Wednesday, 27 September 2017

POLITIK PERKAUMAN LAHIR SELEPAS DAP WUJUD

DAP bertanggungjawab mewujudkan politik perkauman kerana politik sebegitu hanya wujud selepas tertubuhnya parti itu. UMNO diwujudkan hampir 20 tahun lebih awal sebelum lahirnya DAP. Politik pelbagai kaum ketika itu cukup harmoni.

Tetapi setelah Singapura dikeluarkan dari negara ini, parti serpihan PAP muncul iaitu DAP dan sejak wujudnya DAP yang bertanding dalam pilihan raya maka banyak isu perkauman dipolitikkan, sebagaimana kita tahu telah berlaku pergaduhan kaum dan tragedi hitam di negara pada 13 Mei 1969.
 
Lipatan sejarah ini harus dibuka semula bagi membolehkan generasi lama dan baru mengenali siapa sebenarnya DAP serta mendedahkan kepada orang ramai bagaimana politik perkauman mula timbul.

Dalam hal ini, senario politik perkauman sememangnya sudah sebati dalam DAP dan ianya menjadi agenda utama DAP untuk melumpuhkan parti Islam di Malaysia. Mereka berjaya meracuni pemikiran orang-orang Cina untuk membenci kerajaan malah orang-orang Melayu juga menjadi sasaran mereka. Mereka mahu melihat orang Melayu berpecah.

Bukan itu saja, kita lihat DAP terpaksa berulang kali menangkis dakwaan bahawa ia adalah parti cauvinis Cina yang mengancam kedudukan Islam dan orang Melayu di Malaysia.

Malah pemimpin parti DAP sentiasa mendakwa parti-parti Melayu seperti UMNO dan PAS sentiasa menggunakan hujah DAP anti Islam untuk mencetuskan rasa takut di kalangan pengundi Melayu-Islam.

Untuk mengubah persepsi itu, DAP membawa masuk lebih ramai anggota Melayu ke dalam parti itu dan meletakkan mereka sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya yang mana rakyat tidak tahu tujuan dan motif di sebalik tindakan mereka itu yang lebih bertujuan untuk mendapat undi Melayu.

POLITIK PERKAUMAN DAP

DAP adalah parti yang jauh berbeza dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC serta anggota lain yang mementingkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan parti. Kesatuan parti komponen BN bukan Islam ini lah yang menjadi tunjang kejayaan BN kerana kepelbagaian dan keharmonian yang diwujudkan mereka.



Saturday, 9 September 2017

DAP KABURI ORANG MELAYU, MEREKA SEBENARNYA PARTI DOMINAN DALAM PAKATAN HARAPAN

DR MAHATHIR TERUS DIPERGUNAKAN DAP

Sekarang semakin jelas bahawa DAP ialah 'parti dominan' dalam Pakatan Harapan dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin 'de facto' yang bijak mengatur percaturan dan mencorakkan penampilan Pakatan Harapan. Mereka kini menggunakan strategi Ali Baba dengan meletakkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi 'master mind' sebenarnya berada di belakang tabir.

Mengapa DAP dan Kit Siang kini mendominasi Pakatan Harapan? Ini kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan mula merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu yang baru di barisan hadapan sebagai topeng dan badut untuk melakukan kerja-kerja mereka. DAP dan Kit Siang sedar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.

Mereka tidak menaruh kepercayaan kepada pemimpin rakan-rakan dalam Pakatan seperti Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) atau Mohamad Sabu (Amanah), tetapi sebaliknya memilih untuk membentuk pakatan baharu dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan mengetahui sepenuhnya bekas perdana menteri itu tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 dan bahawa partinya hanya mempunyai satu kerusi di parlimen.

DAP dan Kit Siang mengambil keputusan ini berdasarkan pengalaman dan pengaruh Mahathir. Tetapi ini jelas hipokrit kerana parti-parti pembangkang melancarkan gerakan reformasi yang terang-terang menentang Mahathir. Kit Siang menggunakan musuh lamanya dan orang yang pernah menyebabkan beliau meringkuk dalam tahanan untuk menerajui cabaran DAP di kawasan-kawasan yang menjadi kubu orang Melayu.

Itulah sebabnya mengapa mereka membiarkan Mahathir bercakap mengenai dasar. Tujuan utama DAP ialah untuk menambat hati pengundi Melayu dan untuk menarik sokongan orang Melayu. Bagi Kit Siang secara peribadi, ikatannya dengan Mahathir adalah untuk memadamkan imejnya sebagai anti Melayu dan anti Islam. Liciknya strategi politik yang digunakan DAP kerana mempergunakan orang Melayu.

Perlu diingatkan di sini kepada orang-orang Melayu, DAP adalah kuasa sebenar di belakang pembangkang. Bagaimanapun, DAP kini dalan keadaan panik kerana telah sedar bahawa orang Melayu mulai menyedari apa yang sedang berlaku dan dalang sebenarnya ialah Kit Siang. Ayuh semua tumbangkan DAP dan Lim Kit Siang!

Friday, 8 September 2017

ARTIKEL LATHEEFA KOYA BUAT RAFIZI

KEPADA PENGIKUT RAFIZI SOTONG... GENG INVOKE LGBT.... PKR PANDAN..PAS PANDAN.... MOHON BACA SAMPAI HABIS........
Artikel ini tulisan Latheefa Koya

LATHEEFA KOYA VS RAFIZI RAMLI

Saya tidak mahu bercakap mengenainya sebelum ini untuk mengelakkan pertelingkahan awam. Tetapi lelaki ini [Rafizi Sotong], kekal kepada strategi ponorogo sebenar masih mengeluarkan kenyataan media yang melanggar disiplin parti dan merosakkan parti di semua tempat. Dia berada dalam berita perdana TV3 sepanjang minggu lepas. Tiada parti politik dapat menerima elemen kemusnahan dari dalam parti sendiri.
Saya kini mengambil keputusan untuk menyatakan kebenaran mengenai lelaki ini [Rafizi Sotong]. Di sini beberapa perkara yang tidak diketahui rakyat MALAYSIA
Episod 1
Langkah kajang – OOPS SAYA TIDAK MEMIKIRKAN MENGENAINYA
Budak geng ponorogo ini [Rafizi Sotong] seorang penipu
Ya – arkitek Langkah Kajang yang gagal ini sedang menyalahkan orang lain seperti Ambiga yang sejak awal lagi menentangnya. Dia [Rafizi Sotong], tidak dapat menipu saya – Saya tahu kesemua perkara tersebut.
Kenapa Langkah Kajang wujud? Kerana dia [Rafizi Sotong] mahu memastikan Azmin Ali yang sudah menjadi ADUN tidak dapat menjadi MB. Kita mampu mengelakkan masalah yang timbul darinya dan Anwar pasti masih bersama kita jika tidak kerana Langkah Kajangnya itu.
Tetapi dia [Rafizi Sotong] dan rakannya secara senyap membuat semua perancangan, ia langsung tidak dibentangkan dalam mesyuarat parti untuk mendapat kelulusan. Biro politik pun tidak tahu mengenainya! Dia [Rafizi Sotong] meyakinkan Anwar bahawa DAP dan PAS telah bersetuju. Padahal PAS tidak bersetuju! Rakannya pergi ke Kelantan dan mendakwa telah mendapat restu daripada Nik Aziz. Sebenarnya, Nik Aziz telah meminta semua dokumen lanjut mengenai mengapa TSKI perlu disingkirkan diserahkan kepadanya. Walau bagaimanapun, Rafizi Sotong dan rakannya mengambil keputusan untuk mengadakan roadshow dengan membawa dokumen itu. Disebabkan perkara itulah rakannya telah disaman dan terpaksa meminta maaf di mahkamah.
Tetapi satu perkara yang pasti - Presiden PAS Hadi tidak pernah bersetuju. Apa yang Rafizi lakukan selepas itu? Dia [Rafizi Sotong] segera mendedahkan bahawa sebelum PRU-13, Hadi mahukan Ku Li, dan bukannya Anwar untuk menjadi PM. Pendedahan ini tidak perlu sebenarnya, dan ia menimbulkan kemarahan Hadi. Ini adalah permulaan pertelingkahan antara PAS dan Rafizi Sotong. Satu forum umum kecil telah diadakan - di UBU. Ia dihadiri mereka yang pro-Langkah Kajang dan mereka yang menentangnya seperti ahli PSM.Walaupun kami tidak bersetuju, tetapi demi semangat setiakawan dan solidariti, kami pergi ke sana menyokongnya. Rafizi Sotong gagal meyakinkan orang ramai dan menangis [macam pondan] selepas itu. Selepas itu kami ke Bangsar untuk minum teh di Devi’s. Di sana, saya bertanya kepada Rafizi Sotong– bagaimana jika DSAI disabitkan (kerana masa itu rayuan pendakwaan terhadap kes Anwar masih dilakukan). Anda tahu apa jawapannya? “OOPS SAYA TIDAK MEMIKIRKAN MENGENAINYA!” Adalah kini Rafizi Sotong menafikan berkata demikian kepada saya?
Pada masa itu, Ambiga secara terbuka mengkritik Langkah Kajang dan menasihatinya. Rafizi Sotong kemudian berpura-pura memohon maaf secara terbuka dan mendakwa dia akan menerangkan kepada orang ramai. Kini Rafizi sotong mengubah pendiriannya. Rafizi Sotong dengan licik mendakwa Ambiga telah memberinya beberapa dokumen, untuk memberi bayangan yang Ambiga terlibat dalam penyingkiran Khalid Ibrahim – sedangkan Rafizi Sotong tahu Ambiga tidak pernah dalam perkara itu ataupun pelan dan agenda lain parti.
Sekarang, lagu itu semua berubah. Dia [Rafizi Sotong] mendakwa kini seperti orang licik yang sangat licik bahawa Ambiga juga memberikan beberapa dokumen, untuk menyindir bahawa Ambiga mengambil bahagian dalam penghapusan Khalid Ibrahim - padahal sebenarnya dia tahu dengan baik dia tidak pernah terlibat dalam atau rancangan atau agenda pihak lain.

MANA WAKIL KAUM INDIA DALAM PAKATAN HARAPAN? P. RAMASAMY PERTIKAI STRUKTUR ORGANISASI PAKATAN HARAPAN

Struktur organisasi Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan susunan pucuk pimpinan yang tidak seimbang dan telah mengabaikan kebajikan kaum India di negera ini seolah-olah kaum India tidak memberi sebarang sumbangan dalam PH.

Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan mereka lebih baik namun, malangnya sejak 2008, peluang untuk kaum India semakin hilang di bawah pentadbiran Pakatan pembangkang.

Ini boleh dilihat apabila kaum India terus diabaikan dan amat malang sekali bagi kaum India kerana mereka tidak mempunyai wakil di dalam organisasi tertinggi dalam PH Pusat malah juga dalam struktur organisasi PH di Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang contohnya, DAP terus menunjukkan sikap dominan dalam puak Pakatan Harapan apabila wakilnya membolot enam daripada sembilan jawatan yang diperkenalkan dalam Struktur Organisasi Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang.

P RAMASAMY BERSUARA, MANA WAKIL INDIA DALAM PH?

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang selama ini menjadi wakil kaum India turut disisihkan kali ini.

Inilah sikap parti rasis dan cauvinis DAP dan kerakusan sesetengah pemimpin-pemimpin PH yang sejak dahulu sudah diketahui mahu memonopoli pakatan pembangkang itu atas prinsip mereka mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen walaupun mereka menafikan perkara itu.

Malah, Sebuah parti baru yang baru sahaja ditubuhkan kurang daripada setahun mempunyai 5 wakil, sedangkan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia selama 54 tahun tidak diberikan peluang dalam struktur organisasi Pakatan Harapan.

Jelas sekali, Pakatan Harapan adalah sebuah parti yang berat sebelah dan hanya mempunyai agendanya yang tersendiri. Tidak mustahil kaum-kaum minoriti di negara ini seperti kaum India, bumiputera Sabah dan Sarawak akan disisihkan serta dipinggirkan mereka.

Wednesday, 6 September 2017

PKR BERPECAH & BERPUAK-PUAK KERANA ISU PAS

PKR KINI BERPUAK-PUAK

Naib
 Presiden PKR, Tian Chua cuba menafikan wujud dua puak yang mempunyai pandangan berbeza dalam isu mengadakan kerjasama dengan PAS. Sudah terang lagi bersuluh memang adalah perumpamaan yang paling sesuai dilabel pada parti PKR ini.

Mungkin Tian Chua tidak ambil peduli tentang politik semasa yang berlaku sehingga dia sendiri  tidak sedar bahawa kini PKR berpecah kerana ada usaha puak-puak tertentu dalam PKR yang mahu membentuk kerjasama politik dengan PAS untuk PRU14. Puak-puak ini lah yang masih menagih simpati PAS manakala, kebanyakan pemimpin lain dalam PKR sudah menolak kerjasama PAS.

Untuk menyedapkan hati Tian Chua dan Pakatan Harapan, Tian Chua menjelaskan PAS tidak akan bantu PKR gantung bendera, dan PKR pun tidak akan bantu PAS buat begitu. Antara PKR dan PAS pun, tidak akan berlawan di kawasan sama.

Tian Chua kena menerima hakikat bahawa mimpi-mimpi PKR bahawa PAS tidak akan bertanding di kawasan yang sama dengan PKR tidak akan berlaku. Malah Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail mencabar PAS untuk bertanding dengan PKR. Perletakan jawatan William Leong dalam Biro Politik PKR juga bukti keretakan yang berlaku dalam PKR telah berlaku.


Jelas sekali Ahli Parlimen Batu ini, tidak dapat menerima kenyataan bahawa PKR kini berada dalam krisis. Tian Chua hanya mahu menutup kelemahan yang ditunjukkan oleh PKR dan Tian Chua perlu ingat bahawa Azmin Ali adalah individu yang menyebabkan berlakunya krisis dalaman PKR ini.

DAP BERANG PSM MAHU BERTANDING DI PERAK

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan akan bertanding tujuh kerusi di Perak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), termasuk enam yang disandang wakil DAP. 
Ia membabitkan dua kerusi Parlimen, iaitu Batu Gajah dan Sungai Siput serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tronoh, Menglembu, Jelapang, Buntong dan Malim Nawar.  Kecuali Parlimen Sungai Siput, semua kerusi terbabit dimenangi calon DAP pada PRU-13. 

Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S Arutchelvan, berkata parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih sekiranya DAP tidak mahu berunding.
Menurut Arutchelvan, PSM hanya mahu bertanding di tiga peratus daripada keseluruhan kerusi pilihan raya di Malaysia. Kami berharap pakatan pembangkang tidak ganggu kerusi berkenaan.

PSM MAHU KERUSI DAP

Beliau turut mengumumkan nama tujuh calon parti itu, iaitu K Kunasegaran di Parlimen Batu Gajah dan Dr Michael D Jeyakumar di Parlimen Sungai Siput.
Bagi kerusi DUN, M Saraswathy calon Jelapang, Chin Kwai Leong calon Menglembu, Chin Kwai Heng calon Tronoh, R Mohanarani calon Buntong dan K Bawani calon untuk Malim Nawar. 

Pada PRU-13, Dr Jeyakumar bertanding dan menang kerusi Parlimen Sungai Siput atas tiket PKR, manakala Saraswathy yang bertanding atas tiket Bebas kalah pertembungan tiga penjuru di DUN Jelapang. 

Tindakan PSM telah menyebabkan pemimpin-pemimpin DAP khususnya Nga Kor Ming mengamuk dan marah. Dengan pengumuman ini PSM bersedia untuk menentang DAP sekiranya permintaan mereka ini tidak diendahkan dan jika DAP enggan berunding.
Apa yang jelas, PSM telah menconteng arang di muka DAP. Bukan sahaja menghadapi tekanan dari Barisan Nasional. Kini DAP Perak juga berdepan musuh politik seperti PAS dan PSM sendiri.


PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...