Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan akan bertanding
tujuh kerusi di Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), termasuk enam yang
disandang wakil DAP.
Ia membabitkan dua kerusi Parlimen, iaitu Batu Gajah dan
Sungai Siput serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tronoh,
Menglembu, Jelapang, Buntong dan Malim Nawar. Kecuali Parlimen Sungai
Siput, semua kerusi terbabit dimenangi calon DAP pada PRU-13.
Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Arutchelvan, berkata parti
itu bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih sekiranya DAP tidak
mahu berunding.
Menurut Arutchelvan, PSM hanya mahu bertanding di tiga
peratus daripada keseluruhan kerusi pilihan raya di Malaysia. Kami berharap
pakatan pembangkang tidak ganggu kerusi berkenaan.
PSM MAHU KERUSI DAP |
Beliau turut mengumumkan nama tujuh calon parti itu, iaitu K
Kunasegaran di Parlimen Batu Gajah dan Dr Michael D Jeyakumar di Parlimen
Sungai Siput.
Bagi kerusi DUN, M Saraswathy calon Jelapang, Chin Kwai
Leong calon Menglembu, Chin Kwai Heng calon Tronoh, R Mohanarani calon Buntong
dan K Bawani calon untuk Malim Nawar.
Pada PRU-13, Dr Jeyakumar bertanding dan menang kerusi
Parlimen Sungai Siput atas tiket PKR, manakala Saraswathy yang bertanding atas
tiket Bebas kalah pertembungan tiga penjuru di DUN Jelapang.
Tindakan PSM telah menyebabkan pemimpin-pemimpin DAP
khususnya Nga Kor Ming mengamuk dan marah. Dengan pengumuman ini PSM bersedia
untuk menentang DAP sekiranya permintaan mereka ini tidak diendahkan dan jika
DAP enggan berunding.
Apa yang jelas, PSM telah menconteng arang di muka DAP.
Bukan sahaja menghadapi tekanan dari Barisan Nasional. Kini DAP Perak juga
berdepan musuh politik seperti PAS dan PSM sendiri.
No comments:
Post a Comment