Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengekalkan salah
satu sabitan terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli atas pertuduhan Akta
Rahsia Rasmi (OSA) dan mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.
Mahkamah Sesyen sebelum ini mensabitkan Rafizi atas dua
pertuduhan OSA dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan, dengan hukuman itu
diperintahkan berjalan serentak.
Namun begitu, Hakim membenarkan penangguhan hukuman,
sementara menunggu Rafizi memfailkan notis rayuan. Rafizi didapati bersalah
mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, tetapi dibebaskan
daripada pertuduhan memiliki dokumen itu.
RAFIZI MENUJU PENJARA |
Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati
bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menjatuhkan
hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli
selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman
98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lalu.
Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara
salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB. Justeru beliau
didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.
Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa
kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen
8(1)(e)(iv) akta yang sama.Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga
dua tahun jika disabitkan kesalahan.