS.
Untuk
menyedapkan hati Tian Chua dan Pakatan Harapan, Tian Chua menjelaskan PAS tidak
akan bantu PKR gantung bendera, dan PKR pun tidak akan bantu PAS buat begitu.
Antara PKR dan PAS pun, tidak akan berlawan di kawasan sama.
Tian Chua
kena menerima hakikat bahawa mimpi-mimpi PKR bahawa PAS tidak akan bertanding
di kawasan yang sama dengan PKR tidak akan berlaku. Malah Presiden PKR, Dr Wan
Azizah Ismail mencabar PAS untuk bertanding dengan PKR. Perletakan jawatan
William Leong dalam Biro Politik PKR juga bukti keretakan yang berlaku dalam
PKR telah berlaku.
Jelas sekali Ahli Parlimen Batu ini, tidak dapat menerima
kenyataan bahawa PKR kini berada dalam krisis. Tian Chua hanya mahu menutup
kelemahan yang ditunjukkan oleh PKR dan Tian Chua perlu ingat bahawa Azmin Ali
adalah individu yang menyebabkan berlakunya krisis dalaman PKR ini.
No comments:
Post a Comment