Wednesday, 9 May 2018

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....


Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga tahi ayam, pahtu balik ke KL, 5 tahun pahtu tu pulok baru nampak muko.

Maka kami yang menetap di Kelantan terpaksa kena hadap segala susah payah, penat jerih, sedangkan demo di KL menikmati segala kemudahan yang tersedia. Bah kuning 2014, demo hanya kelih tv,  kami ni yang merana. Kami minum air paip karat milo, demo minum starbuck, lepak pavi.

Ramai anak-anak degree kerja gaji 800 kalau spm, demo di KL gaji 4 5 ribu. Lagi ramai yg takdak kerja jadi rosak punah sebab makan dadah. Tu belum kira anak tino rosak buang bayi luar nikah. Nauzubillah.

Tapi kerajaan yang ada tetap hebat dengan slogan-slogan yang banyak manfaat dan menutup cela kegagalan.

Kami waktu weekend nak riadah dengan anak-anak pon tiada tempat nk tuju, ape tah lagi nak jumpa jogging track atau kompleks sukan. Demo di KL semua ada. Infrastruktur moden yang lengkap dan selesa agar demo boleh menikmati dengan riang bersama family. Bertuahnya demo. Duduk di KL semua serba ada. Tak macam kami di Kelantan ni.

Janganlah terlalu ghairah dengan slogan semata-mata tapi isinya kosong. Atau ghairah dengan janji bulan dan bintang tapi sudahnya tak dapat buat. Apa pun tuan - tuan semua bijak pandai, kalau nak kerja dan nak duduk di Kelantan maka buatlah perubahan. Keputusan di tangan demo. Fikir dulu sebelum bertindak. Pilihlah pemimpin yang boleh bawak kita kearah kemajuan dan bukan mengheret kita kearah kemunduran.

#pilihygbolehtolong
#bukancakapkosong

Tuesday, 8 May 2018

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TIDAK TERPENGARUH DENGAN AGENDA TERSIRAT DAP BAGI MERAIH SOKONGAN UNDI






Kurang 24 jam dari sekarang, rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab besar mereka dengan memilih bakal pemimpin yang mereka inginkan bagi menerajui pemerintahan negara Malaysia. Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan pada 9 Mei 2018 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Esok bakal menjadi penentu bagi Barisan Nasional (BN) sama ada mereka akan kekal memerintah atau pemerintahan akan beralih kepada pemerintahan baru Pakatan Harapan (PH).

Sehingga hari ini, dapat dilihat berberapa isu yang sengaja dibangkitkan oleh parti pembangkang gabungan PKR, AMANAH, BERSATU dan DAP. Antara isu yang kerap dimainkan adalah 1MDB, FELDA dan Tabung Haji. Bukan itu sahaja, ‘drama basi’ politik mereka tidak terkecuali. Mereka dengan sengaja menimbulkan berberapa provokasi di hari penamaan calon pada 28 April yang lalu. Antara yang mencuri tumpuan adalah kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Mohamad Hassan di DUN Rantau yang dikatakan dirancang oleh SPR dan Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut. Tidak berakhir di situ, dakwaan Tun Mahathir terhadap pesawatnya di sabotaj oleh ‘seseorang’ juga menjadi isu yang hangat pada hari tersebut. Walhal, itu adalah sebahagian dari propaganda yang dicipta oleh parti pembangkang bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pemimpin kerajaan sedia ada.

Justeru, menerusi amanat Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengingatkan kepada rakyat Malaysia supaya berwaspada dengan agenda tersirat DAP yang jelas mempergunakan gabungan pembangkang PKR serta Pengerusinya, Tun Mahathir untuk menumbangkan UMNO dan BN. Menurut beliau, jika rakyat menyokong Pakatan Harapan bermakna mereka mengizinkan agenda tersirat DAP dijalankan yang sebenarnya tidak memihak kepada mereka sambil menyatakan agenda tersirat itu turut dinyatakan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Ternyata, Pakatan Harapan mempunyai seribu satu muslihat dalam menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak. Agenda, propaganda serta fitnah yang melampau sering ditimbulkan oleh mereka dalam menanam rasa benci masyarakat kepada kerajaan. Sikap mereka tidak ubah seperti takut kepada bayang sendiri. Sentiasa merasa tergugat dengan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN sedangkan mereka langsung tidak memberikan apa-apa khidmat kepada masyarakat di tempat mereka.

Rakyat Malaysia, ini adalah peringatan terakhir kepada anda!!. Jangan sesekali terpedaya dengan agenda tersirat yang dibawa oleh DAP dalam usaha mereka untuk meraih undi. Tujuan mereka tiada lain hanyalah untuk melihat perpecahan kaum di Malaysia dan menimbulkan persengketaan di antara satu sama lain. Masih belum terlambat lagi bagi anda untuk berubah fikiran dan menyokong BN dan mengekalkan kerajaan sedia ada. Kerana parti di bawah pimpinan Perdana Menteri ini sentiasa mengekalkan keharmonian bagi semua kaum agar hidup dengan aman dan sentosa. Selain itu, parti BN juga adalah sebuah parti yang sentiasa membawa kemajuan kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

TERDEDAH SUDAH! DAP MAHU JAWATAN MENTERI BESAR PERAK MELALUI CALON MELAYU






Pada PRU 14 kali ini, parti DAP telah mendapat agihan kerusi DUN paling banyak berbanding parti lain dalam Pakatan HARAPAN (PH) di negeri Perak iaitu sebanyak 18 kerusi berbanding PKR 16, PPBM 12 dan PAN 12. DAP juga yakin untuk memenangi kesemua kerusi DUN bertanding dan bakal menjadi parti dominan jika berjaya menawan negeri Perak dari Barisan Nasional (BN).

Perancangan DAP ini dilihat seperti mahu mengejar jawatan MB Perak yang menjadi idaman mereka sejak dahulu lagi. Sebelum ini pada PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya menawan Perak dan DAP mahu meletakkan calon mereka untuk jawatan MB tetapi Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menghalang mereka kerana calon MB mesti dari kaum Melayu-Bumiputera.

Walaupun mereka menguasai kerusi DUN Perak ketika itu, mereka terpaksa melantik calon dari parti PAS untuk menjadi MB. Selepas Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik mereka juga meletakkan orang mereka iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham untuk menjadi penasihat kepada Nizar supaya pengaruh dan agenda mereka dapat dilaksanakan di Perak.

Baru-baru ini salah seorang dari pasukan publisiti DAP pusat, Amran Ahmad mendedahkan tentang rancangan DAP yang mahu meletakkan calon melayu bertanding kerusi DUN Perak dan melantik calon tersebut menjadi MB Perak yang baru. Calon yang dimaksudkan itu adalah calon DUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari. Aziz sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menafikan hak Raja-Raja Melayu menamakan MB yang jelas telah melanggar perlembagaan.

Menurut Amran, Aziz Bari mungkin akan diperalatkan oleh DAP dan berada di bawah Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Jika terjadi agenda mereka untuk melaksanakan dasar DAP di Perak akan jadi lebih mudah kerana kali ini MB Perak merupakan wakil dari parti DAP dan bukan dari parti Melayu yang lain seperti AMANAH dan PPBM.

Walaubagaimana pun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menafikan perkara tersebut dan berkata DAP tidak menuntut kerusi MB Perak walaupun mereka mempunyai calon Melayu. Beliau juga berkata calon MB Perak boleh dilantik dari kalangan calon PH dan menolak pencalonan dari DAP. Tetapi pendedahan dari Amran jelas menolak kenyataan dari Lim Kit Siang kerana pendedahan email dari Aziz yang menulis mengenai Nizar bukan lagi calon yang ingin ditonjolkan dan DAP mahu calon mereka sendiri.

Selain itu, DAP mahu menguasai satu lagi negeri selepas menawan negeri Pulau Pinang dan tidak mustahil jika orang Melayu di Perak mungkin akan berkongsi nasib dengan orang Melayu di Pulau Pinang. Justeru, pengundi di Perak  harus berhati-hati untuk mengundi PH pada PRU nanti kerana jika PH menang, DAP akan menguasai kerajaan negeri dan melantik boneka Melayu DAP untuk menjadi MB Perak.

STATEMENT FROM AMRAN AHMAD NOOR, ASSISTANT PUBLISHER OF UBAH TV




DAP controls all the decisions that have been made by Pakatan Harapan. I dare to say that the placement of Tun Dr. Mahathir Mohamad as a Prime Minister and Datuk Seri Wan Azizah as Deputy Prime Minister is just for ‘puppets’. My name is Amran Ahmad Noor, I joined the DAP in 2009. But my history with the DAP is very long because my father was a former of National Deputy Vice Chairman of DAP, Allahyarham Ahmad Noor, who is the first Malay Member of Parliament from the DAP.

The modus operandi is still the same. They will use short video clips and brochures that will be distribute through the online, Whatsapp, Facebook and others just for multiply more people’s hatred against the government and divert the vote to them.

It has been made in Malay, Chinese, Tamil and other more just to damaging the minds of Malaysian people. The Pakatan Harapan Publicity Chief is Tony Pua. He who designed all forms of the publicity, all forms of evil defamatory propaganda to obscure the people’s eyes that this is comes from the Pakatan Harapan comprising PKR, AMANAH dan BERSATU but only made by DAP.

I dare to say that Tony Pua is the mastermind behind all this. He is the one who drives all these efforts to slander and commit malicious propaganda against the existing government leaders. The content and the manner in which it is executed, is very nasty, defamatory and also winning the opposition party by showing opposition parties in a state of embarrassment, humiliation and insults on a regular basis consistent.

Thursday, 3 May 2018

NIK OMAR AKAN PERTAHAN HUDUD UNTUK MENYERTAI PAKATAN HARAPAN SEDANGKAN LIM KIT SIANG TIDAK PERNAH MENYOKONG RUU 355 DAN HUDUD







Calon yang bertanding diatas tiket PKR pada kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz berjanji akan meneruskan perjuangan arwah bapanya bagi meneruskan agenda dalam perlaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum ke – 14 kali ini.

Menurut beliau, perlaksanaan tersebut bukanlah semata-mata bersandarkan kepada hudud itu sendiri, tetapi ia lebih terarah kepada tanggungjawab sebagai seorang muslim dan juga hamba Allah yang tanggungjawabnya patuh kepada syariah dan perintah Allah. Beliau juga menambah, sebagai seorang umat Islam, beliau wajib memperkasakan undang-undang Islam yang turut diperjuangkan bapanya semasa menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990.

Pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) telah dilaksanakan pada 2017 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang Dewan Rakyat di Petaling Jaya. Namun pelaksanaan tersebut tidak mendapat sambutan yang baik dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang. Beliau dengan lantangnya menempelak tentang pelaksanaan undang-undang hudud yang dikatakan kurang sesuai bagi sebuah negara yang majmuk. Bahkan, beliau meramal akan ada perpecahan di dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu jika hudud dilaksanakan.

Persoalannya di sini, sejak bila Penasihat DAP berpaling arah dengan menyokong RUU 355 dan undang-undang hudud? Sedangkan sebelum ini beliaulah orang pertama yang menentang perlaksanaan hukuman tersebut secara terang-terangan di Parlimen. Adakah Nik Omar mengeluarkan kenyataan ini hanya sekadar untuk meraih undi supaya parti Pakatan Harapan menang dan dapat mengambil alih pemerintahan negara dari kerajaan Barisan Nasional (BN)? Ya, mungkin kenyataan ini dikeluarkan hanya sekadar untuk meraih undi supaya parti pembangkang Pakatan Harapan dapat memenangi  sebahagian besar kerusi Parlimen.

Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu yang beragama Islam,  anda boleh menilai sendiri apa yang cuba direncanakan oleh DAP bagi memerintah negara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang Melayu, orang Islam bagi menarik sokongan serta undi majoriti masyarakat Melayu. Mereka memperjudikan orang yang arif pengetahuan agamanya hanya untuk memerintah negara.

Jika begini, masih tidak terlambat untuk kita menyokong perjuangan kepimpinan BN. Kerana parti ini sentiasa memartabatkan kaum melayu dan bumiputera. Bukan itu sahaja, barisan tertinggi kepimpinan ini juga sanggup bergadai nyawa demi memelihara agama rasmi Malaysia, agama Islam. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong pimpinan parti di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak supaya Bangsa Melayu tidak hilang hak keistimewaannya serta agama Islam akan terus terpelihara.




Tuesday, 1 May 2018

LUAHAN HATI PENJAWAT AWAM TERHADAP PEMBANGKANG MALAYSIA




Sebagai kakitangan kerajaan, saya memang tak puas hati dengan beberapa pemimpin PH yang buat kenyataan supaya penjawat awam jangan takut undi mereka. Adakah pemimpin PH ingat kami bodoh. Kami keje gomen tak pernah takut untuk undi pihak yang kami rasa betul. Sebab kami tau yang undi kami rahsia. Tapi  kami undi kerajaan sekarang kerana beberapa sebab:

Pemimpin pembangkang adalah orang yang paling kerap hentam kami yang kerja kerajaan. Mereka ni lah tuduh kami lembap, tak cekap, habiskan duit rakyat dan selalu buang masa. Takkan kami nak undi orang macam nie? Kami masih ingat dan bukan mudah lupa tuduhan diorang. Diorang nie hanya mulut manis masa kempen jer.

Pemimpin pembangkang juga orang yang selalu kondem projek dan pembelian kerajaan. Nak beli helikopter untuk tentera pun salah. Nak bagi bajet yang banyak kat pasukan keselamatan pun diorang larang. Semuanya salah. Tapi kalau ada insiden macam pencerobohan kat Lahad Datu, diorang pulak tuduh askar dan polis tak cekap. Banyak aset yang dah usang dan perlu diganti tapi selalu je kena kecam dengan pembangkang bila Mindef dan KDN nak buat pembelian.

Kami sedar yang kerajaan sekarang ni pun ada juga kelemahan. Tapi kami tengok PH lagi teruk daripada Kerajaan. Diorang cakap nak tumbangkan Dato' Najib tapi letak orang yang kena tangkap dengan SPRM untuk kes Felda sebagai calon diorang kat Parlimen Pekan. Lain kali letaklah presiden parti macam Mat Sabu, Tan Sri Muhyiddin atau Guan Eng lawan PM. Baru nampak serius. Tu belum lagi kat Sabah pun boleh lawan antara Parti Warisan dan PAN. Kalau bab tu pun tak bersatu, bayangkan kalau nak tubuhkan kabinet nanti.

Kami tak lupa lagi yang DAP cakap nak kurangkan jumlah kakitangan Kerajaan.

Banyak lagi sebab kenapa kami pilih Kerajaan sekarang ni. Pembangkang selalu bandingkan Malaysia dengan luar negara sebab apa kat sana tak tukar Kerajaan, tapi diorang sendiri tak sedar tahap diorang tu jauh lagi nak sampai level luar negara. Gabungan pembangkang boleh bertahan 2 penggal je. Dari zaman Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang ni Pakatan Harapan. Lagi 10 tahun nanti PH akan berkubur dan ganti dengan pakatan lain pulak. Semuanya sebab dalam pembangkang ni masing-masing ada agenda sendiri.

Kepada siapa yang membaca coretan saya ini agar dapat sampaikan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang kamu kenali.

Sekian.. 😉

PENGUNDI-PENGUNDI KELANTAN.... BACALAH.....

Demo para pengundi luar Kelantan, balik dan undilah pihak yang boleh menolong kami yang menetap di bumi Kelantan. Jangan demo bagi bunga t...